Selepas 10 Tahun Barulah Mak Ayah Ini Dapat Buat Aqiqah Sempurna, Sambut Kelahiran Anak Istimewanya

Setiap anak yang lahir itu, ada aqiqahnya. Ibu ini, Nurr Syima berkongsi bagaimana beliau membuat aqiqah untuk anak istimewa ikut kesempurnaan aturan aqiqah sempurna seperti yang dituntut oleh agama.

Biarpun posting ini dilakukan sekitar Oktober tahun lalu, ilmu yang dikongsikan ini masih boleh diguna pakai terutama buat mak ayah yang baru menerima kahadiran cahaya mata,

Hari ni sis nak share macam mana pengalaman kami buat aqiqah untuk anak istimewa kami, Muhammad. Pengalaman ni mungkin diperlukan ibubapa yang baru dapat baby di luar sana. Agak panjang tulisan ini, tapi berhikmah Insyaallah. Teruskan membaca ya.”

Fahamkan Aqiqah Sempurna Yang Disarankan Agama

Apa yang paling penting di awalnya, kami cuba memahami sedalamnya dan kemudian melaksanakan aqiqah ini sebaik mungkin mengikut saranan agama dan sunnah itu sendiri. Tiada yang lebih baik jika agama dan sunnah diutamakan.

Dalil pensyari’atan aqiqah ialah perbuatan Nabi SAW dan juga para sahabat beliau. Antara dalil tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya:

عن سليمان بن عامر الضَّبِّي – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، يقول: ” مع الغلام عقيقته، فأهريقوا عنه دماً، وأميطوا عنه الأذى

Yang bermaksud: “Bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu.”

Kami suami isteri merancang aqiqah sebelum lahirnya Muhammad. Muhammad lahir selepas kakaknya dah berusia 10 tahun. Masa anak sulung pun kami dapat buat sunnah tapi tak sempurna sebab tak dapat sembelih kambing pada hari ke 7 kerana pada masa tu kekangan tak sempat simpan duit. Jika disimpan dari awal takde masalah sebenarnya.

Satu tempoh yang panjang untuk mendapat Muhammad membuatkan rasa kesyukuran kami lebih tinggi dan menguatkan azam kami untuk buat aqiqah dengan lebih sempurna. Kami mencari maklumat yang lebih banyak mendalami hakikat aqiqah dan berazam buat ikut sunnah sesempurna mungkin.

Ada 6 Sunnah Kena Buat, Hari Ke-7 Paling Digalakkan

Bila dah tahu hal sunnah sambut kelahiran. Ia sangat memudahkan kami. Ada 6 sunnah aqiqah yang kami telah tunaikan. Sunnah yang digalakkan dilakukan ialah pada hari ke-7. Jom ikuti seterusnya.

IKLAN

 

Selepas 10 Tahun Barulah Mak Ayah Ini Dapat Buat Aqiqah Sempurna, Sambut Kelahiran Anak Istimewanya
Hari 1- Diazankan di telinga Muhammad

Hari 1- Mengazankan Bayi

Alhamdulillah masa ni suami saya dapat mengazankan Muhammad semasa di hospital. Masa ni Muhammad tidur tapi bila suami saya angkat, matanya terbuka seolah bersedia nak mendengar azan. Malah bila suami saya mengalunkan azan matanya seperti mendengar dengan asyik. Subhanallah mengalir air mata saya tika itu.

Hari 1- Mentahnik

Hari yang sama di hospital, suami saya sendiri mentahnik Muhammad dengan kurma dan mendoakan dengan doa yang baik untuk Muhammad agar menjadi hamba Allah yang soleh.

Dari hari ke 2 hingga ke 6, suami saya mula buat persiapan untuk majlis aqiqah. Kami buat persiapan sederhana je sebab asasnya ialah untuk mengambil keberkatan sunnah hari ke 7.

Hari 7 – Menamakan Bayi, Mencukur Rambut Dan Bersedeqah

Menjelang hari ke 7. Selepas subuh saya dan suami saya dah sedia untuk meneruskan sunnah seterusnya. Seolah hari ke 7 tu suatu debaran buat kami. Awal subuh suami dah ke masjid dan kemudian terus buat persiapan.

Jam 7.30 pagi saya bawakan Muhammad depan suami dan suami memberi nama yang baik yang mana nama ini kami telah pun berbincang sebelumnnya dengan nama yang mulia iaitu MUHAMMAD. Dan kemudian suami membacakan doa menamakan bayi.

IKLAN

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.”

 

Mencukur Rambut

Dah selesai itu, suami meneruskan mencukur botak rambut Muhammad. Bukan senang juga, perlu sangat berhati-hati. Alhamdulillah suami saya dah buat untuk anak pertama, jadi takde masalah. Muhammad pun baik je tak bergerak sangat masa tu memudahkan kerja mencukur. Masa mencukur perlu guna shampu dan basahkan kepala untuk mudahkan cukuran. Bergantung juga pada cara masing-masing.

Timbang Rambut, Bersedeqah

Selesai mencukur, kami kumpulkan rambut Muhammad untuk ditimbang dan disedeqahkan ikut kadar harga emas/perak. Maknanya bila kita timbang kita cek la harga emas sama tiimbangan rambut tadi dan disedeqahkan di masjid, rumah anak yatim, orang miskin atau yang sesuai.

 

Sembelih Haiwan Aqiqah

Selepas bercukur dan timbang, suami terus ke kandang kambing. Antara kemuncak hari ke 7 ialah menyembelih haiwan Aqiqah. Hari ni sangat best untuk suami sebab dia akan memilih dan menyembelih sendiri 2 ekor kambing untuk Muhammad dan melapahnya juga.

IKLAN

Bila saya tanya suami, dia kata ini adalah pengalaman yang sangat berbeza dan terasa lain sangat. Untuk sembelih tak wajib bapa, boleh wakilkan pada tukang sembelih dan seeloknya bapa bayi datang sendiri untuk berakad dan memegang kambing semasa sembelihan. Masyaallah terasa manisnya sunnah.

 

Kenduri Doa Selamat Malam Hari Ke-7

Hari ke 7 Muhammad jatuh pada hari Jumaat. Maka kami tetap melakukan kenduri pada malamnya. Kami hanya menjemput orang surau dan jiran tetangga. Itu pun untuk doa selamat. Takde majlis berendoi atau marhaban. Apa yang seronoknya juga suami saya memasak makanan malam tu dan kambing dibuat panggang dan kari. Alhamdulillah semuanya sempat siap dengan izin Allah. Rasa mudah dan dimudahkan.

Walaupun suami saya mampu masak, jangan risau kalau tak boleh buat makan di rumah. Sunnah yang digalakkan ialah menyembelih haiwan aqiqah dan memberi makan kepada orang. Jika kita tak boleh atau tak mampu buat di rumah, masih boleh daging akikah diberikan kepada rumah anak yatim, tahfiz atau kariah surau untuk diberi makan. Apa yang penting ialah tertunai sunnah di hari ke 7 dengan menyembelih dan memberikan makan dagingnya.

Alhamdulillah… Ada satu perasaan luarbiasa yang dirasakan kami suami isteri. Sebak dan shahdu rasanya dalam kita ingin meletakkan sunnah yang barakahnya adalah untuk anak kita sendiri. Hanya kebaikan yang kami harapkan buat Muhammad anak terpiliih ini.

Semoga tulisan ini memberi perkongsian yang cakna buat ibu bapa yang ingin sempurnakan aqiqah anak-anak.

Next projek kami ialah #mudahnyaqiqah bersama Malaya Grill. Doakan kami untuk membantu ramai ibubapa melaksanakan aqiqah dengan sempurna. Biiznillah…

Jangan lupa share. Tq semua.

Sumber/Foto : Nurr Syima