Seronoknya bila dapat balik kampung dan keluarga berkumpul ramai-ramai. Kalau sebelum ini, hanya adik beradik saja, Tapi bila dah berkahwin, makin bertambahlah ahli keluarga, anak saudara dan sepupu sepapat.

Mungkin masa awal-awal, keluarga ramai berkumpul hanya ada adik beradik, ipar duai. Bila dah berkahwin ada anak, makin meriahlah rumah mak ayah di kampung. Tambah-tambah bila semua berpakat nak berkumpul bersama. Seronoknya lain macam.

Masa berlalu, anak-anak yang kecil makin membesar, ada anak dara, anak bujang bagai. Mulalah, rumah mak ayah yang besar pun boleh jadi sempit  Maklumlah ramai. Ada yang rasa seronok tapi tak kurang juga ada adik beradik kurang selesa dan mencari hotel atau homestay untuk bermalam.

Bukan sebab nak menunjuk tapi inilah yang harus dijaga terutamanya anak-anak dah besar. Antara perkongsian daripada Insyirah Soleha pun turut berkait rapat tentang perkara ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Pesan, “Pintu Rezeki Luas Bila TAK BERKIRA, Bersedekah Pada Keluarga, Adik Beradik”

Adik Beradik Susah, Senang Sekalipun, Bantulah Gembirakan Mereka, Inilah ‘Kunci’ Rezeki Kita Luas

Info Lebih Menarik DI SINI

Keluarga Ramai Berkumpul, Jaga Privasi & Aurat

Kalau ada adik-beradik, anak saudara sudah berumahtangga dan sesekali berkumpul ramai di kampung check in homestay atau motel murah, berusahalah tidak kecam dan perli-perli.

Benar. Rumah itu dahulunya membesar bersama-sama dari bayi sehingga dewasa, tapi bila sudah berumahtangga ada pasangan tambahan pula kalau ibu menyusu sangat perlu ruang privasi untuk berehat dan menyusu anak.

Apalagi kalau anak-anak kecil yang ramai, terkadang nak selak pakaian duduk mengadap dinding usaha nak tutup aurat masa menyusu tapi baby pula memusing kuak lentang kuak rama-rama. Ada yang meragam menangis beriya nak suruh ibu baring untuk selesa.

IKLAN

Benar. Rumah itu dahulunya boleh sahaja bersesak adik beradik yang ramai, bila sudah berumahtangga ada ipar duai agak susah nak jaga aurat terutama lepas keluar tandas, takkan nak berkemban tuala pula lagi-lagi kalau dah ada anak dara.

Sepupu sepapat ramai, ada sudah bujang ada sudah anak dara tak boleh lagi nak bertepuk tampar sayang macam kecil main kahwin pondok-pondok belakang rumah nenek sambil cari biji getah buat main congkak dan kutip cendawan di pokok getah selepas hujan berhenti. Ada ikhtilat yang perlu dijaga.

Kalau 20 tahun dahulu, kita rasa meriahnya rumah datuk nenek boleh tidur ramai-ramai di beranda atau ruang tamu, hari ini kita dengar banyaknya kisah anak-anak gadis yang pernah kena gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.

Tengah malam tidur separa mati sebab penat lari siang hari, tak sedar selimut terselak nampak aurat lalu pula pakcik lepas balik dari lepak di kedai kopi. Gegar juga iman walau anak saudara sendiri.

Tidur lambak di ruang tamu terutama anak dara atau ibu dara sendiri is a big no. Susah nak pelihara aurat. Dah penat seharian di dapur, tidur tak sedar aurat dah buka. Takkan nak bertudung sentiasa tambah pula musim panas kan.

Kadang ada yang ‘segan’ nak balik rumah mertua kerana susah nak jaga aurat.

Benar. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai. Boleh saja sepanjang siang malam berkumpul di rumah ayah bonda nanti nak tidur menginap di homestay atau motel murah, bukan kerana berlagak tak mahu berpanas bertudung sekali sekala tetapi aurat juga sangat perlu dijaga.

IKLAN

Kalau tidak, masakan kita dengar datuk membaham cucu.

Bapa saudara seks grooming anak saudara.

Sepupu sama sepupu terlanjur.

Mungkin 20 tahun lalu kita anggap tak mengapa, lalu hari ini kita terpaksa mengubati mangsa-mangsa yang melalui ujian emosi untuk merawat mental mereka yang trauma.

Jangan ulangi kelam kisah pada masa hadapan.

Anak dara atau bujang teruna, masing-masing perlu dipisahkan. Ibu ayah ambil cakna, kerana kita mahu sekeluarga masuk Syurga.

IKLAN

 

Mingguan Wanita : Memang betul. Kalau dulu, rasa dah besar rumah mak ayah tapi bila cucu cicit dah makin membesar, rumah yang luas pun dah nampak sempit. Seronok tak payah cakaplah bila berkumpul tapi kena ingat aurat sepupu dan ipar duai bagai.

Sumber: Insyirah Soleha

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita 
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI