Lafaz taklik, awalnya sekadar gurauan suami buat isteri, tapi tak sangka ia boleh jadi sah bila dirujuk di pejabat agama. Itulah bahaya bila perkara soal cerai berai dibuat main-main.

Tak mustahil juga sekarang ini ramai isteri mula lafaz taklik melalui watsap atau dengan kata berkias-kias. Bahaya bila mudahnya terlafaz kata-kata ini.

Ada beberapa cara yang mungkin untuk pengetahuan suami isteri tentang lafaz taklik yang dikira sah bila dirujuk di pejabat agama. Antara yang dikongsikan oleh peguam syarie, Kim Rahim ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Semua Nafkah Boleh Dituntut Isteri Dalam Iddah, Kena Tahu Jenis Lafaz Talak

Suami Jangan ‘Main’ @ Ugut Dengan Talak, Sekali Lafaz Ia Tak Boleh Dibatalkan

Info Lebih Menarik DI SINI

Lafaz Taklik, Mudahnya Terlafaz

Ada satu fenomena masyarakat yang dah sangat parah sekarang. Terlalu ramai yang mesej bertanya berkenaan suami terlafaz cerai taklik, isteri suruh suami lafaz taklik dan macam-macam lagi..

Patternnya sama saja:-

1. Suami kata “kalau kau keluar rumah, jatuh talak satu”, “kalau kau tak angkat telefon, jatuh talak satu”, “kalau kau balik rumah mak ayah kau, kau bukan lagi isteri aku”

2. Isteri suruh suami lafaz “kalau aku mesej lagi perempuan tu, jatuh talak satu” (yang sebut jatuh talak tiga pun ada) “kalau aku hisap dadah lagi, jatuh talak satu”

Wahai para suami, janganlah mudah sangat buat lafaz taklik walau macam mana teruk pun bergaduh, semata-mata nak isteri diam atau nak isteri berhenti provokasi atau nak isteri ikut kata.

IKLAN

Ada sebab Allah beri kuasa talak pada suami. Suami sepatutnya insan yang lebih rasional dan kurang beremosi berbanding orang perempuan. Kalau kalian sendiri tak dapat nak kawal lidah sendiri dengan mudahnya melafazkan taklik, cuba muhasabah semula diri, timba lagi ilmu sebagai pemimpin keluarga.

Wahai para isteri, walaupun anda nak suami anda dengar kata anda, nak suami setia pada anda, janganlah suruh dia sebut lafaz taklik. Ketahuilah, banyak sangat suami yang tidak takut dan akan langgar juga taklik tersebut tanpa beritahu anda.

Akibatnya anda juga yang akan menyesal kerana diceraikan apabila taklik dilanggar. Kalau nak dia setia sekalipun, atau nak dia tidak buat perkara haram seperti dadah, janganlah bermain dengan lafaz talak, banyak lagi cara lain anda boleh cuba. Pergi kaunseling, pergi buat aduan di pejabat agama, berbincang dengan keluarga untuk langkah seterusnya, macam-macam lagi cara lain ada.

Kalau nak cerai sekalipun, mohonlah cerai cara yang betul di mahkamah. Bukan buat lafaz taklik begini.

Ada Lafaz Tak Sah

Kenapa? Ada banyak sebab.

1. Ada lafaz yang boleh disabitkan tak sah kerana suami lafaz dalam keadaan dipaksa isteri melibatkan nyawa atau cedera, contohnya isteri ugut nak bunuh diri, dah letak pisau kat leher, jadi suami terpaksa lafaz juga. Kalau kes begini, kemungkinan besar memang hakim akan decide lafaz tersebut tidak sah.

IKLAN

2. Ada juga lafaz taklik yang hakim masih putuskan sah, walaupun isteri yang suruh suami lafaz, sekiranya keadaan paksaan tu hanya paksa mulut saja, takde ugutan pada badan atau nyawa pun, suami dikira lafaz dengan rela juga sebab suami masih ada ruang untuk enggan lafaz tapi suami pilih untuk lafaz juga, mungkin kerana taknak isteri terus bergaduh.

3. Kalau taklik tu suami langgar tapi tak beritahu isteri, maka hiduplah suami tu dalam keadaan berdosa besar jika masih hidup sebagai suami isteri melainkan dia ada lafaz rujuk kalau talak satu atau dua.

4. Masalah lagi timbul bila nak failkan kes pengesahan cerai. Kes begini wajib ada kehadiran suami. Kalau suami enggan hadir, isteri boleh mohon hakim keluarkan waran tangkap untuk paksa suami hadir ke mahkamah dan beri keterangan berkenaan lafaz cerai taklik tersebut. kalau tak jumpa juga suami, isteri kena datangkan dua saksi yg dengar lafaz tersebut dibuat. Memang susahlah nak jumpa kebetulan ada saksi pulak, melainkan lafaz dibuat di tempat awam.

5. Bila suami ada hadir pula, ada lagi isu suami bohong berkenaan niat semasa buat lafaz. Banyak je suami buat pengakuan palsu bahawa kononnya dia tak ada niat cerai masa lafaz taklik dibuat, padahal dia memang niat cerai. Tapi sebab Islam tak menghukum berdasarkan apa dalam hati tapi apa yang disebut lisan, jadi hakim akan putuskan berdasarkan pengakuan suami itu saja. Kalau suami itu berbohong di bawah sumpah, itu dosa besar dengan Allah yang dia sanggup pikul dunia akhirat. Manakala utk isteri pula, terlepas sudah tanggungan jika sudah buat pengakuan penuh depan hakim.

6. Kalau ada lafaz taklik pernah dibuat, isteri kena selesaikan isu pengesahan cerai dulu barulah boleh mohon cerai (jika diputuskan taklik tak sah atau belum dilanggar). Kan dah membazir masa nak kena turun naik mahkamah untuk kes pengesahan cerai. Kalau tak wujud lafaz taklik ni, boleh terus je mohon cerai, tak perlu tunggu keputusan kes pengesahan lafaz taklik dulu.

IKLAN

Banyak lagi isu lain dari kes-kes sebegini. Pokoknya, janganlah mudah sangat lidah tu buat lafaz taklik, realitinya pasti ada yang menyesal tapi dah tak boleh nak berpatah balik sebab talak itu tetap sah jika cukup syaratnya, walaupun disebut main-main, apatah lagi jika disebut semasa marah. Melainkan dilafaz semasa gila atau jika dipaksa melibatkan nyawa atau cedera saja barulah boleh dijadikan pembelaan.

Itupun susah nak buktikan depan mahkamah berkenaan isu gila atau paksaan tersebut. Nak kena ada pengesahan doktor kalau gila, nak kena ada pengakuan isteri kalau memang ada paksaan cubaan bunuh (dah boleh jadi kes jenayah pulak).

Jaga lidah, jaga hati, jaga-jaga.

Mingguan Wanita : Walaupun sekadar bergurau, tapi tetap sah. Jangan dibuat main-main, menyesal tak sudah.

Sumber: Kin Rahim

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI