Selalu kita mengeluh dan rasa rezeki tidak pernah cukup. Maklum sahaja, belum habis bulan, duit mula berkurangan dan terpaksa berjimat cermat.

Bila rasa rezeki tidak cukup, mulalah emosi tidak stabil dan rasa ingin marah, bila tegur ada saja yang tidak kena. Belum lagi, bila anak-anak nak bermanja, dimarahinya.

Kadang-kadang kita terfikir kenapa sesuatu perkara terjadi pada diri dan keluarga kita. Sedangkan orang lain cukup gembira dan penuh kasih sayang. Kita pula, asyik dengan berselisihan faham dan ada saja yang tidak kena bila bersama pasangan mahu pun keluarga.

Sebenarnya, setiap pasangan dan keluarga ada cara tersendiri untuk bahagia. Cuma, kita leka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi, tempat kediaman untuk kita dan keluarga kita berteduh.

Mungkin kita rasa rezeki kita sempit bukan sebab kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, tapi kita kena lihat apa yang ada di rumah kita sendiri. Inilah yang dihuraikan oleh Liza Idris tentang apa yang dikatakan punca rezeki kita sempit.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Keluar Dari ‘Zon Selesa’, Sebenarnya Itulah ‘Pembuka Jalan’ Rezeki Yang Lebih Baik

Mudahnya Nak Bagi Rezeki Suami Melimpah Ruah, JAGA HATI Dan Hargailah Isteri

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Rasa Rezeki Sempit – Bermula Dari Rumah Sendiri

Saya tertarik dengan satu artikel berkenaan punca rezeki sempit. Saya baca dan huraikan kembali.

1. Tandas Kotor

Kita tahu tandas tempat tinggal syaitan dan jin. Di situlah tempat makhluk itu berpesta. Lagi kotor lagi membiak sakan makhluk tu. Jadi pastikan tandas di rumah selalu dibersihkan.

2. Pinggan Mangkuk Bertimbun Dalam Sinki

Dekat sinilah jin dan syaitan mencari makanan. Jangan biarkan sisa makanan dan benda kotor dalam singki. Pastikan semua pinggan mangkuk dicuci sebelum tidur. Tak kira letih macam mana pun, singki mesti dalam keadaan bersih. Ikat segala sampah sarap dalam tong sampah dan tutup rapat.

IKLAN

3. Rumah Bersawang

Selalunya rumah bersawang adalah rumah kosong yang tak ada penghuni. Maka, jin dan syaitan pun turut bersawang dekat situ. Orang tua-tua selalu ingatkan supaya bersihkan sawang di dinding dan celah-celah meja. Ini sebabnya! Rajin-rajinla cuci sawang dekat rumah ye.

4. Pintu Tandas Dibiarkan Terbuka

Bila pintu tandas sentiasa terbuka, maka seronok jin dan syaitan bebas keluar masuk dan berjoget lambak dalam rumah kita. Pastikan pintu tandas sentiasa di tutup ya. Dah tahukan kenapa orang dulu-dulu buat tandas dekat luar? Kita sekarang tandas siap ada dalam bilik tidur.

Ingat ye kawan-kawan, jin dan syaitan akan meruntuhkan kasih sayang dan juga rezeki dalam sebuah keluarga. Sebab itulah isteri jadi hilang hormat pada suami, anak jadi biadap dan suami jadi pemalas.

IKLAN

Selain itu, lahir sifat-sifat negatif. Tak hairan la jika kita cepat sentap, iri hati, selalu rasa diri betul dan orang lain salah.

Penting juga buat orang bisnes, emosi kena selalu stabil. Bila sifat lemah dan malas berkuasa, macam mana nak buat bisnes?

Semua ni berkaitan dengan kebersihan yang bermula dari rumah sendiri. Ramai yang terlepas pandang. Baiki yang basic dahulu.

MW: Malas macam mana sekali pun, kena jaga kebersihan rumah. Kalau rumah bersih, hati kita pun tenang dan rezeki pun senang nak dekat.

Sumber: Liza Idris

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI