doakan-ainul-mardhiah

Terus doakan Ainul Mardhiah. Si comel kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4 tahun ketika ini dikhabarkan ibunya masih lagi ditidurkan. Memandangkan Ainul masih lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Bagi mengelakkan Ainul penat, anaknya itu belum boleh disedarkan lagi. Bagaimana pun, keadaan Ainul sudahpun stabil.

Ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi yang berkongsi di instagramnya, memohon agar orang ramai terus mendoakan anaknya itu.

Ainul Tak Boleh Sedar Lagi..

Pagi ini, Ainul dah start minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu.

Mama yakin Ainul semakin baik. Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run sebab Ainul tengah on ventilator.

Ainul tak boleh sedar lagi sebab tak nak bagi Ainul penat bila tengah on ventilator.”

Sebelumnya, Ainul dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans selepas mengalami muntah dan cirit birit dalam masa sehari.

Ketika ini, Ainul sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah hospital.

Baca sini : ‘Muntah, Cirit Birit, Ainul Dalam Keadaan Kritikal & Tenat, Doakan Dia’ Ibu Ainul Mardhiah

IKLAN

Semakin Stabil, Doakan Ainul Mardhiah

Jangan risau semua, Ainul tengah stabil, terus doakan untuk Ainul ye.” pintanya agar terus mendoakan anaknya yang dikhabarkan kritikal semalam.

Selepas dilakukan pemeriksaan darah dan x-ray serta mendapat rawatan di hospital keadaan Ainul bertambah baik.

Orang ramai mula mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepada anak ini sebaik dimaklumkan ibunya keadaan Ainul yang sakit.

Begitu juga dengan ibunya, mendoakan anaknya kembali sembuh agar dapat bermain bersama adik lelakinya, Umar Abdurrahman.

Ainul kena kuat okay! Nanti nak main sama-sama dengan adik. Nak dengar radio omar hana favourite Ainul ni.

IKLAN

Harap-harap hari ni ada berita gembira dari Doktor dan team yang merawat Ainul.”

doakan-ainul-mardhiah

Doktor Amalina Doakan Ainul Mardhiah

Keadaan Ainul yang kini dirawat di hospital turut diketahui Dr Amalina Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini bertugas di London.

Sebelumnya, Dr Amalina pernah membantu AInul Mrdhiha menjalani pembedahan di London United Kingdom.

Ketika di tahun 2019 itu, Ainul merupakan bayi yang mengalami kanser mulut. Dan usaha yang Dr Amalina lakukan menyumbang kejayaan membuang tumor seberat 200 gram.

IKLAN

Sehingga selepas pembedahan, hubungan baik antara Dr Amalina dan pesakit kecilnya ini serta keluarga Ainul tetap terjalin dengan baik. Malah, beliau datang ke rumah Ainul ketika pulang ke tanah air.

Doa beliau untuk Ainul, “Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh.

“Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyaAllah

Kuasa Allah, Dah Elok Dengan Sendirinya

Sekitar dua minggu lalu, ibu Ainul turut berkongsi yang bentuk pipi Ainul sudah kelihatan sama di sebalah kiri dan kanannya. Itulah tanda kekuasaanNya.

Alhamdulillah, Nampak tak muka Ainul dah sama pipi dia sebelah kanan dan sebelah kiri dia. Dulu waktu lepas operation nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul. So doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa Allah, dah elok dengan sendirinya.”

Mingguan Wanita : Sentiasa doakan Ainul Mardhiah kembali sembuh dan sihat semula, ceria seperti selalu.

Sumber/Foto : _nlerwani, Dr Amalina