Rupanya untuk mengeluarkan jus lemon yang banyak dan isinya yang lembut berair, penting lumurkan dengan garam terlebih dahulu. Terutamanya jika nak buat pati lemon sendiri di rumah.

Buah lemon memang mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Perahan buah lemon yang kaya dengan vitamin C boleh dinikmati dengan campuran air suam, dicampur dalam teh atau boleh juga dicampur dengan sedikit madu untuk dijadikan ubat batuk semulajadi serta untuk menyejukkan badan.

Lebih mudah dan jimat jika kita buat sendiri stok pati lemon ini. Buat dalam kuantiti yang banyak, bila nak minum dah sedia ada.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Azrina Mohd ini sabagai panduan;

Zaman berjimat sekarang ni, kena cari kerajinan untuk masak or prepare menu kegemaran keluarga. Biasanya saya beli pati lemon dari Korea yang sebotol RM30 lebih untuk dibuat air minum. Elok untuk sejukkan badan katanya.

Tapi selepas tengok a chinese uncle buat sendiri pati lemon, terus try buat sendiri. Walaupun rasa tak sama 100 peratus dengan brand korea tu tapi yang penting fungsi tetap sama – untuk sejukkan badan. Modal untuk 2 pek honeycomb sugar rock dan 7 biji lemon cuma RM12.Cara buat pun mudah.

Bahan-Bahan:

Lemon
Garam Kasar
Gula Sarang Lebah

Cara Membuat:

1. Gaul lemon dengan garam kasar dan biarkan dalam 10 minit.

IKLAN

2. Kemudian basuh dan pastikan lemon betul-betul kering sebelum dihiris. Buang sekali biji lemon.

3. Masukkan lemon dan gula dalam kuali yang kering. Biarkan gula cair dan biarkan atas api selama 10 minit (api slow) untuk reduce pati bagi pekat sedikit.

4. Selepas 10 minit, tutup api dan biarkan sejuk sebelum masukkan dalam bekas yang kering.

IKLAN

Gula Sarang Lebah boleh beli di Shoppe atau Kedai Eco

Cara Minum:

  • Boleh bancuh dengan air sejuk atau letak ais. Ikut citarasa masing-masing. Kalau nak manis, boleh tambah gula sebab pati ni manis-manis buah je.

Info Ekstra!

  • Tujuan lumur lemon dengan garam untuk bantu keluarkan jus lemon. Bila hiris nanti, boleh tengok isi dalam jadi lembut dan berair je.Bila masak nanti, jadi banyak jus lemon.
  • Tak perlu tambah air, bekas masak dan bekas simpan pun kena betul-betul kering.
  • Masak pati ni kena beringat. Jangan bagi kena air supaya pati tahan lama. Boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lama.

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Wanita Ini Kongsi Cara Buat Skrub Semulajadi Untuk Awet Muda, Guna Halba & Putih Telur Je

Baca Lagi Di Sini:Air Rebusan Halba, Halia & Serai, Petua Hilangkan Kebas Kaki & Tangan Serta Sakit-Sakit Badan

IKLAN

Artikel Menarik:“Setangkai Pokok LEMON Ada 10 Biji Buah”, Lelaki Ini Kongsi Petua Baja!

Mingguan Wanita: Jadi jika nak buat pati lemon sendiri di rumah, pastikan lumur dulu buahnya dengan garam sekejap. Barulah buah lemon nant jadi lembut, lebih banyak jus dan berair selepas dihiris.

Sumber:Azrina Mohd

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita