anak yang berjaya

Mak ayah mana tak bahagia tengok anak yang berjaya dan terima anugerah di atas pentas. Bangga! Tambah pula, bila selama ini anak itu memang gigih berusaha demi capai impiannya.

Tetapi baru-baru ini tular cerita tak sedap, kononnya keputusan UPSR tahun ini sengaja diumumkan lewat agar pihak sekolah tidak membuat sambutan dan meraikan pelajar yang berjaya.

Maka ramailah yang mula memberikan pandangan masing-masing. Ada yang setuju dan ada yang sebaliknya.

Agak-agak adil ke pilih cara ini semata menjaga hati anak yang kurang berjaya? Nah, bagi ‘sedap’ lagi isu yang tengah panas ini, jemput baca pandangan Puan Izyan Izdihar Shaarani pula. Kemudian mak ayah renungkan kejap.

Salah Ke Raikan Anak Yang Berjaya?

Terbaca keluhan seorang parent yang menyifatkan majlis anugerah kecemerlangan di sekolah adalah satu upacara yang menekan jiwa anak anak yang belum ada rezeki menghadirinya.

Mungkin kita punya standpoint berbeza, oleh itu logiklah kita semua punya sudut pandang yang tidak sama.

Namun begitu, as usual, saya lebih suka memilih ceruk sudut yang saya boleh lihat sesuatu secara positif. Kerana menyemarakkan pandangan negatif tidak akan menguntungkan sesiapa, malah ia buat kita semua rasa tidak selesa.

IKLAN

Anak yang berjaya layak dirai. Itu pendirian saya.

Walaupun definisi ‘berjaya’ itu sangat luas, tidak terhad kepada no 1 2 3 mahupun bilangan A, tapi kita kecilkan lah skop itu kepada keputusan peperiksaan sahaja dahulu kalau nak cerita pasal majlis anugerah kecemerlangan ni.

Jika anak kita berhempas pulas, berusaha lebih daripada anak anak orang lain, dan akhirnya dapat keputusan 6A dalam UPSR, periksa no 1 2 3, dia wajar diraikan oleh guru gurunya.

Kenapa kita perlu nafikan bahagian dia semata mata ingin menjaga hati (kononnya) anak anak lain yang mungkin, pada ketika itu rezekinya belum sebaik dia.

Mungkin kita kini memakai kasut ibu bapa yang anaknya tidak naik pentas, jadi kita rasa eh kesian anak aku! Menangis dia tengok kawan kawan naik pentas. Tak adil sungguh!

IKLAN

Katakanlah, Allah datangkan rezeki, anak kita pula yang cemerlang, sudah tentu kita mahu dan bangga anak kita diraikan oleh guru-guru nya di sekolah.

Kenapa perlu iri?

Jadi, soal adil tak adil ni sepatutnya tak timbul langsung.

Yang cemerlang, kita rai.
Yang belum cemerlang, kita beri motivasi. Raikan dengan cara kita sendiri.

IKLAN

Anak sedih itu fitrah. Itu tandanya dia normal. Dia ada visi dalam hidup dia. Tugas kita nak membimbing dia matangkan dan uruskan emosinya.

Anak anak perlu juga dilatih berdepan dengan kekalahan, agar besarnya nanti dia tidak mudah update status media sosialnya beritahu dunia kononnya dia kemurungan!

Tenang sahaja lah ibu bapa.

Anak anak kita cemerlang.
Kalau bukan dalam pelajaran, banyak lagi cabang kebolehan lain yang wajar kita raikan.

Yang saya nampak banyak sekarang ni, yang calar emosi bukan anak anak. Tapi mak bapak!

Berlapang Dada Dan Tetap Raikan Anak

Menjadi rajin dan bijak itu bukanlah suatu dosa. Jadi minda kita ibu bapa juga perlu terbuka. Anak tidak berjaya naik pentas bukanlah mereka gagal. Kita patut tengok peratus markah mereka dan kejayaan mereka patut kita raikan!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI