
Kadang-kadang bila anak buat peel, buat mak ayah geram saja. Belum lagi yang anak berkepit 24 jam. Mak nak buat kerja pun tak senang hati.
Biasanya bila anak berkepit 24 jam, mulalah mak rasa hilang sabar. Habis semua kerja terbengkalai. Bayangkan kalau anak demam, lagi hura hara dibuatnya.
Tanpa kita sedar, masa inilah anak nak berkepit 24 jam. Suatu hari nanti, bila dia dah besar dan dewasa, kita sebagai mak ayah pula yang rasa seperti keanak-anakan, seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Susahnya Jaga Anak Perempuan TAPI Beruntunglah Dapat Anak SULUNG PEREMPUAN, Itulah Doa Keberkatan
Kelemahan Mak Adalah Anak, Jangan Sesekali Ambil Jagaan Daripadanya! Hentilah Ugut Bekas Isteri
Info Lebih Menarik DI SINI
Berkepit 24 Jam, Anak Nak Bermanja
Kita hidup ada tiga hari saja. SEMALAM, HARI INI & ESOK. Fokus yang terbaik pada hari ini. Tiada hari semalam dan esok yang kita kesali lagi.
Dalam perkongsian tiktok Mohd Fhais Salim turut memperkatakan hal ini. Suatu hari nanti anak tak lagi dok berkepit dengan mak ayah tapi mak ayah pula yang akan jadi keanak-anakan.
Memang penat jaga anak tapi suatu hari nanti anak dah tak lagi asyik memanggil-manggil nama kita.
Ingatlah , suatu hari nanti anak-anak dah tak lagi suka kita pimpin tangan dia. Anak-anak dah tak lagi mahu duduk di pangku kita.
Mak Ayah Pula Akan Lebih Manja
Suatu hari nanti, anak tak lagi mahu tunjuk kehebatan diri dia depan kita dan tak mahu didukung atau dimanja-manja.
Malah, suatu hari nanti kita pula akan jauh lebih matang dan lebih dewasa dari kita.
Pasti ketika itu kita pula yang akan jadi lebih keanak-anakan sebab mahu perhatian dari anak-anak
“Kakak…nanti cuti balik kampung makan dengan ibu ye!
“Abang, ibu akan masak lauk kegemaran kamu ni, mai la datang makan.
Mingguan Wanita : Jadi, layanlah anak sebaiknya sebab apa yang berlaku hari ini tidak akan berulang kemudian hari. Yang ada hanyalah kenangan.
Sumber: Mohd Fhais Salim (@fhaissalim tiktok)
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
5 Cara Ini Ajar Anak 6 Tahun Membaca ABC Tanpa Memaksa, Mudah Je Mak Ayah

Mak ayah mana yang tak susah hati, bila anak dah masuk tadika tapi masih lagi tak kenal huruf. Biar resah macam mana pun hati mak ayah, memaksa anak membaca itu tetap tindakan yang salah. Nanti anak akan jadi bosan langsung tak nak ambil tahu soal belajar.
Fitrah anak kecilkan suka bermain, jadi kita twistkan minat anak itu dengan belajar membaca sambil bermain. Dengan kaedah membaca yang mudah dan anak-anak suka. Inilah yang dikongsikan oleh Masturah A. Latib (Teacher Mas) yang berpengalaman luas dalam pendidikan anak-anak pra sekolah.
5 TIP AJAR ANAK MEMBACA DI RUMAH
Sebagai ibubapa, kita mesti tahu yang FITRAH anak 0-6 tahun adalah BERMAIN. Jika anda mahu anak belajar tentang sesuatu, cara paling berkesan adalah dengan BERMAIN.
Bila kita sebut BERMAIN, tentulah suasananya lebih santai, seronok dan anak-anak mendapat satu kepuasan ketika sedang bermain juga yang paling penting STRESS FREE. Dan ketika ini juga anak dah bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, cabaran baru, permainan baru.
Jadi, ibu bapa hanya perlukan sedikit perancangan untuk memastikan sesi BERMAIN itu sebagai satu sesi PEMBELAJARAN tanpa di sedari. Pendek kata, mereka tak sedar pun dalam mereka bermain tu mereka sedang belajar sesuatu.
Ada beberapa tips/panduan yang saya ingin kongsi hasil daripada bacaan buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, terbitan READNETWORK dan di tulis oleh pn Nik Eliani Nik Nawi dan tn hj Othman Ahamad.
1. SINGKATKAN MASA
Perlu di ingat, had waktu anak lelaki dan anak perempuan tidak sama terutama yang berumur dalam lingkungan 4-5 tahun. Anda sebagai ibubapa lebih mengenali anak-anak anda bukan?
Namun, masa yang paling baik yang di cadangkan oleh penulis ialah 5 minit untuk anak PEREMPUAN, 2 minit untuk anak LELAKI. Jadi, sesi masa untuk sesi belajar bagi anak-anak yang sesuai ialah 2-5 minit sahaja. Ini secara intensif, jika anda mahu melanjutkan lagi sesi belajar anak, gantikan dengan sesi bermain.
Contoh :-
2-5 minit === sesi belajar SEBUT BUNYI & KENAL SIMBOL
5-10 minit === sediakan aktiviti BERMAIN yang sesuai dengan apa yang anak dah belajar tadi. (Boleh rujuk dalam buku permainan kreatif)
SINGKATKAN MASA untuk pembelajaran yang lebih berkesan dan sediakan aktiviti BERMAIN untuk pengukuhan anak-anak.
2. BERHENTI SEBELUM JEMU
Adalah lebih baik jika anda berhenti mengajar ketika anak masih dalam MOOD belajar. Uiks, kenapa macam tu? Anak tengah syok belajar kenapa nak STOP? Haaa… ini lah tricknya, supaya anak itu berasa tidak puas belajar dan memudahkan kita untuk meneruskan sesi seterusnya nanti. Which is by that time anak tu dah tak sabar nak belajar lagi dan lagi dan lagi.. hoooreeeyyyy!
3. KERAP / BERULANG
Anak-anak kecil ni mudah lupa, tambahan pula jika di ajar sesuatu yang tidak bermakna dalam hidup mereka di tambah pula dengan aktiviti bermain yang tidak menarik dan bermakna.
Itu yang selalu timbul isu “Anak saya ni kalau saya ajar, esok bila tanya dia dah lupa” atau pun “Saya ajar dia hari ni, tanya semula esok dah lupa” .
Apa nak buat ek? Pembelajaran perlu BERULANG, tak perlu lama, tapi KERAP kali.
Masa yang sesuai amat penting, sepergi yang di cadangkan penulis Ajar Anak Kecil Membaca Awal, selepas mandi, selepas makan, selepas menonton rancangan TV dan sebelum tidur.
Contoh : – Ajar sebut bunyi
Selepas sarapan pagi – ajar sebut bunyi dan asosiasi (2-5 minit)
Selepas makan tengah hari – tanya bunyi yg di ajar, minta anak buat asosiasi (2-5 minit)
Selepas menonton TV – buat latihan sebut bunyi beserta asosiasi bersama anak
Sebelum tidur – tanya anak bunyi apa dan macam mana asosiasi untuk bunyi tersebut
Tadaaaaa…… mudah kan?
4. BERI GALAKKAN DAN PUJIAN
Anak anak lah orang yang paling mudah, senang memberi kerjasama jika kita pandai mengambil hati mereka. Benda paling mudah ialah PUJI dan PUJI dan PUJI…
Wahhh….. bukan main lebar senyuman bila di beri pujian. Cer ibu try test kalau tak percaya.
Melalui pengalaman saya dengan anak nombor 2, Nur Ain Syakirah, Dia seorang yang sangat low self confident. Dia selalu menganggap dirinya ‘tak pandai’. Pada dia , kakak lebih pandai, kat sekolah pandai, kat rumah pun pandai.
Tapi, selepas saya sentiasa beri galakkan terutama dalam proses mengajar dia membaca, tanpa dia sedari yang dia dah boleh membaca, ada satu hari dia tanya saya, “Ibu, kenapa Ain dah pandai baca?” Masa ni la saya puji dia kaw kaw “Haaaa… siapa kata Ain tak pandai? Ain pandai baca sebab Ain rajin usaha, Ain rajin belajar… orang yang rajin, cepat la pandai ”
Sejak hari tu sehinggalah sekarang, buku menjadi kawan baiknya… ke mana sahaja dia pergi, di heret semua buku kegemarannya bersama. Alhamdulillah.
Jadi, buat ibu bapa sekalian, sentiasalah beri galakkan pada anak anak kita, puji dan berilah lah ganjaran kepada mereka atas usaha dan semangat mereka dalam belajar sesuatu perkara.
“Pandainya anak ibu”
“Hebatnya anak abah ”
“Terbaiklah kakak, baru ajar sekali dah pandai ”
Mudah jer kan?
5. KEEP CALM/ KEEP COOL
Saya sendiri sebagai ibu masih dalam proses meng ‘kool’kan diri. Teacher percaya ini merupakan halangan dan cabaran paling utama di kalangan ibu bapa, kan kan kan?
Dengan karenah anak yang pelbagai, tambah anak ramai macam ai ni, fuhhhh! betul betul menguji tahap kesabaran.
Cadangan penulis, waktu belajar mesti SINGKAT, ngam ngam dengan TAHAP KESABARAN KITA. Kalau anak perlu berhenti aebelum jemu, kita perlu berhenti sebelum MELETOP
Intonasi, nada suara perlu juga ‘COOL and STEADY ‘ . Suasana belajar yang tidak tenang dan keadaan yang tertekan akan menyebabkan sesi pembelajaran menjadi tidak BERMAKNA dan BERKESAN. ibu fed up, anak pun down.
Jadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan menyenangkan. Anak bersedia, ibu lebih tenang… KEEP CALM AND KEEP COOL .
Oleh itu, untuk memastikan sesi belajar lebih berkesan dan bermakna, belajarlah mengikut FITRAH anak anak itu sendiri. Kita masuk dunia mereka, jangan bawa masuk mereka dalam dunia kita.
Sumber/Foto : Masturah A. Latib
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Isteri Yang Baik Tidak Minta Duit Suami.’ Tak Salah Berdikari, Tapi Nafkah Tanggungjawab Suami

“Isteri yang baik tidak minta duit suami.’ Tak salah seorang isteri berdikari, tapi nafkah memang tanggungjawab suami. Perkara ini jangan diambil mudah.
Isteri bekerjaya hebat dan miliki gaji yang banyak tidak bermakna seorang suami boleh lepas tangan bab nafkah. Malah silap haribulan, suami akan disoal kelak kerana mengabaikan tanggungjawabnya.
Ikuti perkongsian Dr Karya Kayra ini dan fahami sebaiknya apa yang cuba disampaikan:
Isteri Yang Baik
Ajaran sesat manalah cuba menusuk jarum halus dengan menerapkan fahaman salah seperti di bawah ini. Ini percubaan untuk memesongkan aqidah.
Fahaman beginilah yang menyebabkan ramai lelaki menceraikan isteri suri rumah mereka dengan alasan mahu isteri bekerja yang tak minta duit suami hingga lupa nafkah itu adalah tanggungjawab suami tidak kira isterinya bekerja atau tidak.
Artikel Berkaitan: “Takkan Anak Lima, Bagi RM100?” Tak Mahu Akaun DiBekukan, Suami Bayarlah Nafkah Ikut Keperluan
Tidak Minta Duit Suami
Yang betul menurut Islam adalah:
Mak-mak tak minta duit nafkah dari suami anda,
Perempuan cantik lain yang akan minta duit suami anda. Kerana itu Islam meletakkan tanggungjawab ke atas suami beri nafkah zahir, batin kepada isteri.
Mak-mak tak minta suami belikan lingerie dan minyak wangi harum untuk anda tidur bersama suami kerana lebih selesa pakai baju kelawar koyak, suami anda akan belikan lingerie seksi dan perfume mahal untuk perempuan cantik lain. Kerana itu Islam suruh isteri berwangi-wangian di hadapan suami.
Tak Salah Berdikari
Berdikari itu berdikari juga walaupun Islam tidak menuntut wanita bersuami bekerja mencari nafkah. Di dalam Islam isteri bekerja di luar rumah itu dianggap ihsan isteri dalam rumah tangga dan isteri itu wajib berhenti kerja sekiranya kerja isteri mendatangkan fitnah kepada dirinya, keluarga, agama dan masyarakat.
Tanggungjawab nafkah itu tetap ke atas suami yang bakal menentukan lelaki bernama suami itu cepat masuk syurga atas asbab bertanggungjawab memberi nafkah atau mereput diseksa di neraka kerana sengaja tak nak beri nafkah.
Kerana itulah juga di mahkamah syariah, isteri boleh tukarkan semua sedekah dalam rumah tangga kepada tuntutan hutang perkahwinan seandainya si suami itu melafaz talak tanpa ada kesalahan di pihak isteri atau dalam erti kata lain.
Baca Di Sini: Suami MEMBERI Perlu DiKetahui Isteri! TAKUT Dalam BERSEDEKAH, Nafkah Keluarga Sendiri Terjejas
Tapi Nafkah Tanggungjawab Suami
Suami anda nak kan perempuan cantik lain pula kerana merasakan diri dia mampu apabila suami anda “perasan dia banyak wang lebih” setiap bulan disebabkan anda isterinya menanggung sebahagian besar kos rumah tangga.
Anda tak kisah suami tak bagi nafkah zahir isteri kepada anda, suami anda juga tidak kisah memberi nafkah zahir batin kepada perempuan cantik lain.
Trust me.. ramai suami orang bersedia untuk belanja makan, beri hadiah mewah dan belanja percutian kepada perempuan cantik lain.
Kerana lelaki walaupun akalnya 9 tetapi dia mudah ingat satu benda sahaja “bini aku tak kisah” jadi suami anda ingat anda tak kisah tentang semua perkara termasuk duit nafkah yang sepatutnya untuk anda isterinya tetapi dia belanjakan kepada perempuan cantik lain.
Mintalah Hak Anda
Menjadi wanita malaysia di zaman seorang lelaki melayu islam ceraikan isteri setiap 15 minit ini, anda terpaksa menjadi wanita bijak.
Mintalah nafkah hak anda itu sebelum nafkah anda itu diberikan kepada perempuan cantik lain.
Hal anda berdikari dan mampu hidup selesa dengan usaha anda sendiri, wang yang anda perolehi itu bukan urusan siapa-siapa termasuk bukan hak suami anda.
Anda berikan kepada suami anda ianya hanya dikira sebagai ihsan dan sedekah yang boleh ditukar kepada hutang perkahwinan.
Minta nafkah zahir hak anda sebagai isteri dari suami anda sebelum dia berikan nafkah itu kepada perempuan cantik lain.
Juga Di Sini: Beza Belanja Rumah & Duit Nafkah, Suami Berilah Seikhlasnya, Jangan Nak ‘Pejamkan Mata’
Minta Nafkah Sepatutnya
Nafkah zahir isteri tidak boleh dicampurkan lumpsum dengan kos perbelanjaan rumahtangga seperti barang dapur. Nafkah zahir isteri itu mesti diasingkan untuk isteri itu beli apa sahaja yang dia mahu untuk dirinya.
Jika suami mampu memberi nafkah zahir isteri rm200 sebulan selepas gaji suami ditolak untuk perbelanjaan rumahtangga dan kos makan suami di tempat kerja maka rm200 sebulan itu wajib diberikan kepada isteri sebagai nafkah zahir isteri walaupun anda sebagai isterinya mempunyai pendapatan RM50, 000 sebulan.
Nafkah isteri dan nafkah anak tetap minta dari suami sebelum anda terpaksa meminta nafkah melalui mahkamah syariah.
Ianya bukan perjuangan yang mudah dalam menuntut hak nafkah melalui mahkamah syariah. Anda akan terluka sepanjang perjuangan itu. Luka yang bakal meninggalkan parut yang sukar untuk sembuh.
Ada Hikmahnya
Maka sebagai isteri yang cintakan suami. Minta hak nafkah zahir anda dari suami.
Ada hikmah mengapa Allah SWT menetapkan tanggungjawab memberi nafkah itu ke atas lelaki bernama suami. Apabila tuntutan allah swt terhadap tanggungjawab memberi nafkah itu tidak dipatuhi maka kerosakan akan berlaku dalam kalangan umat Islam.
Kesan buruknya kita sudah nampak, satu pasangan Umat Islam di Malaysia bercerai setiap 15 minit.
Minta hak anda sebelum terlambat.
Kayra, Putrajaya.
#sisterhood
#TazkirahSubuh
Mingguan Wanita : Berkahwin bukanlah bersandar kepada kasih sayang semata sebaliknya melibatkan tanggungjawab antara suami dan isteri.
Sumber : Dr Karya Kayra
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mak Ayah Marah Anak Jangan Bandingkan, Elak Cemburu Dan Benci Dengan Adik Beradik

Setiap anak perangainya tidak sama. Sebab itu mak ayah boleh hilang sabar dan cepat marah dengan anak-anak ini. Tak kurang juga yang mula rasa cemburu antara satu sama lain.
Bila mak ayah marah, mulalah timbul rasa cemburu adik beradik. Seorang rasa dirinya tidak disayangi oleh mak ayah. Manakala seorang lagi rasa dirinya lebih disayangi oleh mak ayah.
Keadaan ini jugalah mak ayah yang marah anak itu boleh membuatkan mereka pendam rasa dan lebih teruk berdendam dengan adik beradik yang lain. Semuanya gara-gara cemburu dan mak ayah bandingkan dengan dengan adik beradik yang lain.
Sepatutnya, mak ayah nak marah atau bertegas dengan anak ada caranya. Paling penting, elak bandingkan dengan anak-anak yang lain.
Macam mana cara nak tegas dan marah anak ini dengan cara yang betul, ikuti perkongsian daripada Faizatul Iman tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Lelaki Cara Dulu, Hidup Susah Bukan Beri Kemewahan, Baru Jiwa Kental
Bagi Anak PELUANG Rasa TANGGUNGJAWAB Buat Kerja Rumah, BUKAN Biar Mak Buat Semua!
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Marah Dan Cemburu, Bila Mak Ayah Sayang Bersyarat
Hari ini, terkesan bila mak ayah secara tidak sengaja menanam perasaan sayang bersyarat, cemburu dan benci dalam diri anak. Rupanya bermula dengan ayat yang kita keluarkan. Ini antara ayat-ayat yang boleh meruntuhkan keyakinan dan menjadikan anak kita sayang bersyarat.
Jangan sesekali berkata:
“Kakak, minta maaf balik kat adik. Kalau tak nak, mama tak nak kawan kakak.”
“Kakak ni, cubalah tengok amirah tu. Dia lagi rajin dari kakak. Mama nampak dia selalu tolong mak dia buat keje kat rumah tu.”
”Kalau kamu tak buat, mama tak nak sayang”
Mak ayah yang bijak akan marah dan tegas pada anak dengan cara yang betul dan elakkan 7 cara di bawah:
1. MENENGKING
Terlalu kerap ditengking dan dimarah yang terlebih sehingga menjadikan hormat dan harga diri anak itu terancam.
2. MEMBANDINGKAN
Terlalu kerap dibanding dengan orang lain dan dia diertika sebagai yang tidak baik dan kalah.
3. MEMANJAKAN BERLEBIHAN
Terlalu dimanjakan sehingga dia tidak tahu menghargai hati orang lain. Kerana kehendak dia sahaja yang diikuti.
4. DIBULI
Terlalu kerap dibuli oleh orang lain. Dikutuk dan dihina.
5. PERGADUHAN
Keluarga yang sering bertekak, bergaduh da diantara satu sama lain.
6. KURANG KASIH SAYANG
Tekanan emosi kerana dia tidak merasa disayangi.
7. SAYANG BERSYARAT
Dia dikasihi dengan bersyarat. “Kalau kamu tak buat, mak tak sayang”. Terlampau kerap diugut.
Jika sering sangat mengugut, memarahi dan menghukum berlebihan maka natijahnya adalah sesuatu yang kita akan sedih dan kesali. Tegas dan marah ada caranya.
Tip Terbaik
1. Senaraikan siap siap apa akhlak yang baik dan adab yang kita ajarkan pada anak
2. Selalu bercerita pada anak tentang akhlak yang baik/ benda yang postitif/ adab dan prinsip hidup yang baik kepada anak sejak anak kecil lagi. Beli buku yang sesuai atau tunjuk gambar atau tunjuk situasi
3. Beri anak ganjaran positif setiap kali anak buat perkara POSITIF/AKHLAK YANG BAIK walaupun perkara kecil
“Alhamdulillah ummi tengok Kakak dan Adik main bersama, kongsi mainan baru ni. Bagusnya. Allah sayang, macam lagu Omar Hana tu kan. Ummi sayang anak ummi yang sharing barang main sama-sama. Syukur Alhamdulillah moga jadi anak soleh solehah” akhiri dengan ayat doa.
Beri ganjaran setiap kali anak tidak melakukan perkara NEGATIF/ akhlak buruk yang telah ibu bapa highlightkan sebelum ini
“ Izzah, Ummi bangga bila dengar Izzah cakap elok-elok tanpa jerit-jerit bila nak minta susu/sesuatu. Bila ummi masih tak dengar, Izzah datang bagitahu Ummi. Cakap elok-elok lembut lembut Allah sayang”
Digalakkan beri ganjaran NON MATERIAL kerana ianya long lasting. Seperti pelukan, kiss, hugs berbanding hadiah material yang lepas dapat, nak lagi dan nak lagi. Mak ayah pening.
Beri maklumbalas secara lembut tetapi tegas atas kesalahan yang telah dilakukan.
Jelaskan kepada anak cara yang betul dalam melakukan sesuatu perkara tersebut
“Izzah, (sambil pandang mata dan pegang bahu) cakap elok-elok dengan ummi, izzah nak minum susu please. Ummi tolong ambilkan please. Sayang ummi. Thank you ummi. “
Nampak mudah, namun tak mudah sebab tak biasa. Usah putus asa menjadi mak ayah yang lebih baik. Selalu renew niat didik anak berakhlak mulia.
Mingguan Wanita : Begitulah, anak-anak membesar. Mak ayah kena banyak bersabar, walaupun ada masanya tangan tetap sentuh kulit anak kan! Itu belum lagi hanger atau rotan. Sabar ajelah.
Sumber: Faizatul Iman Makpol
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

