Gambar sekadar hiasan.

‘Sanggup merana sakit.’ Berpada-pada nak cantik, jangan sampai mengubah ciptaan Allah. Wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan.

Tidak salah wanita mahu kelihatan cantik dan berhias, namun jangan melampaui batas hingga mengubah ciptaan Allah serta perlu menanggung kesakitan.

Artikel Berkaitan: Kembar Terpisah Umur 3 Hari Bertemu Kembali, Tak Sempat Tatap Wajah Ibu Kandung

Sanggup Merana Sakit

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita dari Ireland Utara ini. Malang nasibnya apabila rawatan kosmetik pergigian dijalaninya di Turki tidak seperti yang diharapkan.

Menurut laporan New York Post, gigi Amanda Turner menjadi bertambah buruk, malah dia juga mengalami kesakitan pada bahagian bibir kesan rawatan dijalankan di sebuah klinik.

Turner berkongsi kisah ngerinya itu menerusi TikTok, baru-baru ini.
Video dimuat naiknya mendapat perhatian hingga mendapat lebih 82,000 tontonan dalam masa enam hari.

IKLAN

Berpada-Pada Nak Cantik

“Saya tidak boleh menggerakkan muka saya, ia sangat, sangat sakit,” kata Amanda yang malu dengan keadaan dirinya.

Segalanya bermula selepas Amanda nekad terbang ke Istanbul untuk menjalankan rawatan dental crown di sebuah klinik bagi mendapatkan gigi lebih cantik.

Jangan Sampai

Bagi wanita yang ingin menjalani pembedahan kosmetik seperti untuk menambah kecantikan dan mengekalkan keremajaan fizikal pembedahan yang bertujuan semata-mata untuk menambahkan kecantikan atau mengekalkan keremajaan adalah haram.

Apatah lagi mengubah ciptaan Allah dengan cara kekal iaitu mengubah keadaan asal gigi atas alasan untuk kelihatan cantik. Peringatan buat semua wanita, hendak kelihatan cantik tak salah tetapi bukan dengan cara mengubah ciptaan Allah tanpa alasan kukuh.

IKLAN

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. (Surah al-Nisa‟:119)

Dalam ayat di atas, syaitan telah menyatakan mengenai agenda kerjanya untuk menyesatkan anak Adam. Di antara tugas yang akan dilakukannya ialah menyuruh manusia supaya mengubah ciptaan Allah SWT.

Baca Di Sini : ‘Parental Burnout’, Jangan Sampai Keseronokan Jadi Mak Ayah Terhakis & Membebankan Diri!

Mengubah Ciptaan Allah

Malah daripada ayat ini dapat difahami bahawa orang yang mengubah ciptaan Allah merupakan orang yang telah terpedaya dengan bisikan syaitan dan orang ini telah melakukan perbuatan yang haram.

Pembedahan kosmetik sebegini tidak termasuk dalam pembedahan yang mempunyai keperluan. Malah tujuan utama pembedahan sebegini hanyalah untuk mengubah ciptaan Allah mengikut keinginan dan nafsu sahaja.

IKLAN

Mingguan Wanita : Memadailah berhias, bermekap dan mengenakan pakaian yang indah untuk kelihatan cantik. Tidak perlu keterlaluan hingga melanggar hukum.

Sumber : myMetro, @amandaturner1809

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI