Pernah tahun 2019, kisah Ainul Mardhiah mendapat perhatian termasuklah Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200gram dari mulutnya.
Terbaru, dalam perkongsian ibu Ainul Mardihahdi, Nurul Erwani di IG memberitahu, Ainul kini sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), keadaanya kritikal dan tenat.
Dalam perkongsian Nurul Erwani, Ainuk Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit birit sebelum dikejarkan ke hospital.
“Masa ni naik Ambulans ke Emergency. Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni.
“Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi”.
Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni.
Ainul mula dengan muntah muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke Emergency. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul.
Ads
Doakan ya semua.
Mingguan Wanita: Moga dipermudahkan buat Ainul Mardhiah dan diberi kesembuhan. Aamiin…aamiin.
“Dalam pada rezeki kita, ada rezeki orang lain juga” benarlah apa yang diungkapkan oleh selebriti yang juga bergelar usahawan wanita berjaya, Wawa Zainal.
Pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 31 akui dalam berniaga dia sentiasa tanamkan dalam diri untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel kini rezeki mereka mencurah-curah apabila perniagaan yang diusahakan bersama sejak lima tahun lalu semakin berkembang.
Malah kejayaan mereka juga membuka mata peminat di luar sana, golongan artis juga mampu berjaya dalam perniagaan.
Wanita cantik berbadan kecil molek yang berasal dari Sabah ini juga sentiasa berpegang teguh pada prinsip dalam rezeki yang diperolehi, pasti akan ada rezeki orang lain juga. Malah dia juga tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga.
“Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini.
“Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada.
“Sejujurnya, saya seronok melihat ada ramai lagi orang Melayu kita yang mula mencipta kejayaan atas usaha dan kerja keras mereka,” sambung Wawa.
Bukan itu saja Wawa juga akui paling penting dalam perniagaan yang diusahakan dapat membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil serta hasil pendapatan dapat disumbangkan kepada golongan memerlukan.
Terbaru Wawa yang hadir dengan Koleksi tudung terbaharu bernama Wawa Scarve menyatakan koleksi tersebut telah habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dilancarkan. Difahamkan sebanyak 90,000 helai terjual dengan anggaran pendapatan RM2.5 juta.
Wawa juga berterima kasih kepada pelanggan setianya selain menyifatkan ia adalah rezeki Allah SWT.
“Alhamdulillah, untuk keluaran kumpulan pertama (first batch) ini habis terjual.
“Tipu kalau cakap tak meletakkan sasaran dan harapan tinggi, tapi apabila ia benar-benar terjadi memang bersyukur sangat.
“Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual.
“InsyaAllah kita akan keluarkan lagi,” sambung Wawa yang turut menyatakan tudungnya itu sesuai dihadiahkan buat wanita yang disayangi terutama isteri dan ibu.
Besarnya tanggungjawab mak-mak, bukan saja melahirkan malah corakkan insan soleh & bertaqwa. Setuju dengan kata-kata yang diluahkan oleh Pakar Motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad atau lebih selesa disapa dengan panggilan Bonda.
Ternyata apa yang diluahkan benar, ini kerana golongan mak-mak ni bukan saja melahirkan malah merawat dan membesarkan anak-anak hingga dewasa.
Anak-anak juga akan menjadi insan yang baik dan bertanggungjawab sekiranya mereka membesar di bawah didikan ibu yang berjaya menjadi suri teladan yang baik.
Berpeluang bersua wajah seusai seminar Transformasi Prof Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’, figura hebat yang juga Pakar Oftamologi terkenal ini menjawab persoalan tentang golongan wanita yang lebih teruja untuk mendengar majlis-majlis ilmu.
Tidak dinafikan melalui didikan wanita juga akan melahirkan modal insan yang berkualiti.
Malah Bonda juga akui didikan wanita akan mewujudkan satu generasi yang terpelihara.
“Bonda sangat fokuskan pada wanita. Wanita peranan mereka sangat penting, didikan wanita akan wujudkan generasi terpelihara. Bukan itu saja malah mereka juga mampu mencorakkan insan soleh dan bertaqwa.
“Mak-mak ni mereka mengandung, melahirkan, menyusukan, menghayun buaian dan merekalah yang menentukan keperibadian anak-anak.
“Cuma saya ingatkan segitiga kehidupan di mana, manusia, kahwin dan ibu bapa. Manusia yang mantap akan lahirkan insan yang baik, soleh dan bertaqwa.
“Wanita yang solehah akan berkahwin dengan pasangan yang soleh dan mendapat anak-anak yang baik serta menantu yang baik. Kemudian akan hadirnya cucu yang baik,” ungkap Bonda Muhaya.
Bukan itu saja, Bonda Muhaya juga mendedahkan selepas pandemik melanda, ramai individu yang terkesan, terutama daripada sudut tekanan emosi serta perasaan.
“Program PMC berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia.
“Ia telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.
“Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stress, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stress.
“PMC pertama kali diadakan secara bersemuka kerana sebelum ini, semuanya dibuat secara atas talian. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan,” tambahnya lagi.
Mingguan Wanita : Besr sungguh ya pengorbanan mak-mak. Hebat sungguh…
Sumber Foto : Ihsan PMC 2022
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ralit pula bila tengok video tutorial mekap di media sosial. Nampak macam senang cara nak tenyeh alat mekap kat muka. Ada juga yang mekap tak sampai 10 minit siap.
