Bila mak-mak makan buah naga, air kencing akan bertukar warna kemerahan sedikit seperti mengalami pendarahan. Usah bimbang bila air kencing bertukar warna bila makan buah naga dan jangan takut  ianya tak bahaya tau.
Ikuti perkongsian Public Health Malaysia ini dan fahami penjelasan yang disampaikan:
Pernahkah anda makan buah naga dan mendapati air kencing dan najis menjadi merah seperti mengalami pendarahan?

Tak Bahaya Air Kencing Bertukar Warna

Buah naga yang berwarna merah kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia merupakan punca mengapa air kencing dan najis anda berwarna merah.
Adakah ia berbahaya?  Tidak!
Seperti nama dan bentuknya yang cukup exotic, buah naga menyimpan 1001 khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Ianya juga SELAMAT untuk di makan oleh wanita hamil dan waita yang sedang menyusukan anak.

Khasiat Buah Naga:

1. Melambatkan Proses Penuaan
Anda tanya sesiapa yang sentiasa tampak muda walaupun telah berusia. jawapan mereka pasti kerana pemakanan yang kaya dengan ulam dan buah buahan. Antioksida boleh membantu anda untuk kekal awet muda, kulit yang anjal dan mulus. Ia bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
.
2. Mencegah Kanser
Selain dari Vitamin C, Buah Naga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser.  Selain itu, lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah ini terbukti boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat
3. Kesihatan Jantung
Ia mengurangkan paras kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol yang ‘baik”. Kajian menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.
Baca Juga Di sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 
4. Kencing Manis
Kandungan serat yang tinggi buah naga mampu menstabilkan paras gula. Ia juga mampu mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis.
5. Penghadaman.
Serat membantu melancarkan system penghadaman tubuh sekaligus mengurangkan  risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.
6. Meningkatkan Imuniti Tubuh
Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.
7. Tulang Sihat
Jika anda tidak gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium,  anda boleh cuba amalkan buah ini kerana kandungan kalsium yang tinggi serta bebas lemak.
MW: Buah naga ini banyak khasiatnya, sudahlah sedap. Jadi mak-mak boleh mengambil langkah awal dengan mengenalkan anak-anak kepada buah naga. Selamat mencuba. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI