Berapa ramai agaknya yang betul-betul faham pencuci muka yang betul ikut jenis kulit wajah masing-masing. Tersalah memilih pencuci muka yang betul boleh sebabkan jerawat atau masalah kulit muka yang lain susah nak berkurang.
Haa.. ini panduan untuk mak-mak pilih pencuci muka yang betul ikut jenis kulit. Setiap kulit kita berbeza ya mak-mak, ada yang jenis normal, berminyak, kering malah kombinasi.
Buat ujian ini untuk pastikan jenis kulit mak-mak dengan tepat. Langkah ini mudah saja:
Pilih produk yang lembut dan hydrating. Fungsi utama hydrating adalah meningkatkan kandungan air di kulit. Produk pencuci jenis ini biasanya berasaskan air atau mempunyai tekstur yang lebih cair.
Cari pencuci muka yang berasaskan air atau mempunyai tekstur gel yang ringan. Tekstur gel yang tebal akan membuatkan kulit jadi lebih berminyak dan liang pori kulit tersumbat. Penting untuk memilih produk pencuci yang bukan sekadar menghilangkan minyak dan kotoran pada kulit wajah, malah mengekalkan kelembapan kulit semulajadi.
Tak bagus sekiranya kelembapan kulit wajah sama terhakis semasa mencuci. Kehilangan kelembapan semulajadi pada kulit ini boleh menyebabkan lebih banyak sebum dihasilkan dan kulit jadi lebih kering.
Pilih juga produk pencuci wajah yang non komedogenik, jenis menghidrat yang dapat mengurangkan penghasilan sebum tanpa mengering kulit wajah.
Pencuci muka jenis lembut dan ringan malah bebas sabun, adalah yang paling sesuai. Kerana ia tidak akan membuatkan kulit wajah jadi terlalu kering.
Cuba pegang kulit wajah sebaik mencuci. Jika kulit terasa tegang dan tidak selesa selepas mencuci, bermakna pencuci itu tidak sesuai.
Segera pilih pencuci yang lebih lembut dan mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Paling penting cari produk yang boleh beri keseimbangan pada kelembapan kulit dengan secukupnya. Tidaklah nanti sebabkan pori tersumbat. Cari pencuci yang pH seimbang, tidak merengsakan kulit dan formulasi bebas sabun, non komedogenik. Elakkan pakai toner dengan alkohol.
Untuk semua jenis kulit yang dinyatakan di atas. Membersih kulit wajah dengan lembut tanpa menghilangkan lembapan minyak semulajadi pada kulit wajah mak-mak.
Formulasi bebas sabun ini penting untuk memastikan kulit dilindungi. Malah minyak semulajadi pada wajah tidak terhapus dengan kesan sabun. Buih berlebihan bermakna kepekatan sabun tinggi. Biarpun buih tadi memberi keselesaan semasa mencuci, hakikatnya ia tidak memberi apa-apa manfaat pada kulit wajah.
Pencuci Cetaphil Gentle Skin Cleanser juga bebas wangian, sekaligus mengurangkan risiko iritasi pada kulit muka. Wangian boleh beri kesan kerengsaan terutama pada kulit jenis sensitif dan kulit bermasalah atau alami kemerah-merahan.
Formulasinya yang sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk bayi dan kulit sensitif. Malah pakar dermatologi mengiktiraf pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser berkesan untuk kesihatan dan membantu pengguna miliki kulit sihat.
Caranya, gunakan dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam untuk hilangkan kotoran dan solekan nipis pada permukaan kulit. Formulasinya tidak berbuih dan cukup lembut, memberi kesan segar tanpa mengeringkan kulit.
Walau selepas membersih, kulit masih terasa lembap dan selesa. Inilah tanda kulit anda kembali segar tanpa ada kesan iritasi mahupun kekeringan.
Malah, anda boleh menggunakan pencuci ini tanpa perlu membersih dengan sabun. Sapukan pada kulit, dan usap perlahan. Kemudian, bersihkan dengan kapas lembut atau pad kapas.
Ini pilihan pencuci untuk kulit jenis berminyak, kombinasi malah kulit bermasalah jerawat. Cecair pencuci dihasilkan untuk menghilangkan minyak berlebihan, kotoran malah solekan tanpa merosakkan kulit wajah.
Mengandungi keseimbangan p-H dengan formulasi tanpa sabun. Malah tak menyumbat liang pori-pori dan hypoallergenic. Signifikan mengurangkan sebum dalam masa 2 minggu. Ia menjadikan kulit lebih lembut malah tidak terlalu berminyak,
Penting ya untuk mengekalkan lembapan kulit semulajadi pada wajah, sebab itulah penting untuk pilih pencuci yang lembut tak mengeringkan kulit muka.
Caranya, basuh muka dengan air untuk melembapkan kulit. Tekan pencuci pada tapak tangan. Sapukan ke wajah yang dah basah tadi, urut perlahan. Bilas dengan air dan lap kering.
Setelah mendengar penerangan di atas, mak-mak dah tahukan nak pilih produk pencuci muka yang macam mana sesuai untuk jenis kulit anda. Boleh dapatkan di farmasi berdekatan kediaman anda atau belian secara online di Lazada , Watsons atau Shopee .
Semoga bermanfaat.
Sumber/Foto : rezana.com, editorial.femaledaily.com