Video tutorial mekap di medai sosial ini ada baiknya sebab ia mengajar cara solekan yang minimalis dan tak kurang yang tebal. Ada juga macam-macam solekan yang boleh dikatakan agak berlebihan.
Semua video tutorial mekap ini, mungkin juga berkaitan untuk menjual produk mekap masing-masing dengan tunjuk warna pilihan dan kesesuaian dengan kulit wajah.
Rupanya, video tutorial mekap ini boleh jatuh haram sebab ia ditonton oleh beribu-ribu orang, bukan saja perempuan tapi lelaki. Inilah antara ulasan yang dikongsikan oleh Sri A’jilah.
Berat saya nak tulis tentang perkara ni. Ia berkaitan hukum. Tapi, saya rasa saya perlu tulis supaya lebih ramai orang yang tahu. Saya sendiri pun tak arif berkaitan hal ni.
Saya ada hubungi seorang kawan untuk tanya barang mekap yang dijualnya. Memang selalu sangat dia upload tutorial mekap sebagai salah satu cara marketingnya.
Rupa-rupanya, dia dah tak berjual barangan mekap tersebut. Terkejut juga saya. Bertahun dia buat bisnes ni. Takkan semudah itu dia stop kalau tak ada sesuatu yang berlaku.
“Jual makeup tak haram. Yang haramnya bila aku buat tutorial mekap tu untuk tatapan umum.”
Itu jawapan dia pada saya.
Tapi disebabkan dia betul-betul berazam untuk tak buat tutorial mekap lagi, maka dia tinggalkan semua.
Subhanallah, betul-betul dia berjuang untuk lawan nafsu sendiri. Dia berhenti jual segala jenis mekap supaya tak ada lagi keinginan untuk bertutorial tu.
Allahuakbar, saya dihurung sebak.
Bukan senang tau nak melawan nafsu sendiri. Memang kena berjuang habis-habisan. Lagi-lagi untuk sesuatu yang kita suka buat.
“Betul ke haram buat tutorial makeup?” Saya minta penjelasan lebih lanjut daripada dia.
“Ustaz Adnin ada buat analogi. Orang perempuan ni, mesti tak suka kalau dia lalu, ada lelaki yang pandang je dia, kan?
Kita akan rasa tak selesa dan tak suka. Rasa nak korek je mata orang yang tengok tu. Tapi itu di dunia realiti.
Bila upload video tutorial mekap, beratus ribu orang yang tengok, baik lelaki atau perempuan. Sama ada bujang atau bapak orang, baik tua bangka, mahupun lelaki buaya.
Semua tengok. Dalam keadaan kita duk tenyeh muka sana-sini. Bercantik-cantik untuk orang tengok. Padahal bukan tak tahu, cantik tu untuk suami.
Soheh la berdosa!”
Panjang lebar lagi sebenarnya dia terangkan pada saya. Tapi ini antara point penting yang melekat terus dalam kepala saya.
Entah-entah ada orang save pulak video kita duk tenyeh lipstick tu untuk buat benda tak elok. Aduh, seriau weh!
Saya ada juga terbaca tulisan Ustaz Zulbakri berkaitan hal ni.
Katanya, kalau tak sampai tabarruj (berhias secara berlebihan) boleh saja. Nanti saya letak link artikel di ruang komen ye. Kalian boleh baca sendiri. Takut saya yang salah faham.
Tapi, pendapat peribadi saya dan saya ada juga tanya beberapa orang asatizah, mereka semua sepakat bahawa tutorial makeup yang diupload untuk tatapan umum adalah haram.
Manusia zaman sekarang ni, yang tidak-tidak je dalam kepala diorang. Bab macam ni, lebih baik kita ambil langkah selamat daripada cuba berhusnuzon dengan orang yang tengok tu semata-mata nak teruskan apa yang kita suka buat.
Kawan saya kata, ada kawan-kawan dia yang masih jual barangan mekap dan masih buat tutorial tapi dia buat group khas untuk perempuan sahaja.
Insya-Allah bila kita usaha jaga benda ni, Allah tak akan kurangkan pun rezeki kita. Bahkan kita akan rasa cukup sebab ada berkat di dalamnya.
Saya tulis ni tentang makeup ye. Yang memang menarik minat orang untuk tengok dan telek wajah kita. Kalau berkaitan skincare, saya tak pasti. Sebab skincare ni tak ada warna-warna yang menghias muka, kan?
Bab skincare ni, kalian tanyalah orang yang lebih arif. Wallahua’lam.
Kawan-kawan,
Kalau jalan mujahadah inilah yang akan bawa kita ke syurga, semoga kita terus kuat untuk melaluinya. Semoga kita terus kuat melawan kehendak yang berlawan dengan syarak.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi manfaat dan panduan. Boleh saja nak jual alat mekap, cuma tak perlulah nak marketing dengan buat video tenyek produk mekap.
Lagi kejadian kanak-kanak terjatuh dari apartment di Kajang Selangor. Cukup tragis kerana anak lelaki berusia 11 tahun itu masih bersuara waktu jatuh dan akhirnya disahkan pergi buat selama-lamanya.