Ayah, jarang nak luahkan rasa sayang pada anak-anaknya. Sampaikan ibu jadi penghubung dan akan beritahu apa yang ayah pesan dan tegur. Begitulah ayah, segalanya yang dia lakukan demi untuk isteri dan anak-anak.
Kalau nak dibandingkan dengan ibu, ayah berbeza dan kalau nak tunjuk sayang pada anak-anak pun dengan cara tingkah laku dan perbuatan. Namun, kita tahu jauh di sudut hati, kasih sayangnya tak pernah pudar.
Sebab itulah, ibu jadi penghubung antara ayah dengan anak. Begitu juga sebaliknya. Kalau mak marah, petik nama ayah terus anak gerun. Ayah pula cukuplah berdehem saja dah buat anak diam.
Gambaran seorang ayah yang jarang meminta atau tagih simpati pada anak-anak. Dia ada masalah sekalipun, hanya diam dan jarang luahkan. Kalau ada sekalipun untuk dia luahkan, ibulah jadi penghubungnya.
Ini adalah mesej emak aku sebelum Hari Raya Aidiladha tempoh hari.
Ads
Benarlah kata orang, ayah ini sukar untuk menangis, tapi jauh disudut hatinya dia terpaksa menahan sebaknya, sedihnya.
Kedua, orang lelaki ni memang sukar nak luahkan sayangnya. Tetapi dia akan luahkan sayangnya melalui tingkah lakunya atau perbuatannya. Begitulah lelaki itu mengambarkan sayangnya kepada orang sekeliling yang dia sayangi contoh isteri dan anak anak.
Ketiga, lelaki ini, walau banyak mana kesusahan yang dia alami, kesulitan yang sedang dia hadapi, tetapi dia tidak sesekali untuk mudah berbicara. Kerana bagi mereka, biarlah kesusahan itu, kesulitan itu, biarlah mereka sahaja yang hadapi dan rasainya.
Begitulah ayah kita. Mereka gembira dengan kejayaan kita, kekayaan kita dan apa jua yang kita kecapi. Tapi amat jarang mereka minta dan menagih simpati dari kita.
Ads
Ibu ‘Tukang’ Cerita Jerit Perit Ayah
Selagi mana kudrat yang mereka ada, selagi itu ayah kita akan terus menjalankan kehidupannya tanpa dipaksa. Ibulah yang menjadi penghubung antara ayah dan anak. Ibulah yang selalu mencerita keperitan ayah ketika kita berjauhan.
Ada ketika aku sungguh berdosa. Tidak aku terfikir melihat apakah kain pelikat yang ayah pakai setiap hari. Adakah bertukar atau itu sahaja diulang ulanginya.
Sedangkan waktu aku kecil setiba raya sahaja pasti baju baru dibeli tanpa dirayu dan dipinta.
Abah, maafkan abang sebab tidak mampu menjadi yang terbaik
Walaupun abah garang, abah selalu cakap lepas, tapi abah adalah abah yang
terbaik
Ads
Aku tahu suatu hari nanti jika abah dah tiada, pasti sunyi dunia aku ini.
Mingguan Wanita : Sebaknya. Isterilah tempat dia luahkan perasaan dan boleh lihat ara dia tunjukkan kasih sayang pada anak-anak.
Misha Omar tangguh rawatan kesuburan hamil anak kedua. Misha sebelum ini mendedahkan sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dalam usaha untuk hamil kali kedua selepas melahirkan cahaya mata pertama, lima tahun lalu.
Namun keputusan tersebut terpaksa ditangguhkan seketika demi menjayakan Konsert Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Di Istana Budaya, Pada 30 Oktober depan.
Isteri kepada Juruterbang, Firros Ezzwan Rosly, dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Idris Ezzwa. Selain itu, Misha turut memiliki anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini telah berusia 15 tahun.
Misha Omar Tangguh Rawatan Kesuburan Hamil Anak Kedua
Seperti mana yang dilaporkan SinarPlus, Misha menerangkan tawaran menjayakan konsert tersebut merupakan sesuatu yang cukup dinantikan, apatah lagi ia sebagai simbolik tahun ke-19 penglibatannya dalam industri seni.
“Saya dapat tawaran menjayakan konsert ini sekitar April lalu, tetapi disebabkan keadaan pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya fikir ia mungkin tidak dapat diadakan.
“Jadi saya mulakan rawatan kesuburan untuk hamil anak kedua. Namun tiba-tiba saya dimaklumkan konsert itu akan diteruskan mengikut perancangan, sekali gus membuatkan saya dalam dilema. Apatah lagi rawatan kesuburan yang dijalani itu sudah masuk ke proses akhir.
“Bagaimanapun setelah melakukan perbincangan dengan suami, saya memutuskan untuk menghentikan rawatan tersebut buat sementara waktu sehingga konsert selesai,” katanya.
Misha turut akui dia bimbang jika tidak dapat memberikan persembahan terbaik dalam konsert tersebut, sekiranya sedang hamil.
“Jika saya mengandung, sihat dan boleh menyanyi macam biasa, mungkin tiada masalah. Cuma saya bimbang jika kehamilan itu meletakkan saya dalam situasi sebaliknya seperti alahan teruk sehingga menjejaskan tumpuan saya nanti.
“Saya tidak mahu ambil risiko kerana konsert ini adalah impian saya. Dalam masa sama, saya tidak mahu menghampakan peminat yang mungkin lama menunggu saat ini.
“Saya perlu akui, kecintaan pada bidang seni terlalu besar dan sentiasa dilakukan dengan sepenuh hati saya. Jadi saya harus membuat pilihan terbaik dengan sedikit pengorbanan,” terang Misha.
Kembali Usaha #Menjejakkhadeja Selepas Konsert Tersebut
Misha juga menegaskan dia akan meneruskan kembali usaha #MenjejakKhadeja selepas konsert tersebut.
“Selepas semuanya selesai nanti, saya akan kembali teruskan proses rawatan kesuburan untuk hamil anak kedua. Doktor pun kata tak ada masalah,” katanya.
Sumber ; SinarPlus
Sumber Foto ; Instagram Misha Omar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidup ini tak perlu terlalu nak perfectionist sangat. Nanti susah, makan diri sendiri sebab kita juga yang akan stres. Kalau duduk seorang diri lain cerita tapi bila dah ada anak-anak.
Kadang-kadang, nak perfectionist sangatlah kita jadi stres, suka membebel dan marah-marah. Semua tak kena di mata dan mahu ikut cara kita.
Sementelah bila dah berkeluarga dan ada anak, jangan harap nak perfectionist sangat. Bukan setakat mak-mak yang stres, anak pun ikut sama. Perkembangan anak jadi tak berapa elok, kurang kreatif dan sebagainya.
Jadi, kalau rumah bersepah, anak lasak, tak dengar, lambat ‘pick up’, jangan marah. Semua ini ada prosesnya. Lalui saja, kita pun tak stres dan tenang-tenang saja.
Buat mak-mak dan ayah jangan la perfectionist sangat ye!
Biarlah anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali.
Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari.
Biarlah nak-anak nak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu.
Kalau anak lambat sikit belajar, tak apa, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je.
Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Malah, perfectionist juga adalah pembunuh senyap otak kreatif & perkembangan coping skil anak-anak.
Jangan biarkan sikap perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak sudahlah.
Mingguan Wanita : Ssemua mak akan lalui perkara yang sama. Masing-masing ada cara nak handle dan ikut keupayaan diri. Tak perlu malu pun dan jangan nak perfect sangat.
“Isteri nak perhatian. Itu saja!” Suami pinjamkan telinga kepada isteri bila anak-anak tidur itu sudah memadai.
Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril yang sering diajukan soalan daripada pengikut menerusi akaun Instagramnya, kali ini berkongsi tentang keprihatinan suami terhadap isteri dan kepentingan menjaga hubungan suami isteri.
“Isteri Nak Perhatian. Itu Saja!”
Seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu pastinya mendambakan kasih sayang daripada suami tercinta. Bagi mereka yang bekerja, selepas letih pulang dari pejabat kemudian akan melayan karenah anak-anak pula. Begitu juga dengan wanita yang bergelar suri rumah di mana sepanjang hari berhadapan dengan anak-anak dan kerja-kerja di rumah.
Menerusi topik “Isteri Nak Perhatian Suami. Itu Saja” Dr Say Shazril menerangkan tentang kisah salah seorang pengikutnya yang berkongsi hampir empat tahun tidak keluar ‘dating’ berdua bersama suami.
“Isteri kita ni tak nak pun Habib Oro Italia, Angsa Emas, beg LV, Chanel, Dior tu.
“Tapi apa yg depa nak adalah perhatian kita. Semalam ada someone dm (mesej) sy cerita last dia lepak kopi dan window shopping berdua dengan husbandnya April 2018. Bulan depan genap 4 tahun tak pernah dating berdua husband & wife. Lagi lama dari Covid.
“Terduduk saya cuba menghadamnya. Katanya lepas ada anak, suami terlalu risaukan anak. Bagus suaminya risaukan anak daripada suami biawak hidup yg tak cara-kan anak.
“Saya tanya lagi “U urself, how do u feel? What do u want?”.
“Dia reply “i suka masa berdua dengan suami. Sekarang rasa macam jauh dengan suami sebab lama dah tak ade deep conversation/ discuss pasal future/ cerita anything”,” kongsi Dr Say.
Tenangkan Isteri Dengan Kasih Sayang
Dr Say menerangkan perhatian suami amatlah penting. Paling senang pinjamkan telinga untuk mendengar luahan isteri.
“Sebenarnya perhatian dari suami ni tak perlu melibatkan keluar berdua dengan wife pun.
“It can be as easy as meminjamkan telinga kita kepada wife bila anak-anak dah tidur.
“Wife tengah masak tiba2 kita datang peluk dari belakang. Balik kerja tiba-tiba kita suprisekan wife dengan bunga/ makanan favourite diorang.
“Sebab wife ni nak acknowledgement yang suami mereka masih berminat kat mereka. Dalam kepala diorang banyak berfikir “aku dah tak menarik bagi suami aku ke?”, “am i good enough for my husband?”.
Kiddocare
“Small gestures ni membantu menenangkan mereka. Kenapa saya selalu panggil Kiddocare? Sebab by the time wife tidokan Ace, dia pun tertidur sekali macam mana nak pillow talk. Nak suprisekan bini balik dari kerja, saya work from home.
“Jadi itulah sebab kenapa saya suka ajak wife keluar. Kat rumah dengan anak-anak nak sembang “how was your day” boleh la tapi kalau nak sembang “what do u think…” atau “how do u feel…” memang idok ler dengan Ace melompat dan Sef menjerit tu.
Jaga Hubungan Dengan Pasangan
“Each time sy amik Kiddocare saya tak pernah begitau bini sebab saya tau bini akan sentiasa risaukan anak-anak. Naluri seorang ibu akan rasa bersalah
“Kalau tinggalkan anak-anak jadi its our responsibility as a husband untuk tenangkan depa.
“Sebab penting juga untuk kita jaga hubungan dengan pasangan kita.
“Deep conversation, future plans, flashback sikit, holding hands benda yg bagi kita remeh tapi besar impactnya kepada mereka. At the end of the day, HAPPY WIFE HAPPY LIFE,” nasihat Dr Say.
Menerusi ruangan komen ramai yang bersetuju dengan perkongsian Dr Say itu.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...