Sesiapa pun bernama manusia, akan ada masanya hati tercalar dengan kata-kata bernama manusia yang menyakiti. Baik sengaja atau pun tidak. Hati takkan dapat lari dari berasa sedih, hiba malah terluka.
Proses itu normal mak ayah, cuma kesembuhan hati itulah yang kita sendiri tidak tahu lama mana akan diambil. Bak kata pendakwah, Ustazah Asma Harun, “ketika jatuh kerana manusia, bangkitlah keranaNya.”
Dan langkah penyembuhan hati itu pun ada caranya.
5 Langkah Penyembuhan Hati, Dek Kata-kata Manusia
“Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku atau kata-kata manusia sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita. Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
IKLAN
1. Kesat air mata tu,
2. Tarik nafas,
3. Zikir, Ya Qawiyy (terpulang jumlahnya), Ya Allah Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan jiwa untuk menghadapi Ujian ini.
IKLAN
4. Zikir, Ya Fattah (terpulang jumlahnya), ‘Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kebimbangan, kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
5. Lepas tu cepat-cepatlah buat kerja, atau apa-apa aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat betul-betul, yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja. Kita semua ada banyak kerja nak dibuat.
IKLAN
“Jatuh Itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh Itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah keranaNya. Allah sentiasa inginkan kebaikan untuk kita, Dialah Allah ya Barr Yang Maha Baik, Dialah yang paling Dekat dengan kita!”
Silakan Share.
MW : Amalkan hari-hari sampai hati kental, tak tercuit pun emosi dek kecaman manusia.
Rumah tangga yang dibina bukanlah yang seindah yang disangka, ada kalanya manis bak gula. Kadangkala ribut tidak berpenghujung dan banyak betul ujian rumah tangga.
Langkah pertama dalam hubungan suami, isteri tentulah menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Jika lulus bahagian ini maka segalanya menjadi mudah dan ternyata rumah tangga akan bertambah bahagia.
Sebenarnya nak bahagia rumah tangga lihatlah kelebihan pasangan dan bukan mencari kekurangan dia satu-persatu hingga timbul pula rasa benci. Perkara ini akan lama-kelamaan akan menjejaskan hubungan suami, isteri.
Nak Bahagia Rumah Tangga Lihatlah Kelebihan Pasangan
Dalam rumah tangga ini, semua orang ada ujian masing-masing…
Tiada rumah tangga yang sempurna… Close to perfect mungkin ada tapi itu pun setelah mereka berjaya melepasi ujian yang Allah SWT bagi kepada mereka…
Kenapa rumah tangga tak sempurna? Sebab kita yang manusia ini pun tak sempurna… Mana ada orang yang dapat pasangan tidak ada langsung kekurangan, kelemahan dan keburukan…
Mesti akan ada juga terkurang dekat situ, terlemah dekat sini… Tak boleh lari oleh kerana kita ini manusia, bukan malaikat…
Kalau kita faham konsep itu, maka kita tidak akan menuntut kesempurnaan itu dari pasangan…
Bahkan kita sendiri yang cuba sedaya-upaya untuk menutup kekurangan, kelemahan dan keburukan pasangan dengan kelebihan yang ada pada diri kita…
Hendak hidup bahagia, nak hidup tenang, mahu hidup dalam keadaan yang bersyukur, maka kena tengok kelebihan pasangan…
Jangan Bandingkan Pasangan Dengan Orang Lain
Tengok apa yang dia ada berbanding apa yang dia tidak… Jangan sesekali compare dia dengan orang lain kerana dia adalah dia, orang lain adalah org lain…
Setiap pasangan, ada ujian masing-masing…
Baik buruk ujian tu, berat ringan ujian tu, hanya mereka dan Allah sahajalah yang mengetahuinya…Wallahualam…
MW: Jodoh adalah Ketentuan Allah SWT, oleh itu hargailah sebaiknya. Jika berlaku sesuatu dan timbul rasa tidak puas hati, cubalah berbincang dengan baik demi kepentingan bersama.
Wanita sedaya mungkin akan cuba mempertahankan rumah tangga yang dibinanya. Namun, bila sayang makin lama makin terhakis dan sabarnya tiada lagi bersisa, maka dia akan mengambil keputusan untuk melangkah pergi. Talak jadi titik noktah.
“Kak Su, suami baru telefon ajak saya rujuk. Saya tak nak. Macam mana ni Kak Su?”
Petikan mesej via whatsapp dihantar klien saya yang baru bercerai talak satu dengan suaminya kurang sebulan yang lalu. Ada emoticon nangis kat hujung persoalan. Sebelum saya kongsikan jawapan kepada persoalan di atas, ingin saya jelaskan maklumat berkaitan rujuk menurut kehendak syariat.
Tiga Rukun Rujuk
Rujuk mempunyai tiga rukun iaitu lafaz rujuk, suami dan isteri. Suami hendaklah seorang yang berakal, baligh, tidak murtad dan ingin melakukan rujuk dengan kehendak dan kerelaan sendiri, bukan paksaan daripada sesiapa.
Seorang isteri pula hendaklah yang sudah disetubuhi kerana isteri yang tidak disetubuhi dan diceraikan, isteri tersebut tidak mempunyai tempoh eddah bererti tidak mungkin berlaku rujuk.
Isteri juga mestilah diceraikan dengan talak rajei dan bukan dengan perceraian secara fasakh, khuluk dan juga talak tiga. Sekiranya suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya, si suami hendaklah menentukan isteri yang dimaksudkan untuk tujuan rujuk tersebut.
Secara Kiasan Atau Terus Terang
Bagi sighah atau lafaz rujuk pula, lafaz yang digunakan mestilah menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara terang ataupun kiasan. Paling penting lafaz tersebut tidak dihadkan kepada tempoh masa tertentu dan tidak bergantung kepada syarat-syarat tertentu.
Berdasarkan rukun dan syarat rujuk yang ditetapkan oleh syarak, rujuk telah pun berlaku dalam kes yang saya kongsikan awal tadi. Bererti si isteri dan si suami telah kembali menjadi suami isteri yang sah semula.
Kenapa? Kerana suami telah mengajak untuk rujuk malah meluahkan hasrat rujuk tersebut. Niat dan lafaz telah wujud bererti rujuk telah berlaku. Biarpun si isteri tidak memberikan pengakuan, rujuk tetap berlaku sebab berdasarkan rukun yang dijelaskan tadi juga, rujuk yang berlaku tanpa izin isteri atau tanpa pengetahuan isteri adalah sah kerana hukum syarak menentukan, rujuk tidak perlukan izin atau persetujuan isteri.
Diajak ‘Bersama’
Bagaimana pula kalau suami tak bercakap atau mengajak untuk rujuk tetapi mengajak isteri untuk bersama melakukan hubungan suami isteri?
Mengambil kira syarat utama tersebut iaitu suami melaksana rujuk secara lafaz soreh atau kiasan, ajakan suami untuk melakukan seks boleh dianggap sebagai kiasan untuk kembali rujuk dan bekas isteri yang melayan kehendak seks bekas suami dikira telah menerima ‘rujuk’ yang dimulakan oleh bekas suami tersebut.
Dengan anggapan dan kepercayaan si suami ingin merujuk dan si isteri bersedia menerima maka hubungan seks yang berlaku adalah sama dengan kedudukan rujuk dengan perbuatan. Hubungan seks tersebut adalah halal.
Namun, apabila anggapan dan kepercayaan si isteri tersalah dan tersasar, atau dengan kata mudah, si suami menyatakan tidak berniat untuk merujuk maka hubungan seks yang berlaku dikira sebagai persetubuhan syubhah. Jika ada anak yang lahir berpunca daripada hubungan seks tersebut, anak tersebut juga dikira sebagai anak syubhah.
Hakikat rujuk disyariatkan bertujuan untuk membolehkan suami isteri yang telah bercerai dengan talaq rajei meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus.
Namun, Islam mensyaratkan rujuk hendaklah dengan tujuan untuk berdamai dan bukan kerana ingin menyakiti atau menganiayai isteri dan sebagainya. Namun, menepati keperluan masa kini, Undang-undang Keluarga Islam memperuntukkan: “Jika selepas talak rajie suami melafazkan rujuk tetapi isteri telah tidak bersetuju terhadap rujuk itu kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh hukum syarak, dia tidak boleh diperintah oleh mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai.”
Wanita Boleh Bantah Rujuk
Peruntukan ini memberikan hak kepada isteri yang tidak bersetuju dengan rujuk yang dibuat oleh suami dengan alasan dan sebab yang munasabah mengikut hukum syarak, untuk membantah rujuk tersebut.
Tindakan membantah rujuk semua itu hendaklah dibuat melalui suatu permohonan di mahkamah syariah disertakan sebab dan alasan yang munasabah dan sesuai bagi dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pendamai.
Andai kemudaratan adalah lebih besar, hakam boleh dilantik untuk menceraikan isteri bagi pihak suami. Cuma, terus terang saya katakan, amalan di Mahkamah Syariah kini, hakam tidak lagi diberikan kuasa ini. Mungkin mengambil kira kemaslahatan bersama.
Ada Jalan, Jangan Risau!
Jangan risau! Masih ada caranya untuk melepaskan diri daripada rujuk yang anda tidak persetujui. Cara tersebut bergantung kepada sejarah kes anda dan perkembangannya selepas rujuk berlaku.
Yang paling penting, saya merayu, jangan buat main perkara rujuk. Kalau anda tahu rujuk telah berlaku, anda adalah isteri kepada seseorang dan anda haram berkahwin dengan lelaki lain biar suami yang merujuk tanpa persetujuan anda gagal dalam tanggungjawab.
Ini satu lagi petua mak ayah boleh praktik untuk lembutkan hati anak-anak semasa sikat rambut anak. Caranya berdoalah ketika menyikat rambut anak-anak yang nak ke sekolah atau keluar berjalan-jalan. Kemudian, cium pipi dan dahinya dan berikan kata-kata yang baik. Baca selengkapnya.
Panduan ini sebenarnya perkongsian daripada Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang dipelajari oleh Nadiatul Ashikin Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang juga ibu kepada Aariz Azri, 6 dan Annur Azri, 22 bulan.
Sikat Rambut Anak Depan Cermin, Mak Bacalah Doa
Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ini.
Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.
Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita.
Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.
Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.
“Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”
Anak-anak pun aminkan.
Lepas Sikat, Cium Pipi Dan Dahi Anak
Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.
Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.
“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”
Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.
“Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”
Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak.
Nampaklah kesannya.
Anak pun lebih attach dengan kita.
Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...