Selepas berkahwin, tentulah pasangan suami isteri mengharapkan anak pertama adalah lelaki dan bukan anak perempuan sulung. Bila besar nanti mampu menjaga adik-adiknya dan pewaris keluarga.
Mungkin ada yang kata, jaga anak perempuan sangat susah. Masa kecil bolehlah jadi peneman mak tapi bila besar, taatnya hendaklah pada suami. S
Tapi, janganlah sedih, jika rezeki dapat anak perempuan sulung. Itu tanda berkat anak perempuan.
Dalam perkongsian video oleh Ustaz Muhaizad sendiri turut menceritakan perihal anak Rasulullah yang kesemuanya adalah perempuan.
Dalam video itu, ustaz turut mengatakan, Rasullullah bersabda, sesiapa yang bahagiakan 3-4 orang anak perempuan, syurgalah baginya. Sebab jaga anak perempuan susah dan tak sama dengan jaga anak lelaki.
Antara intipati lain dalam perkongsian ustaz Muhaizad ini turut mengatakan:
Bila anak perempuan berkahwin, ketaatannya pada suami. Sebaliknya, suami/lelaki ketaatannya pada ibu.
Ads
Kita sebagai mak ayah, bila anak perempuan sudah berkahwin, jangan sesekali ganggu sebab dia sudah jadi milik orang. Jangan memaksa sehingga bercanggah dengan suami.
Terima hakikat, perempuan wajib kena taat suami.
Bagi anak lelaki, kena taat pada ibunya.
Ads
Mingguan Wanita : Jangan sedih, anak lelaki atau perempuan, masing-masing ada rezeki dan keberkatannya. Paling penting, mak ayah kena jaga amanah yang diberikan.
Soal doa dan tutur kata, mak ayah kena hati-hati. “Bila bercakap jangan ikut lepas saja.’ Lagi-lagi tentang perkara negatif, fikir dahulu sebelum berkata-kata.
Bimbang jika perkara tak elok itu terjadi kepada anak-anak mak ayah asbab hanya dek kerana kata-kata sendiri. Ikuti perkongsian Azlan Noor ini dan hadam baik-baik iya.
Satu hari Surihati tak sengaja tersebut sesuatu yang tidak sepatutnya kepada anak sulung kami. Saya terus tegur. Sebab saya tahu, kata-kata kita tuju kepada anak-anak juga adalah doa.
Dan doa seorang ibu ni sangat makbul. Tak boleh dibuat main.
Saya teringat kawan saya pernah cerita. Masa tu ada majlis di rumahnya. Saudara-mara berkumpul.
Apabila ramai macam itu, budak-budaklah paling seronok. Bermain bergurau dengan sepupu sepapat semua. Kawan saya cerita, masa tu la budak-budak dok berkejar turun naik tangga. Sekali dia perasan, anak dia ada sekali.
“Jangan berlari atas tangga tu. Jatuh karang. Boleh sakit nanti.”
Tak lama lepas keluar dari mulut dia tu,
“Gedebukkk!!”
Dengar bunyi datang dari tangga. Bergegas di pergi tengok. Dan betul sangkaan dia. Anak dia yang berlari di tangga tadi yang jatuh. Berdarah dahi, pecah bibir. Meraung la sekuat hati si anak tu.
“Masin betul mulut kita ni. Asal sebut je, senang sangat jadi.”
Kedengaran nada menyesal.
Betul suatu musibah atau kejadian tu, Allah dah tentukan qada dan qadar dia.
Cuma dalam soal doa dan tutur kata, mak ayah kena hati-hati. Ramai tak perasan benda ni. Terutama bila bercakap ikut lepas je. Tak ada istilah bergurau dalam soal ni. Lagi-lagi perkataan yang tak elok atau negatif.
Bayangkan kata-kata negatif yang dituju kepada anak-anak. Saya pernah dengar orang maki anak depan- depan,
“Kau ni semua benda reti buat, tak boleh harap langsung.”
“Kalau sehari tak susahkan aku boleh tak? Tak boleh tengok orang senang sungguh la.”
Kita yang dengar ni pun rasa berdesing telinga bila dengar, inikan pulak anak-anak.
Menurut kajian, kata-kata negatif sebegitu boleh lukakan hati anak yang paling dalam. Benda ni akan impak pertumbuhan emosi dan mental anak-anak kita.
Kesannya akan nampak bila dia dewasa nanti. Kerana apabila satu-satu perkataan yang diulang-ulang setiap hari, minda bawah sedar anak yang dengar tadi akan terima dan anggap kata-kata tersebut betul, dan terus bentuk identiti dia.
Hari hari kena maki ‘tak guna”, “tak guna”, maka jadilah dia anak tak berguna.
Hari-hari kena cemuh “bodoh”, “bengap”, maka jadilah dia sebagaimana yang dicemuhkan tadi.
Kita mungkin tidak sampai tahap maki hamun anak. Tapi kata-kata yang terkeluar dari mulut kita tanpa sengaja tu, itu juga doa. Lebih malang jika dia yang tak elok tadi Allah makbulkan. Nauzubillah.
Mak ayah, mulai dari sekarang,
1. Lazimi sebut yang baik-baik kepada anak.
Guna perkataan konstruktif yang boleh bini jati diri dia. Setiap hari, puji anak-anak bila mereka buat kebaikan. Jika perlu tegur, gunakan perkataan yang baik.
“Abang good boy sebab selalu solat awal waktu.”
“Bagus kakak selalu kemas mainan lepas main.”
2. Gantikan pendekatan kritik kepada menerangkan.
Kanak-kanak juga ada ego dan maruah. Perasaan mereka mudah terguris bila kritik. Gunakan pendekatan ‘Menerangkan’. Kenapa ini salah. Kenapa itu tak boleh. Mereka lagi senang faham.
3. Guna petua orang dulu-dulu. Guna perkataan positif.
Sebelum marah anak-anak, lazimkan sebut tukar perkataan negatif kepada positif. Lama lama nanti jadi tabiat bila nak tegur anak akan guna perkataan baik.
“Anak bertuah.”
“Bijak punya anak.”
4. Banyakkan komunikasi dengan anak.
Dari kecil latih berkomunikasi dua hala. Supaya mereka tahu apa yang kita nak cakap tu penting dan mereka ras yang diri mereka juga penting.
5. Sentiasa berdoa dengan sebut nama anak.
Tiap kali berdoa, sebutlah nama anak dalam doa. Setiap anak, apa yang kita nak mereka jadi, kita doakan mereka. Doa sungguh-sungguh. Bangun tahajjud, solat hajat.
Doa Allah lembutkan hati anak supaya jadi anak soleh dan solehah. Moga yang kita tersilap sebut kepada mereka dulu, Allah ganti kan dengan kebaikan.
Kalau kita pernah terlanjur berkata tak elok kepada anak, inilah masa kita berubah.
Sama- sama belajar dan ubah pendekatan kita dalam mendidik anak-anak.
Jom doa yang baik-baik untuk anak-anak kita.
Kebaikan Allahyarham Adibah wajar dicontohi, bersifat pemurah, tak lokek memberi dan bersedekah. Pemergian Adibah Noor mengejutkan ramai di antara kita. Penyanyi, pelakon, pengacara, pengisi suara dan bakat iklan itu sudah terlalu sebati dengan masyarakat kita.
Malah pemergian Allahyarham juga bagaikan hilangnya sebutir mutiara seni yang pasti dirindui. Malah ramai yang berkongsi tentang kebaikan arwah Adibah yang pastinya akan terus mengalir dan menginspirasi kita semua.
Berkongsi sisi Allahyarham, rupanya ramai yang berkongsi kebaikan. Malah menerusi perkongsian di Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah juga telah merumuskan tujuh kebaikan arwah yang boleh dicontohi.
allahyarham adibah buat dengan sukarela dan ikhlas.
“Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia. Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.
“Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya,” begitulah luahan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Menerusi komen ramai yang menitipkan doa agar roh Allahyarham Adibah Noor ditempatkan di kalangan orang beriman. Malah arwah juga merupakan seorang yang terlalu istimewa.
Mingguan Wanita : Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.
‘Jangan tersalah pilih.’ Lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), tugas parents kaji kursus sesuai, ikut minat anak dan jangan pula memaksa anak-anak memilih kursus mengikut kehendak mak, ayah.
Perlu diingat yang perlu menyambung pengajian dan mengadap kelas setiap semester adalah anak-anak.
Sebaiknya mak, ayah jadilah penasihat terbaik kepada anak-anak dalam memilih kursus yang sesuai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.
Ikuti perkongsian Dr Zack Zairul MN ini dan fahami bahawa pentingnya memilih kursus yang anak minat untuk melanjutkan pelajaran sama ada di IPTA/IPTS.
Selepas SPM, tugas parents adalah mengkaji kursus yang sesuai untuk anak-anak mereka mengikut kepada kecenderungan minat anak-anak.
Bukan memaksa anak-anak mengambil kursus yang tidak mereka gemari. Pelbagai kajian telah dibuat berkaitan simptom ‘burnout’ di kalangan pelajar-pelajar di universiti.
Ya betul, sebahagian pelajar tidak tahu kursus apa yang sesuai bagi mereka, oleh itu tugas ibu bapalah yang harus memastikan kerjaya yang diambil merupakan kursus yang dapat menyiapkan anak-anak mereka dengan pasaran kerjaya ataupun mencipta kerjaya mereka sendiri.
Pendedahan di luar bilik darjah juga penting seperti kelas-kelas tambahan berkaitan bahasa kedua dan ketiga, skill-skill tambahan berkaitan komputer dan sebagainya.
Di samping kursus berkaitan kepimpinan terhadap anak-anak yang difikirkan perlu dalam masa yang sama memperkuat pelajar dari segi emosi dan fizikal.
Akhir sekali, andalah (ibu bapa) yang akan mencorakkan masa hadapan anak anda mengikut acuan yang telah anda tetapkan…
Sekiranya tiada ilmu, hadirkan diri pada kursus-kursus yang berkaitan ataupun banyakkan perkongsian bersama ibu bapa lain yang sudah melalui fasa tersebut. Insyallah.
Dalam masa yang sama, seorang pengikut Dr Zack Zairul MN, iaitu Tuan Ridwan Talib turut berkongsi pandangan bahawa mungkin pihak pensyarah, fakulti dan universiti dapat sama-sama membantu.
Terutamanya di kalangan ibu bapa yang kurang ‘ilmu’ dan pengalaman dalam isu ini khususnya, daripada keluarga B40.
Ramai pelajar yang sekadar layak di atas kertas saja tetapi gagal mencari kursus terbaik di universiti kerana kurangnya maklumat tepat berkenaan realiti belajar di universiti.
Mingguan Wanita: Sebagai mak, ayah sebaiknya berikan kebebesan pada anak-anak untuk membuat pilihan. Kemudian sarankan baik dan buruk setiap pilihan yang dibuat agar anak lebih mudah serta tidak tersalah membuat pilihan kursus yang diminati dalam menentukan masa depan mereka.
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.