Resepi kengsom ini ada banyak versi. Yang biasa kita jumpa di Malaysia, kengsom yang menggunakan bahan masakan ikan siakap, kangkung dan nenas. Haa.. kali ini resepi Kengsom Kung Chaom dimasak menggunakan udang dengan kepingan telur dadar istimewa.
Dan resepi ini MW peroleh originaldari air tangan wanita Thailand, Suttarat Wan Hanifah(Kak Ifah) sendiri. Khas untuk pembaca MW yang mahu mencuba kelainan dalam memasak kengsom.
Bahan PENTING Perlu Ada Dalam Masakan Kengsom
√ Kata wanita Thailand ini lagi, dalam apa juga masakan kengsom, perkara penting yang perlu diletak di dalamnya adalah sos ikan, asam jawa dan palm sugar.
√ Masakan kengsom asli tidak perlu ditumis.
√ Selain kangkung dan nenas, mak-mak boleh juga menambah bahan lain dalam masakan kengsom seperti bunga dan rebung.
√ Manakala jenis ikan yang sesuai untuk masakan kengsom adalah ikan siakap. Tapi di sesetengah tempat lain, macam-macam jenis ikan digunakan. Malah ikan sungai juga mereka gunakan untuk masakan kengsom.
√ Ada pelbagai jenis kengsom, malah resepi kengsom pun berbeza mengikut sesetengah tempat di Thailand ini. Malah bahan-bahannya pun berbeza.
√ Rasa kengsom perlulah masam, masin, pedas dan manis di akhir rasa.
Ads
Resepi Kengsom Kung Chaom
(Kengsom Udang Bersama Telur Dan Pucuk Petai)
Resepi ini, menu kegemaran Kak Ifah dan keluarga. Dan resepi yang Kak Ifah share ini merupakan ‘basic’ kengsom. Bila ingatkan menu ini pasti air liur meleleh keluar.
Bahan-bahan Kak Ifah kategorikan kepada 3 jenis
(Semua ini ditumbuk dengan lesung hingga lumat)
A. Bahan untuk ditumbuk
10 tangkai cili kering besar
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar belacan
3 sudu besar cekur yang dipotong
3 sudu besar bawang merah
2 sudu besar isi ikan/udang yang direbus
Ads
B. Bahan untuk buat kuah kengsom
900 ml air rebusan ayam/air masak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar palm sugar
3 sudu besar pati asam jawa
200 gram udang segar saiz sederhana
C. Bahan telur dadar
3 biji telur ayam
1 genggam daun pucuk petai
1/2 sudu besar sos ikan
Ads
Cara buat:
1. Tumbuk semua bahan A satu persatu sehingga sebati.
2. Pukul semua bahan C dan goreng seperti telur dadar. Potong telur dadar seperti 4 segi dadu.
3. Panas air rebusan ayam / air masak sehingga mendidih dan masukkan Bahan A (rempah kengsom) dalam air mendidih.
4. Bila mendidih lagi sekali masukkan bahan-bahan garam, sos ikan, palm sugar, pati asam jawa. (Boleh tambah rasa jika uolls suka)
5. Akhir sekali masukkan udang dan telur dadar sehingga air kengsom mendidih.
6. Tutup api. Kemudian hidangkan bersama nasi panas-panas
*boleh tambah lagi extra bahan jika suka.
Aduh sambil menaip sambil kecur air liur!
Pucuk petai yang ada dijual di pasaraya.
Info : Pucuk petai ini sejenis daun yang berbau seperti petai. Boleh didapati di pasar, pasaraya atau kampung-kampung.
Mempunyai rak dapur sangatlah penting untuk susun barang-barang agar nampak lebih kemas dan teratur. Jika selalu rak dapur kita beli je, dengan idea menarik dan kreatif sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri rak dapur mudah alih pelbagai guna ini semudah ABC. Lebih menjimatkan dan puas hati buat sendiri.Guna kepingan kayu pallet untuk menghasilkan rak dapur ini, bukan sahaja berfungsi untuk letak barang tapi juga mampu menaikkan lagi seri dapur.
