‘Keputusan ini bukan dibuat dalam masa singkat.’ Elly Suriaty, Azri Iskandar sah bercerai selepas 19 tahun berkongsi hidup. Ternyata keputusan ini bukan sesuatu yang mudah buat pasangan ini.

Tentu saja seperti mana pasangan lain mendambakan untuk hidup bersama sehingga ke hujung nyawa. Namun siapa kita untuk menolak takdir.

Keputusan Ini Bukan DiBuat

“Setiap perkahwinan mestilah ada usaha dan tawakal. Selebihnya itu sudah tertulis. Bukan serah bulat-bulat. Kalau tak, tidaklah kami hidup bersama selama 19 tahun,” kata pelakon Ellie Suriaty Omar, 52, yang sah bercerai dengan suami yang juga pelakon, Azri Iskandar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Menurut Ellie, keputusan dibuat bukan dalam tempoh singkat sebaliknya dia dan Azri sudah memikirkan perkara itu sejak empat tahun lalu sebelum memfailkan perceraian pada 22 April lalu.

Malah, menurut Ellie apa yang berlaku juga tidak mengurangkan rasa hormat terhadap bekas suaminya itu.

Artikel Berkaitan: “Sakit Hati Macam Mana Pun.’ Elak Buka Aib Pasangan Walaupun Sudah Bercerai

Dalam Masa Singkat

“Apa yang berlaku juga sudah tertulis. Kami sudah bersama dalam tempoh yang panjang. Kami juga sudah lalui banyak perkara bersama dan bina keluarga. Saya berterima kasih pada dia. Kami berpisah pun dengan cara baik.

IKLAN

“Kami sangat matang dengan keputusan ini. Rasa Hormat saya tak berkurang pada dia. Saya menghormati dia sebagai bapa anak-anak kami, hormat dia sebagai pemain industri, hormat skil dan kreativitinya sebagai pelakon. Selebihnya itu adalah peribadi antara kami.

“Keputusan ini tentu sekali bukan masa singkat. Kalau singkat ia dipengaruhi oleh pemikiran singkat dan unsur-unsur negatif lain. Tapi kami ambil masa panjang untuk menilai iaitu dalam tiga ke empat tahun kebelakangan ini. Sudah cuba selamatkan sebelum ini,” katanya.

Elly Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai

Tambah Ellie yang juga pengarah filem Penanggal, selepas memfailkan perceraian dia meminta izin pada Azri untuk keluar rumah.

“Selama ini kami masih duduk bersama. Namun, selepas fail cerai, saya yang keluar rumah selepas minta izin daripada dia. Saya yang berasa tak hormat pada diri sendiri sebab sudah failkan perceraian. Nanti saya hipokrit pula.

IKLAN

“Kalau masih nak duduk serumah, saya tak boleh nak anggap macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya cakap terus terang untuk keluar rumah. Dia hormat dan faham keputusan saya. Saya tidak mahu. Kami cukup matang dalam perkara ini,” katanya lagi.

Baca Juga Di Sini : Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai “Padahal Dia Dah Ada Orang Lain” Wanita Ada Harga Diri Ya!

Tidak Salahkan Bekas Suami

Dalam masa sama, jelas Ellie, dia tidak menyalahkan bekas suaminya itu atas keputusan yang dibuat.

“Saya tak salahkan dia. Kami ada hubungan baik dengan anak-anak. Begitu juga saya dengan anak-anak tiri. Tidak ada istilah nak rebut harta dan anak-anak. Itu semua tidak menjadi isu,” katanya.

IKLAN

Ellie dan Azri berkahwin pada 2003, dan hasil perkahwinan selama 19 tahun itu, mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

Mingguan Wanita : Semoga penceraian yang berlaku membawa sinar baru dalam kehidupan kedua-duanya. Insyallah.

Sumber : myMetro

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita