Hampas kopi, kalau mak-mak tahu kegunaannya tentulah tidak akan buang begitu saja. Jangan membazir sebab ada banyak manfaat bila kita gunakan.
Bukan setakat untuk tanaman, tapi hampas kopi ini boleh membantu untuk dapatkan kulit yang licin dan lembut. Inilah yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin tentang kegunaan yang pelbagai.
Hampas kopi jangan dibuang. Ada banyak manfaat kita boleh gunakan dan konsepnya janganlah membazir.
Kopi kampung – kopi yang selalu kita minum di rumah atau kedai biasa atau mamak tu. Ia diproses dengan dipanggang sampai legam dan dicampurkan pula dengan marjerin, gula dan bahan-bahan lain untuk rasa umphhh.
Kopi grind – Ini biasanya di cafe-cafe yang kita tengok ada mesin gedabak canggih tekan suis tretttt keluar kopi tu. Ia tak dicampur dengan bahan-bahan lain. Memang solid biji kopi tu saja yang dipanggang. Kira pure beans la ni. Dah tentu ia lebih sihat.
Antara kegunaan hampas kopi.
1. Taburkan pada pokok tanaman supaya menjadi baja organik. Sebaiknya tunggu beberapa hari sebelum tabur sebab hampas kopi masih panas. Tunggu sejuk betul dulu ya.
Jangan ditabur pada anak pokok yang masih kecil atau yang baru nak hidup. Tak sesuai.
Ads
2. Boleh taburkan juga pada rumput keliling rumah sebagai baja dan siput vavi cukup benci hampas kopi ni. Selamatlah tanaman kita dari makhluk perosak.
3. Selain tu boleh campurkan dengan bahan buangan dari dapur untuk kompos. Sayur lebihan + hampas kopi + sedikit tanah dan tutup bekasnya.
Selepas beberapa hari ia akan jadi organik top soil! Yang bertukar jadi tanah hitam yang sangatlah menyuburkan pokok.
4. Semut, lipas dan segala yang merayap juga tak suka aroma kopi. Jadi tabur atau letak di keliling rumah dan tukar setiap 2 minggu.
Ads
5. Jadikan sebagai aroma bilik tidur. Wangi bilik okey. Ia juga boleh bertindak sebagai deodorize kalau bilik bau kepam tu. Boleh juga letak dalam kereta. Sungguh fresh bau nya.
Elakkan letak pewangi dalam bilik contohnya fragrance oil. Tu semua sintetik dan tak menyihatkan pun. Bayangkan kita dan anak-anak menyedut bauan sintetik setiap hari?
7. Lumur pada kulit dan ia akan bertindak sebagai exfoliator. Gosoklah pada segala celahan dan bahagian yang kau rasakan suram itu. Nanti lepas bilas dengan air biasa gerenti kulit kita rasa lembut dan smooth aje.
Ads
8. Hampas kopi sebagai skrub muka. Jangan digonyoh kasar pulak sebab kulit muka kita ni lembut dan nipis. Sapu lite-lite aje. Buat lah 3 kali seminggu sebagai reward self care.
.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Banyak kegunaannya. Lepas ni jangan buang, buatlah yang mana mak-mak suka seperti dalam perkongsian ini.
Kulit pisang dan kulit telur banyak kegunaannya yang ramai terlepas pandang. Kedua-dua bahan yang dianggap ‘tidak berguna’ ini boleh digunakan untuk menghasilkan baja yang berfungsi untuk menyuburkan pokok tanaman.
Jika biasanya kulit pisang dan kulit telur dibuang begitu sahaja, apa kata kali ini, kumpulkan. Boleh ‘diproses’ untuk dijadikan baja buatan sendiri.
Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Tinggal di rumah bertingkat yang memiliki tangga besi terbuka sebegini, memang agak gayat bila nak melangkah anak tangga. Malah kena lebih berhati-hati bila memakai kain, mahupun ada anak kecil. Bukan apa, takut tersadung dan terjatuh di celahan anak tangga tersebut. Jika di rumah ada tangga besi jenis terbuka, boleh cuba idea yang dikongsikan ini dengan menutupnya menggunakan OSB board.Bukan sahaja cantik malah lebih selamat serta yakin untuk melangkah anak tangganya.
MW: Semoga perkongsian idea kemasan tangga ini memberi manfaat. Jika di rumah ada tangga besi jenis terbuka sebegini, bolehlah tutup dengan OSB board. Modalnya pun tak mahal, nampak lebih kemas, cantik dan lebih selamat bila buat begini.
Minyak tumpah. Inilah biasa yang berlaku pada mak-mak bila berada di dapur. Tak anak yang tumpahkan atau kita sendiri yang terlanggar atau terlepas tangan.
Satu hal pula nak bersihkan minyak tumpah. Salah cara bersih, mahunya satu rumah berminyak. Pijak lantai pun tak selesa.
Selalunya, mak-mak bertindak cepat dengan menggunakan mop untuk bersihkan minyak tumpah. Kesannya, minyak melekat pada mop susah nak bersihkan dan bila nak guna, habis satu rumah berminyak.
Ada cara yang betul dan mudah untuk mak-mak bersihkan minyak tumpah. Ini antara perkongsian daripada julespitch dalam video tiktoknya.
“Jangan terus pakai mop nanti susah nak bersihkan mop yang berminyak.”
Caranya:
Ambil tepung gandum dan letak atas minyak tadi, jumlah gandum ikut kesesuaian dan bergantung pada minyak yang tumpah itu.
.
Selepas itu, ulikan seperti playdoh pada tempat minyak itu.
.
Bila minyak dah serap pada gandum, ia akan membentuk gumpalan.
.
.
Kemudian, barulah ambil tuala basah dan lapkan pada tempat yang terkena minyak tadi. Masa ini barulah boleh gunakan mop untuk bersihkan. Senang dan kemas.
.
Mingguan Wanita : Tip dapur yang boleh mak gunakan. Kalau ada yang terpercik dan melekat kat kaki pun boleh saja gunakan gandum tu untuk bersihkan.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.