Ini Rahsia Kulit Pinkish Berseri, Salah Satunya Pilih Pencuci Muka Yang Betul

Ani tak lagi bahagia lihat wajahnya di cermin. Usianya muda lagi, baru awal 30-an tapi kulit wajahnya kurang berseri. Barangkali disebabkan kerja di pejabat makin bertambah, dia tidur lewat, kadangkala lupa minum air kosong secukupnya malah kepenatan buat dia langsung tidur tanpa mencuci muka.

Ketika berkongsi masalah dengan rakan baiknya, Dora, Ani temui satu solusi. Dulu pun Dora ada masalah yang sama. Sebaik amalkan cara penjagaan membersih wajah dengan betul barulah nampak hasilnya.

Kata Dora, nak dapatkan kulit cantik dia ikut regim kecantikan yang aktress Lisa Surihani amalkan. Guna pencuci muka yang betul, lembut dan berkesan untuk penjagaan kulit wajah.

Sebab Lisa Surihani pun semasa hamil anak keduanya, Yusof alami masalah kulit berminyak. Akibat perubahan hormon semasa hamil, Lisa mencuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Yang mana, pencuci ini bukan saja lembut pada kulit, malah sesuai dan selamat digunakan pada semua jenis kulit. Sejak itu, Lisa terus setia. Biar pun selepas melahirkan, pembersih wajah ini tetap sesuai digunakan. Kulitnya semakin cantik berseri.

 

Ini Rahsia Kulit Pinkish Berseri, Salah Satunya Pilih Pencuci Muka Yang Betul

Kenapa Wanita Kena Pilih Pencuci Muka Yang Betul

Pertama : Pencuci Muka Yang Betul Kekalkan Lembapan Kulit Wajah

Penting! untuk wanita tahu betapa lembapan kulit wajah inilah yang mengekalkan keanjalan dan kegebuan kulit. Kulit yang terlalu berminyak atau kering akan menjadi punca jerawat atau merengsa.

Formulasi pembersih wajah yang baik, perlulah sesuai untuk memelihara kulit wajah seseorang. Terbukti pembersih wajah Cetaphil Gentle Skin Cleanser dipersetujui oleh 99 peratus wanita berkesan membersih kulit wajah dengan lembut sambil melembapkan kulit tanpa menghilangkan minyak semulajadi pada semua jenis kulit.

Kedua : Jangan Kerap Tukar Pencuci Muka

Perlu diingatkan iya.. kulit wajah seseorang akan berubah-ubah. Misalnya, fasa mengandung, kulit wajah boleh jadi terlalu kering. Selepas kehamilan, ia kembali kepada normal. Mak-mak yang alaminya akan jadi panik. Mencuba macam-macam jenis pencuci, semata nak pulihkan kembali kulit wajah.

IKLAN

Tak perlu sampai macam itu pun. Sebab, bila kulit wajah kita dalam keadaan sihat berseri, rutin penjagaan yang lembut dan konsisten itu perlu. Apabila kulit berubah jadi sensitif, kering atau berminyak, mak-mak perlukan lebih penjagaan yang lebih lembut dan tak menyeksakan kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini biar apa pun situasi kulit anda, ia memberikan penjagaan kulit dengan lembut untuk hasilkan kulit wajah sihat dan cantik berseri.

 

 

Ketiga : Cari Pembersih Kulit Wajah Yang Telah Diuji Formulasinya

Elakkan membeli pembersih wajah tanpa ujian makmal. Kerana, mak-mak tidak tahu apakah kandungan kimia berbahaya yang ada pada pencuci wajah tersebut. Kulit wajah memang nampak putih dalam masa singkat, jangka panjang jadi kusam malah alami kulit merengsa.

IKLAN

Formulasi Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang bebas sabun dan wangian ini diuji secara dermatologi yang terbukti berkesan secara klinikal. Malah, telah merangkul pelbagai anugerah dari kalangan industri kecantikan dan pakar penjagaan kesihatan.

Pembersih wajah ini juga digunakan dan disukai ramai wanita termasuk yang berusia lebih 70 tahun. Malah pakar kesihatan pun menyarankan penggunaannya.

 

Ini Rahsia Kulit Pinkish Berseri, Salah Satunya Pilih Pencuci Muka Yang Betul

 

IKLAN

Keempat : Pilihlah Pembersih Muka Yang Tepat Agar Pinkish Berseri

Dalam apa juga keadaan, penting untuk mak-mak mendapatkan jumlah air kosong yang secukupnya dalam sehari. Jumlah air yang tepat mengikut keperluan tubuh membantu mak-mak mendapatkan kulit yang lebih gebu, mulus dan berseri.

Memakai pencuci muka yang tepat juga sama pentingnya, agar kulit wajah tak mudah jadi kusam. Sebab itulah, Cetaphil Gentle Skin Cleanser jadi pilihan wanita dalam membersihkan kulit wajah mereka.

Nanti, lembut saja penjagaannya. Kulit wajah pun jadi pinkish berseri. Tidaklah kering sepanjang hari. Kena mula jaga muka dari sekarang, agar kulit muka mantain pinkish berseri.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut jenis kulit anda

Masa inilah, boleh kongsi dengan kawan-kawan yang bertanya. Sebenarnya anda dah jumpa pembersih wajah yang tak merengsakan kulit. Malah menjaga kulit muka dengan lembut. Selembut wajah pengguna setianya, Lisa Surihani.

Mak-mak yang mahu dapatkan maklumat lanjut, boleh layari : Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Website: https://cetaphil.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/cetaphilmy/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCCCO2Wf8sPUNMYZTLJ4V5EA



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI