Jangan boikot McDonald’s Malaysia, nak buat tindakan kena bukti jelas bukan andaian semata – Mufti. Isu pemboikotan ke atas restoran makanan segera McDonald’s Malaysia hingga menjejaskan ribuan pekerja terus menerima pelbagai reaksi dari masyarakat.
Kempen yang dilihat agak berjaya kala ini semenjak pembedilan zionis ke atas Palestin membuatkan media sosial dipenuhi dengan kempen-kempen boikot ke atas produk dari Israel termasuk Mc’D yang disenaraikan selain Starbucks, Grab, Nestle dan lain lagi.
Jangan Boikot McDonald’s Malaysia
Terkini, dalam isu boikot ke atas restoran makanan segera ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.
Memetik laporan Harian Metro, Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.
Nak Buat Tindakan Kena Bukti Jelas Bukan Andaian Semata
“Perlu dijelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.
Ads
“Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
McD agak lengang selepas kempen boikot ini dilihata agak berjaya
Terdahulu, akhbar itu melaporkan, Wan Salim menasihati umat islam supaya menunjukkan semangat setiakawan dan simpati terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin yang boleh ditunjukkan dengan memboikot mana-mana syarikat dan produk berkaitan Israel.
Beliau dipetik berkata, tidak salah jika seorang Islam yang tiada peluang pekerjaan lain dan hanya syarikat produk Israel sahaja menjadi sumber pendapatan, maka dibenarkan bekerja di situ berdasarkan hukum darurat.
“Namun di Malaysia terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia, hanya perlu rajin mencarinya,” katanya.
Ads
Begitupun, beliau mengingatkan, apa pun tindakan boikot mestilah berdasarkan bukti yang jelas dan meyakinkan, tidak berlandaskan sekadar sangkaan yang akhirnya boleh mengakibatkan pihak lain teraniaya.
Semalam, akhbar ini melaporkan nasib yang terpaksa dihadapi kira-kira 21,000 pekerja McDonald’s Malaysia susulan kempen boikot terhadap restoran khidmat segera berkenaan susulan dakwaan bahawa jenama itu terbabit dalam penyaluran kewangan ke negara ketiga.
Mereka juga dilabel sebagai pendukung Yahudi dan menerima pelbagai cemuhan serta cacian masyarakat.
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri Akbar Sahari meninggal dunia, lama berjuang ‘melawan’ kanser. Pengacara dan pelakon, Akbar Sahari, dilanda duka apabila isteri tersayang, Noorsuzilawati Mohd Noor, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser.
Isteri Akbar Sahari Meninggal Dunia, Lama Berjuang ‘Melawan’ Kanser
Berita pemergian Allahyarhamah disampaikan oleh rakan baik Akbar yang juga personaliti televisyen, Fedtri Yahya, menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi ini.
Kongsi Fedtri, beliau sudah mengenali pasangan tersebut lebih 20 tahun dan pernah diberi penghormatan sebagai pengacara majlis perkahwinan mereka.
“Pagi ini menerima berita duka. Noorsuzilawati binti Mohd Noor, isteri kepada sahabat saya, Akbar Sahari, telah kembali ke rahmatullah.
“Allahyarhamah berjuang sekian lama melawan kanser. Saya sebak mengenangkan kekuatan keluarga ini sepanjang tempoh rawatan dan ujian mereka.
“Kami bersahabat sejak lebih dua dekad lalu. Malah saya sendiri yang mengacarakan majlis perkahwinan mereka suatu ketika dahulu.
“Hidup ini penuh perjuangan, akhirnya kita semua akan kembali kepada Yang Maha Esa. Moga Allah mengampunkan dosa arwah Suzie dan mengurniakan kekuatan buat Akbar serta anak-anak menghadapi kehilangan ini,” luahnya penuh rasa hiba.
Dalam masa sama, Akbar turut memaklumkan mengenai pemergian isteri tercinta menerusi Insta Story dengan memuat naik status ringkas, “Innalillahi wainna ilaihirojiun.”
Difahamkan, Allahyarhamah Noorsuzilawati telah disahkan menghidap kanser usus tahap empat sejak tahun 2020. Malangnya, sel-sel kanser tersebut turut merebak ke bahagian lain termasuk hati, paru-paru dan ovari.
Sebagai info, Akbar kini bergelar pengacara sukan di saluran Astro Arena dan terkenal sebagai hos program Scoreboard bersama Fedtri.
Tarik diri dari Muafakat Nasional. Terbaru Ummi Nazeera menerusi akaun Instagramnya mengumumkan penarikan diri dari Muafakat Nasional iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Langkah Ummi itu disokong oleh para netizen, malah menerusi ruangan komen salah seorang pengikutnya menyatakan kesyukuran.
“Alhamdulillah, kami suka umi sebagai pelakon, jangan campur bidang lain, tambahan politik…… merosakkan karier. Anda aktres yg bijak” aishahmatakat
Tarik Diri Dari Muafakat Nasional
Ummi seperti mana dipetik menerusi akaun Instagramnya juga berterima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik dirinya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi.
“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” kongsi Ummi.
Sebelum ini pada 15 Disember lalu, Presiden Muafat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).
Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan NGO berkenaan.
Besar sebenarnya tanggungjawab sebagai anak lelaki. Usia yang masih remaja bukan penghalang bagi seorang adik untuk melaksanakan tanggungjawab, menjadi wali bagi menikahkan kakak sendiri. Saat ini pasti menjadi detik yang paling bermakna, apatah lagi dapat menyempurnakan hasrat arwah ayah. Malah keberanian ini patut dipuji dan menjadi inspirasi buat anak-anak lelaki kita.
Nikahkan Kakak Kedua
Ismaildaniel yang juga anak bongsu daripada empat beradik berjaya menikahkan kakak keduanya, Noriffa Akasha, 21, bersama pasangannya, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin, 27, kira-kira 9 malam.
“Allah SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak,” kata Ismaildaniel Ibrahim, 15, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Dungun, semalam.
Galas Tanggungjawab Arwah Ayah
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah itu berkata, dia berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.
“Ketika perkahwinan kakak sulung, Norintan Azlin, 24, dua tahun lalu, saya tidak berani berbuat demikian kerana merasakan saya masih kanak-kanak.
“Sebelum ini, ibu, Salmiah Ali, 43, meminta saya berbuat demikian tetapi saya tidak yakin tetapi kali ini, sudah sampai masanya saya menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan arwah ayah, Ibrahim@Nordin Muhamad Ali yang meninggal dunia akibat kanser ketika saya berusia setahun.
“Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu.
“Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar,” katanya.
Kagum Kematangan Anak
Sementara itu, Salmiah berkata, dia kagum dengan kematangan anaknya untuk menjadi wali serta menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu.
“Dia menjadi wali untuk perkahwinan kakak sulungnya dua tahun lalu tetapi dia enggan menikahkan kakaknya ketika itu kerana dia masih kecil.
“Pada mulanya, kami merancang mahu wakilkan kepada jurunikah namun Ismaildaniel minta izin untuk melafazkan akad sambil disaksikan jurunikah.
“Sebagai ibu, saya bangga apatah lagi tetamu yang hadir melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan Ismaildaniel yang berjaya melakukannya dengan baik,” katanya.
MW: Alhamdulillah.. tahniah buat adik ini, berjaya menunaikan kewajipan sebagai anak dan adik lelaki. Sikap inilah salah satu perkara yang mak ayah perlu semai dalam jiwa anak-anak lelaki kita, agar tahu erti tanggungjawab pada adik beradik perempuannya.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...