Ikut langkah mudah ini;
Bahan-Bahan:
Kayu Pallet (Terpulang kepada pilihan jenis kayu masing-masing)
Paku
Penukul Besi
Alas Rumput
Cara Membuat:
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood)
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku. Anggaran panjang dan lebar kayu mengikut anggaran sendiri, jika mahu panjang atau pendek, besar atau kecil.
3. Gosok dgn kertas pasir atau mesin keatas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
** Rak sengaja di susun serong pada bahagian atas dan tegak pada bahagian bawah bagi memudahkan untuk meletak botol-botol.
Bebola Ayam Bersayur ini memang sedap dan garing. Cecah pula dengan sos. Atau nak makan macam tu saja pun dah sedap. Pernah tak cuba masak di rumah?
Ada juga yang panggil cucur ayam Anak-anak terutamanya pasti gemar memakannya. Gerenti licin lah! Masakan ini dikira lengkap juga sebab ada sayur dan ayam.
Sesuai dimasak untuk hidangan waktu pagi atau untuk minum petang. Makan pula ketika masih panas. Wah! Sedapnya!
Selain itu, bagi yang sering kali mengadakan majlis makan-makan atau potluck, bebola ayam bersayur ini juga sangat sesuai dihidangkan untuk majlis. Boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Kata orang, bancuh-bacuh, goreng..siap!
Ayam -ambil bahagian isi dagingnya sahaja 1-2 biji telur – kalau ayamnya banyak, tambahkan telur
Bawang merah – hiris dadu Sedikit cili merah – hiris Daun sup/daun kucai/daun bawang – hiris Sedikit garam
Minyak masak
CARA MEMBUAT:
1. Isi ayam direbus terlebih dahulu. Selepas isi ayam masak, keluar dan toskan. Kisar isi ayam sehingga hancur (letak air sikit nak bagi basah). 2. Kemudian satukan kesemua bahan lain dan isi ayam tadi dalam satu mangkuk, gaul sehingga sebati.
3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana. Bila bertukar kekuningan, sedia untuk diangkat, toskan minyak. Siap! Enak dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba!
Dahulu, kalau nak makan tau fu fa mesti tunggu pasar malam. Sebab masa inilah baru ada yang menjualnya. Kalau bulan Ramadan lagilah kan. Mesti ada dan pakejnya beli sekali dengan air kacang soya. Bestnya.
Pernah juga terfikir, macam mana nak buat sendiri. Leceh betul. Tak kena cara, memang tak jadilah. Cara mudah beli sahaja. Nieza Nor Hamnira berkongsi resipi yang paling simple untuk mak-mak buat sendiri di rumah.
Guna Air Kotak Soya
Siapa dah buat tau fu fa segera guna air kotak soya tapi tak gegar, tak lembut, jadi pejal sama macam puding atau agar-agar saja?
Kali ini, saya ingin kongsi tau fufa yang sama macam kat pasar malam. Lembut dan menyelerakan. Gunaa tiga bahan sahaja. Kalau tak jadi tak tahulah.
Bahan-bahan:
2 kotak susu soya – yang 1 liter tu (beli 2 kotak yang besar tu)
Agar-agar tali 8 gram SAHAJA
1 cawan air + daun pandan simpul (kalau ada)
Cara Membuat:
1.Masukkan air dan agar-agar tali sehingga semuanya cair dan tak nampak tali agar-agar itu lagi
2.Selepas itu, tuang 2 kotak air soya ke dalamnya.
3.Biarkan ia mendidih.
4.Tapis dan masukkan ke dalam bekas.
5.Tunggu selama 3 jam dan ke atas. Masukkan ke dalam peti ais atau letak sahaja dalam suhu bilik.
6.Sementara itu, buat air gula merah atau gula putih. Ambil 5 sudu besar gula (putih atau gula merah) dan 1 cawan air masing-masing. Panaskan atas dapur.
7.Apabila mendidih, ketepikan.
8.Boleh cedok tau fufa depan anak-anak. Boleh rasa keseronokan anak bila tengok sama seperti beli kat pasar malam.
Selamat mencuba!.
MW: Nanti bolehlah buat kat rumah. Rasa macam agar-agar, mesti anak suka.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.