Keadaan sekarang ini cukup mencabar bagi sesiapa sahaja. Bersyukurlah bagi kita yang masih berada di zon selesa. Tapi, ada juga orang lain yang berkira-kira dan memikirkan tentang masa depan yang bakal dilalui.

Kadang-kadang apa yang kita ada sekarang ini dirasakan sudah cukup baik dan semestinya kita berada pada zon selesa. Tak perlu apa-apa dan teruskan dengan apa yang ada.

Namun, sedar tak bila kita berada di zon selesa, kita tak akan buat apa-apa. Hanya itulah yang dihadap hari-hari. Tak ada sebarang perubahan.

Begitu juga dalam mencari rezeki, jangan ingat dengan makan gaji kita sudah berada pada zon selesa berbanding dengan mereka yang perlu bekerja keras siang dan malam demi mencari sesuap nasi.

Sebenarnya, kita takut untuk membuat keputusan, malah takut untuk keluar dari apa yang kita ada sekarang ini. Kita tak tahu, asbab keutusan yang kita buat dengan keluar dari zon selesa, ia mampu menaikkan taraf hidup kita.

Itulah yang dikongsikan oleh Khairul Ahmad Basri tentang keputusan salah yang diambilnya sebelum ini. Rupa-rupanya, keputusan salah itulah menjadi asbab untuk diperoleh rezeki yang lebih baik lagi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau Rezeki Kita ‘Lebih’ Daripada Adik Beradik, Usah Berlagak Tapi Raikan Mereka

Petua Elak Serangga Tanaman, Sembur Rendaman Kulit Bawang Selama 3 Hari, Selesai Masalah!

Info Lebih Menarik DI SINI

Zon Selesa Buka Jaminan

Semua orang pernah buat keputusan yang salah. Sama juga macam yang pernah buat macam-macam keputusan yang salah.

Kalau orang tanya saya satu keputusan yang salah paling teruk dalam hidup yang pernah saya buat, saya tak akan teragak-agak untuk cakap; berhenti kerja bank untuk masuk kerja di koperasi.

Itu keputusan yang salah paling besar saya pernah buat. Bayangkan, daripada hidup mewah dengan gaji besar dan macam-macam benefit, saya tinggalkan semua tu untuk mencuba nasib bekerja dalam bidang yang sangat asing bagi saya.

Malah, bidang baru yang tak tahu lagi masa depannya macam mana, gaji pulak terpaksa dipotong 50% daripada gaji asal.

Benefit tak usah cakap, macam tak ada langsung. Kerja pulak entah apa-apa. Ini tak boleh, itu tak boleh. Jawatan dah CEO, tapi saya tak ada kuasa untuk buat keputusan.

Maka jadilah ia suatu permulaan perjalanan hidup yang amat perit untuk saya tempuh bermula dari saat itu.

Teruskan Kelangsungan Hidup

Pada masa tu, saya jual kereta Mercedes C Class yang saya beli masa kerja HSBC Amanah tahun 2008 dulu. Yelah, kuranglah belanja dalam RM3,000 bayar kereta mahal macam tu kan.

IKLAN

Tapi Allah nak uji saya sungguh. Kereta tu saya jual pada orang yang salah. Dipendekkan cerita, dia jadi macam ni.

Kereta itu pembeli ambil. Nama kat geran dah bertukar. Pinjaman bank tak selesai. Kereta tu pulak hilang masuk sindiket mana entah. Pembeli tu pulak mati eksiden!
Toingk!!!!

Parah, kalau benda ni jadi kat kalian, apa kalian boleh dan akan buat?

Nak dikejar keretanya, kereta pun dah tak tahu ke mana atau nak dikejar pembelinya, pembeli pun dah mati eksiden. Report ke banknya, loan kereta tu bawah personal loan masa jadi staf.

Apa boleh buat?

Saya pasrah, saya redha. Ini salah satu ujian paling berat pernah saya rasa.
Saya maafkan mamat yang tipu saya tu. Saya halalkan hutang dia terhadap saya. Sungguh!

Moga-moga selesai urusan dia di hadapan Allah dan buka hati setiap orang yang saya bermasalah dengan mereka supaya maafkan saya di hari akhirat.

Itu yang saya buat. Hati saya jadi tenang. Saya maafkan dia, tak marah-marah. Sungguh. Saya jadi tenang.

Hutang kereta? Saya kena hadap. RM3,000 lebih saya terpaksa bayar sebulan selama hampir 3 tahun.

Tapi Alhamdulillah akhirnya selesai juga ikut jadual asal. Tak tahu la duit dapat dari mana. Allah sahajalah yang berkuasa untuk mencukupkannya.

IKLAN

Bersangka Baik

Jodoh saya dengan koperasi tak lama. Saya ada strong reason kenapa saya resign dari koperasi.

Ia sama ada structure dan budaya kerja dalam koperasi tu tak betul atau saya ni yang tersalah pilih tempat kerja.

Saya sangka baik dan pilih sebab yang kedua.

Tapi masa tu saya mula kerja koperasi tu, saya dah berjinak-jinak berniaga emas. Jadi dealer yang agak bagus dan terkenal juga.

In fact saya pernah bagi keuntungan RM200,000 dalam masa setahun kepada koperasi tempat saya kerja tu hasil beli dan jual emas.

Bisnes saya dengan emas is not bad. Sebab it goes by years and size of empire. Dalam masa 8 tahun sebelum saya stop, saya dah ada 8,000 orang dalam empayar emas saya.
Income? It goes without saying… 5 angka.

Bila saya dah tak kerja makan gaji, saya berniaga macam-macam. Saya tulis buku dan jual, berniaga makanan kering dan frozen.

Malah, saya belajar-belajar buat kerja kebajikan terutamanya dengan golongan Huffaz dan juga maahad tahfiz.

Saya upgrade followers di facebook, belajar, beli buku dan ebook. Memang saya improve sungguh daripada followers sekitar 8,000 orang pada tahun 2019, sekarang saya dah ada hampir 35,000 orang followers.

Keputusan Terburuk Berhenti Kerja

Begitulah… tengok dari sudut negatif, keputusan pertama yang saya buat bila saya berhenti kerja bank boleh jadi keputusan terburuk saya pernah buat.

IKLAN

Tapi kalau tak berhenti kerja bank bank tu, saya tak mungkin sampai ke tahap yang saya sampai sekarang.

Betul la.. Allah cakap;

“Ada benda yang kamu tak suka, padahal ia baik untuk kamu. Ada benda yang kamu suka, padahal ia tak baik bagi kamu. Allah maha tahu, kamu sungguh tak tahu”.
[Al-Baqarah ayat 216]

Dengan berhenti kerja bank, saya dapat peluang kerja koperasi. Saya belajar dan tahu tentang selok belok koperasi.

Malah, dengan berhenti kerja bank, saya sekarang dah jadi penasihat Syariah bank pulak.

Saya sekarang boleh jadi dealer emas. Boleh belajar selok belok
perniagaan emas.

Dengan berhenti kerja bank, saya boleh gamble niaga macam-macam, saya dah pun berjaya tulis 5 buah buku, dapat buat kerja kebajikan dengan lebih baik.
Dan macam-macam hikmah lagilah…

Pada hari ini, hasil daripada keputusan yang salah itu, saya dah ada beberapa syarikat saya sendiri.

KAB Foods and Beverages dan KAB Media. Pertubuhan KAB. Koperasi KAB.

Paling baru dan trendy sekarang, KAB Gold pulak.
Insya Allah Sabtu depan saya nak launch KAB Properties lagi…
MasyaAllah.. Subhanallah… Alhamdulillah…

Moral of the story ya kawan-kawan :
1. Jangan takut untuk buat keputusan untuk hijrah kerana Allah.
Keluar dari zon selesa untuk mencuba sesuatu yang baru demi mencapai matlamat lebih besar yang selama ini kita impikan.
“Siapa yang berhijrah kerana Allah, maka dia akan dapati lebih banyak peluang di atas muka bumi dan rezeki yang sangat luas”.
[Surah An-Nisa’ ayat 100].
2. Allah adalah pencatur dan pengatur yang maha pengasih dan penyayang. Dia tak akan sia-siakan setiap usaha kita.
Cuma cepat atau lambat saja, pasti kita akan diberi balasan yang menggembirakan. Just do it!
“Bekerjalah, kerana sesungguhnya Allah, Rasulullah dan orang mukmin keseluruhannya akan melihat usaha kamu itu. Dan kamu akan kembali kepada Allah untuk diberi khabar gembira tentang apa yang kamu usahakan”.
[Surah At-Taubah ayat 105].
3. Allah itu wujud, berkuasa dan maha segalanya. Jangan takut. Allah pasti akan bantu.
Kena yakin perkara ni sungguh-sungguh. Kalau Allah kata benda tu memang akan jadi, maka ia pasti akan jadi.
Tapi kalau Allah kata benda tu tak jadi, tiada siapa yang boleh adjust bagi benda tu jadi.
“Dan jika Allah menentukan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia.
Dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya.
Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.
[Surah Yunus ayat 107].

Begitulah…

#KAB

MW: Perkongsian yang cukup menarik untuk kita contohi.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI