Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Dah Pandai Tutup Telinga Dengar Mama Membebel

Diam tak diam, dah lima bulan ‘si comel kesayangan Malaysia’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bergelar kakak. Sekitar Julai lalu, ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi melahirkan anak kedua, Umar Abdurrahman.

Setahun lalu, Ainul pernah diterbangkan ke London, United Kingdom (UK) untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulut. Sehingga hari ini, masih ramai yang mengikuti perkembangan Ainul dari semasa ke semasa.

Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Dah Pandai Tutup Telinga Dengar Mama Membebel

Ainul Mardhiah seronok terima kunjungan doktor yang pernah rawatnya di London.

Perkongsian terbaru dari ibu Ainul begitu mencuit hati. Bila mana ibunya maklumkan yang Ainul dah semakin pandai beri respons dengan apa yang ibunya lakukan.

Ainul sekarang dah pandai tutup telinga bila dengar mama dia membebel. Tak sempat nak record bila Ainul tutup telinga tu!.” Terangnya dengan berkongsi dua keping gambar terbaru Ainul yang cantik mengenakan dress set dengan seluar.

IKLAN

Haa.. dah macam orang besar kan. Comel pun comel bila Ainul Mardhiah jadi kakak ni.

Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Makin Panjang Akalnya

Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Dah Pandai Tutup Telinga Dengar Mama Membebel

Manakala bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak maklumkan anak sulungnya itu sudah semakin panjang akalnya.

Alhamdulillah, semakin baik dan panjang akal dia sekarang. Tidur pun dah pukul 12 sekarang. Asyik nak main jer.”

IKLAN

Jika sebelum ini Ainul sendirian di rumah, sekarang Ainul dah ada kawan a.k.a adik lelaki untuk Ainul bermain sama-sama.

Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Dah Pandai Tutup Telinga Dengar Mama Membebel

Dalam proses membesar ini, Ainul masih lagi menjalani terapi di pusat fisioterapi dekat Gym Academy. Kata ibunya, “Alhamdulillah Ainul pun sekarang dah pandai jalan, dan juga dah pandai bersosial dengan orang lain.

IKLAN

“Untuk ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang istimewa, jangan putus asa, sentiasa cari solusi untuk bantu anak-anak kita capai perkembangan mereka.”

 

MW : Semoga Ainul Mardhiah membesar dengan sihat dan ibu ayahnya diberikan kemudahan untuk membesarkan Ainul. Seterusnya, menyuntik inspirasi kepada ibu ayah lain yang diuji membesarkan anak-anak istimewa.

Sumber/Foto : Nurul Erwani Zaidi, Ahmad Safiuddin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI