Setiap orang rezekinya lain-lain, ada yang sebaik sahaja berkahwin dikurniakan anak yang ramai ada lelaki dan perempuan. Sementelah ada di kalangan kita dikurniakan anak ramai tetapi berderet lelaki atau perempuan.
Nama pun rezeki aturan Allah. Sebagai hamba-Nya kita sepatutnya bersyukur dengan apa Allah anugerahkan. Kerana ada juga yang bernikah bertahun-tahun lamanya masih belum dikurniakan anak.
Kepada yang suka tanya atau bagi cadangan tentang jantina anak orang yang dikurniakan anak jantina yang sama berderet, jangan tanya lebih, adalah lebih baik doakan mereka dan beri kata-kata positif.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma Harun dan cuba jaga perasaan orang lain iya:
Dikurniakan Anak Jantina Sama Berderet
Kepada yang bertanya dan bersedih…
Sering saya ditanya, “Ustazah ada tak amalan, doa atau tips untuk dapat anak perempuan?
Anak saya empat orang semua lelaki, teringin sangat hendak anak perempuan, saya stres dengan provokasi dan pertanyaan orang”.
Ustazah, “Salah ke jika semua anak saya perempuan, enam orang, saya letih dan stres dengan ayat suruh beranak lagi, mana tahu dapat lelaki, supaya ada wakil jadi imam atau yang angkat jenazah kita esok… Macam-macam ustazah orang cakap. “
Jangan Tanya Lebih! Baik Doakan, Beri Kata Positif
Kepada yang suka tanya atau bagi cadangan tentang jantina anak orang, paling manis cukuplah mendoakan dalam waktu yang sama memberikan kata-kata yang positif. Saya sendiri, bila tengok seseorang yang memiliki ramai anak tapi satu jantina, di antara yang selalu saya katakan…
“Subhanallah, semua anak lelaki ya, tak apa.. Nanti dapat semua anak perempuan ekspres, menantu esok-esok, untung juga semua anak lelaki, cukup untuk angkat jenazah kita 4 penjuru… Subhanallah…”
“Alhamdulillah, semua anak perempuan comel-comel, ramailah pembantu dekat rumah ya, insyallah anak-anak ini esok melahirkan ramai pejuang agama Allah, darah daging puan juga..”
Tuan Puan, Ada yang dah nikah lama belum ada anak. Ada yang sampai tua tak ada anak. Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak. Ada yang ada anak semuanya sakit kronik. Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia. Ada yang meninggal kerana melahirkan anak. Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak”.
Jika Ditanya Tentang Anak Sama Jantina
Pertama, jika kita ditanya tentang anak semua sama jantina, jawablah ia adalah kurniaan Allah swt, baca dan fahamilah firman Allah dibawah : Surah Asy-Syura ayat 49 dan 50 :
“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki”,
“Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”.
Allahu Akbar, Allah Maha Mengetahui atas setiap pemberian dan ketetapan-Nya. Hikmah di sebalik ketetapan itu akan dirasai oleh orang mukmin, sungguh segala ketetapan Allah itu adalah yang terbaik dan sempurna.
Kepada yang teringin hendak anak, sama ada sudah nikah atau belum, atau sudah sampai tua tetap tidak ada anak.
Percayalah, semua yang kita inginkan namun tidak dapat di dunia ini, lalu kita sabar, redha dan bersangka baik, yakinlah akan diberikan di Syurga kelak
Ads
Bagi soalan ada tak tips atau doa…
Selalu saya jawab, maaf tak ada tip, mungkin saintis ada jawaban, Wallahua’lam. Tapi tentang doa, silakan doa dengan ayat sendiri, ayat umum atau khusus.
Allah Maha Mengetahui keinginan yang terkandung di dalam hati.
Soal boleh ke tidak minta doa jantina anak, iya boleh, silakan.. Sebagai hamba kita berhak meminta dengan cara kita, sebagai Tuhan, Allah berhak menunaikan permintaan kita dengan Cara-Nya.
Cuma yang jauh lebih utama daripada isu jantina anak, banyakkanlah berdoa agar dapat anak yang soleh, Surah As-saffat 100 :
رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنَ الصّٰلِحِيۡنَ
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku zuriat yang termasuk orang yang shalih.”
MW: Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Bersyukurlah dengan setiap apa yang dikurniakan dan sebagai orang luar doakan yang baik-baik untuk orang lain. Insyallah suatu hari akan datang yang baik-baik jua untuk kita.
Sebenarnya yang susah nak terima menantu dalam hidupnya itu sebab apa? Tak kasihan ke tengok anak sendiri berbelah bagi nak jaga kedua-dua hati. Kedua-dua penting, satu orang yang lahirkannya dan satu lagi orang yang lahirkan zuriatnya.
Sungguh, yang melalui situasi ini pasti pening kepala nak selesaikan dan rapatkan hubungan keluarga. Nak-nak pula aad yang jadi batu api.
Nauzubillah…
Lagi berat hati bila jadi kes macam saudara FirdausShakirin kongsikan ini, sedih.
“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yang mak impikan, yang mak bayangkan, yang mak harapkan, tapi dia pilihan saya.”
“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya dan saya harap, mak pun sama, dapat terima.”
Kenapa Mertua Tak Dapat Terima Menantu
Entah kenapa, masih ada segelintir mertua yang tak dapat menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yang merupakan pilihan anaknya sendiri. Buah hati anaknya…cinta anaknya.
“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia tak boleh tidur.”
“Kenapa bini kau balik keje lewat?” Dia ada meeting mak, pastu jem, sebab tu dia lewat sampai.”
“Kenapa bini kau duduk dalam bilik” dia menyusu anak mak, tak kan nak menyusu kat ruang tamu, abang nampak nanti.”
Kenapa…, kenapa…, kenapa…
Banyak perkara yang mertua boleh persoalkan semata-mata untuk mencari kesalahan si menantu. Kadang-kadang ada yang sengaja menyalahkan menantu atas sebab-sebab yan-buat untuk menampakkan buruk si menantu, untuk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu atas alasan, dia tak suka menantu itu, dia tak sebulu dengan menantu itu, dia tak expect yang dia akan dapat menantu macam tu.
Expectation dia lebih tinggi…
Tolong terima menantu anda seadanya dirinya, itu pilihan anak anda dan bukannya anda. Anak anda yang bakal berkongsi hidup dengannya, dan bukannya anda.
Tolong jangan membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA.
Suami kantoi curang selepas 13 tahun berkongsi hidup, isteri tak marah, malah mahu nikahkan suami dengan skandalnya.
Ternyata wanita ini cukup matang berdepan dengan ujian berat ini. Sebagai isteri tentu saja dia berasa kecewa, namun pasti tindakan ini diambil setelah dia fikir masak-masak untuk kebaikan bersama.
Suami Kantoi Curang
Seorang isteri di Jakarta, Indonesia yang berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain bertindak mengahwinkan si suami dengan wanita tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam.
Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok dengan nama @ayuerizky_ramadhani.
Selepas 13 Tahun Berkongsi Hidup
Menurutnya, mereka sudah berkahwin selama 13 tahun, namun suaminya berlaku curang dengan seorang wanita sejak dua tahun lalu.
“Dia mempunyai perempuan simpanan, namun baru terbongkar selepas dua tahun,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama klip video tersebut.
“Ada Isteri Buatlah Cara Ada Bini, Ada Suami Jagalah Akhlak Macam Ada Tok Laki!” Inilah antara pesanan daripada saudara Shauqi Hasan menerusi perkongsiannya di Facebook yang memberi kesan di hati.
Hari ini bila kita baca berita pelbagai kisah kurang enak yang berlaku terutamanya pada pasangan yang berkahwin muda. Tak kurang juga kisah rumah tangga selebriti popular yang mengharungi kemelut dalam perkahwinan hingga terpaksa naik turun mahkamah. Yang isteri menuntut cerai yang suami pula tidak mahu melafazkan talak.
Begitu juga kisah masyarakat biasa yang pelbagai kisah keretakan rumah tangga didedahkan.
“Ada Isteri Buatlah Cara Ada Bini”
Menerusi nasihat daripada saudara Shauqi Hasan ini banyak kebaikan yang boleh dijadikan panduan buat masyarakat di luar sana. Ikuti tujuh nasihat yang bermakna ini! Semoga rumah tangga kita akan aman damai dan berkekalan hingga ke jannah.
“12 tahun membina masjid. 6 orang anak. Umur pun dah 40 tahun. 7 nasihat Abang untuk anak muda yang bakal berkahwin esok lusa.
Cinta tu pilihan, jodoh tu takdir: Cinta memang penting dalam hubungan, tapi jangan lupa yang kau pilih untuk dijadikan surihati tu pun adalah pilihan sendiri. Takdir memang ada, tapi macam mana kau jaga hubungan tu, itu tanggungjawab kau. HIDUPLAH DENGAN PENUH AMANAH YANG TELAH ALLAH BERI SEBAGAI SUAMI ISTERI DENGAN RESTU DARI KEDUA IBUBAPA KAU.
Hormatilah pasangan kau, anggap dia tu individu yang unik. Hargai perbezaan pendapat dan kehendak antara satu sama lain. Ingat, kau dan dia dalam satu pasukan, bekerja bersama untuk capai matlamat bersama. JADIKAN KITAB DAN SUNNAH RASULULLAH SEBAGAI USWAH DAN PANDUAN. Cakap senang, tapi kalau ikut cakap Allah lagi mudah.
Kawan rapat dengan pasangan: Jangan lupa, kau kena jadi BFF dia sampai mati. Buatlah benda-benda seronok bersama, gelak ketawa sama-sama, dan sokong satu sama lain dalam apa jua situasi. Persahabatan yang kuat memang boleh kuatkan lagi hubungan kalian. ASALNYA PUN KITA BERKAWAN, KAU YANG UPGRADE DIA JADI ISTERI. Jadi hargailah kawan terbaik dalam hidup kau sebagai pasangan abadi.
Sembang dengan baik: Komunikasi adalah kunci dalam hubungan. Jadi, bersembanglah dengan jujur, terbuka, dan saling memahami situasi masing-masing. Dengar pasangan kau betul-betul, dan responlah dengan penuh perasaan dan keperluan kau dengan ikhlas. Kalau gaduh-gaduh pun, cuba la guna humor dan jenaka zaman bujang kau tu nak redakan situasi. ALLAH BAGI MULUT DAN TELINGA TU ADA GUNANYA, JANGAN SIA-SIAKAN SETIAP PERKATAAN YANG KELUAR DARI PASANGAN KITA.
Bercakaplah dengan ilmu. Mendengar dengan akal. Nak tegur isteri ada caranya, Allah dan Nabi dah ajar. Gunalah syuro sebagai laluan menyampaikan pandangan dan terguran.
Kasi ruang peribadi: Walaupun kau berdua dah jadi sepasang suami isteri, tak bermakna kau tak boleh ada ruang peribadi. Setiap individu perlu masa untuk diri sendiri, buat hobi atau aktiviti yang dia suka. Ni boleh bantu kau jaga keseimbangan dalam hubungan. PALING BAGUS, AJAR ISTERI SUKA APA KAU SUKA MENGIKUT APA YANG ALLAH DAN NABI SUKA. Bukan ikut suka hati kau saja. Jaga batas halal dan haram.
Hadapi konflik dengan bijak: Gaduh memang normal dalam hubungan. Tapi penting untuk hadapi konflik dengan bijak, elakkan perangai yang merosakkan hubungan. Belajarlah maaf-memaafkan, fahami sudut pandangan pasangan kau, dan cari penyelesaian yang untung sama-sama. MERAJUK LAMA-LAMA KAU YANG RUGI. MELAINKAN KAU BIJAK MENGGUNKAN ORANG KETIGA SEBAGAI TEMPAT RUJUKAN UNTUK MENJERNIHKAN KEADAAN. Sebab tu kena ada wali dan saksi yang menjadi penasihat sepanjang perkahwinan. Bukan masa akad nikah saja.
Komitmen yang teguh: Hidup berumahtangga memang tak selalu senang, tapi kau kena hidupkan komitmen tu sampai mati. Ingat janji kau time kahwin dulu, dan hadapi cabaran bersama. Sokong dan sayang pasangan kau tanpa syarat. ITULAH KUNCI MENJADI SUAMI ISTERI BERTAQWA (KOMITED) DENGAN AMANAH.
Ada isteri buatlah cara ada bini.
Ada suami jagalah akhlak macam ada tok laki.
Ingat, setiap hubungan unik, tak ada formula ajaib yang boleh jamin kejayaan perkahwinan.
Tapi kalau kau ada komitmen, saling bertoleransi dan satu faham, sentiasa berusaha bersama-bersama dan bukan one-man show, kau boleh bina hubungan yang bahagia.
Remember this Dik, KEBAHAGIAAN TU KITA RASA DI HATI BUKAN YANG NAMPAK DI MATA.
Selamat menikmati perjalanan hidup berumahtangga!” kongsi saudara Shauqi Hasan.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...