berumahtangga

Tengok orang berumahtangga, kita pun nak juga tetapi kurang pandai menghargai. Itulah masalah yang makin menjadi-jadi dalam hubungan suami isteri.

Dan semalam kecoh di media sosial dengan dua kes rumahtangga artis, yang salah satunya sudah pun berakhir dengan penceraian. Bukan nak menyokong keputusan yang tak disukai Allah itu, tetapi kalau peluang yang diberi langsung tak dihargai… rasanya lebih bahagia belajar melepaskan.

Nampak mudah tetapi bukan senang nak buat keputusan yang melibatkan masa depan anak-anak. Dan disebabkan kes ini, ada sedikit nasihat buat pasangan suami isteri yang sudah sah mejadi hak orang.

Buatlah Perangai Macam Orang Dah Berumahtangga

Ya, semua orang ada kisah silam dan pernah jadi jahat atau sedikit nakal. Tetapi bila sekali kita memilih untuk menamatkan zaman bujang, itu maknanya kita memilih untuk bertanggungjawab pada anak orang.

Dan andai berniat untuk mendirikan rumahtangga, kita kena pilih juga untuk menamatkan perangai-perangai buruk kita dan kelakuan ‘tak berapa comel’ sebelum ini. Tolong buang jauh-jauh, tinggalkan dan lupakan.

IKLAN

Skandal-skandal zaman bujang itu patut di ‘flush’ dan jangan diberi masuk dalam kamus rumahtangga.

Hargai Pasangan Dan Jadi Orang Bertanggungjawab

Mulakan hidup sebagai orang baru dengan akhlak yang baru, matlamat yang baru ke arah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Untuk isteri, anak-anak dan keluarga tersayang.

Buat golongan lelaki, anda patut tahu bila untuk berhenti daripada menjalani dan mengamalkan kehidupan yang tak membawa erti dalam rumahtangga kita sendiri.

IKLAN

Sudah lah, cukup-cukuplahlah menganiaya anak orang lain untuk kepuasan diri sendiri. Mungkin ada yang jenis seronok bila ada orang luar bagi peluang untuk tumpang kasih sayang tetapi percayalah, keseronokan tu tak kekal lama. Yang akan kekal hanyalah KUDIS dan sebuah penyesalan.

Bukan Tak Boleh Berkongsi Kasih Tetapi…

Kalau benar wanita ini lemah, dah lama dia rebah tetapi kenapa sampai hari ini dia masih kuat dan mampu bertahan? Semua kerana anak dan tak mudah nak padam kenangan bersama orang yang pernah dia sayang.

IKLAN

TETAPI… patut ke dia letak hatinya di bawah demi orang lain?

Salah. Meletakkan sesuatu tidak kena dengan tempatnya itu dipanggil menganiaya dan berapa ramai suami menganiaya isteri pada zaman sekarang? Cuba jawab…

Yang bertambah sedih dan malang, dapat pula suami yang tak membantu langsung untuk pulihkan hubungan, jenis suami yang lepas tangan. Lagilah membuatkan isteri berani dan nekad untuk belajar MELEPASKAN.

Jadi salah siapa?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI