Dalam rumah tangga bukanlah bersandar kepada cinta, kasih sayang dan harta semata-mata. Sebaliknya untuk kekal bahagia sebagai suami isteri dalam jangka waktu yang lama memerlukan pengorbanan.
Jangan berkira siapa yang berkorban lebih banyak. Sebanyak mana pengorbanan isteri, tentu banyak juga pengorbanan suami bahkan dia diamkan.
Ikuti perkongsian Ell F Azman dan fahami yang cuba dia sampaikan.
Suami.
Manusia yang tidak pernah ada pertalian darah dengan kamu wahai wanita bergelar isteri.
Manusia yang tidak pernah ada hutang budi terhadap mu tetapi memilih untuk mencintai mu.
Manusia yang berjanji dengan Tuhan untuk menyayangi mu, menjaga mu, menafkahi mu, membahagiakan mu dan anak-anak sehabis kudratnya.
Ads
Sebanyak Mana Pengorbanan Isteri
Manusia yang tidak suka berkongsi masalahnya di luar agar kamu isteri tidak terbeban jiwa dan fikiran. Manusia yang merahsiakan dugaan-dugaannya agar harimu terus baik dan indah.
Manusia yang hanya mahu pulang ke rumah sebagai suami dan ayah, mungkin selepas mengosongkan tangki air matanya di dalam kereta. Sendirian.
Jika suami mu lelaki yang baik, lelaki yang telah berusaha mencukupkan mu, maka apa dugaan yang datang…
Cekalkan hati mu, besarkan kesabaran mu. Ingat segala kecil pengorbanannya, agar kamu juga mampu berkorban untuknya.
Ads
Andai diuji dengan kurang duit dan hartanya, tabahlah. Andai diuji dengan sakitnya dia, kuatlah. Andai diuji dengan orang-orang sekeliling yang disayanginya, lepaskan jangan dipendam.
Banyak Pengorbanan Suami Bahkan Dia Diamkan
Banyak pengorbanan isteri, banyak juga pengorbanan manusia bergelar suami. Bahkan mungkin lebih banyak dalam diamnya. That is marriage. And that is life.
From time to time, you have to sacrifice your feelings for the happiness of the one you love. It’s just part of loving people. Willingness to sacrifice.
Selfless love is the truest type of love. Selfless love is when you’re willing to do whatever it takes to help your relationship continue to thrive and bloom.
Dunia hari ini semakin hari makin mencabar, bukan saja arus pemodenan tetapi juga dari segi cabaran dalam mendidik anak-anak terutamanya didik anak perempuan dengan dunia luar yang penuh pancaroba
Kalau nak dibandingkan dahulu, cara didikan mak ayah kita cukup berbeza dengan sekarang. Dulu, anak perempuan tak berani nak keluar malam, sekarang ini mereka bebas. Lebih teruk lagi dengan tidak menjaga aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Bimbang didik anak perempuan yang tiada had dan batasnya, boleh menjurus kepada masalah sosial yang sukar dibendung sekarang ini. Lebih memalukan, bila ada yang sudah terlanjur dan sanggup membuang bayi. Ini perihal anak perempuan, belum lagi cara mendidik anak lelaki.
Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, mak ayah kena berbalik kepada cara didikan yang diajar oleh Nabi kita sebelum ini. Mungkin betul, menjaga anak perempuan umpama menjaga 10 orang anak lelaki.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakob Yusra boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana. Ikutlah cara Nabi s.a.w dalam mendidik anak perempuan. Mudah-mudahan ia memberi keberkatan dan kesenangan hidup dunia akhirat.
Kalau kita tengok dalam masyarakat hari ni semua pakat nak ikut trend. Lagi pun ramai pakat mengajar ajar anak ikut trend dan cara pakaian barat.
Kalau ada yang berpakaian sempurna menutup aurat dikatakan tidak up to date. Jom kita tengok macam mana Nabi SAW didik anak perempuan. Ikut apa yang Nabi SAW ajar, Insya Allah hidup tenang dan bertambah berkat.
#madad
#MurtadhaDakwahCentre
MW: Moga ia memberi manfaat kepada mak ayah di luar sana. Mudah-mudahan.
Anak-anak akan semakin membesar dan bila tiba saatnya, mereka akan meninggalkan rumah untuk keluar merantau mencari ilmu.Mungkin menyambung pelajaran universiti, kolej kemahiran dan sebagainya.
Tentu sekali saat ini, hati mak ayah akan dilanda kerisauan kerana anak-anak jauh dari mata dan pemantauan. Ibu bapa menunggu risau dan takut dengan kemungkinan datangnya musibah yang tak kelihatan.
Anak perempuan mula terkejut melihat maksiat di depan mata, mula-mula asing lama kelamaan menjadi nikmat yang tak disangka-sangka.
Anak lelaki apatah lagi, bagai bebas lepas dari penjara. Apa saja kejahatan mula dicuba dengan nafsu yang membuak-buak dahaganya. Anak kita bagaimana, selamatkan mereka dari kejutan budaya?
Perubahan adalah normal dalam kehidupan, anak perlu ditemani belajar beradaptasi dengan lingkungan yang baru. Apakah bekalan yang paling diperlukan anak di perantauan?
Kebahagiaan dunia dan ketenangan jiwa hanya dapat dirasai dengan menghadam ilmu agama sebanyak mungkin. Bukan untuk mengejar gelar ustaz dan ustazah tapi untuk mencari hidayah Allah.
Mungkin sewaktu di rumah, kita belum sempat menanamkan nilai agama yang cukup, tak sempurna bekalkan iman yang kuat hingga berakar dalam hatinya. Masihkah ada peluang untuk anak kita memiliki ciri-ciri pemuda yang dirahmati Allah dengan naungan-Nya, seperti dalam hadis ini?
“Tujuh orang yang akan diberi naungan Allah pada hari yang tiada naungan lain selain naungan-Nya; (salah satunya) pemuda yang membesar dalam keadaan suka beribadah kepada-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak kita membesar dalam kelalaian atau keinsafan? Dalam pencarian ilmu atau pencarian nafsu yang tak pernah puas? Jangan lepaskan dia sendirian melawan segerombolan syaitan yang menyesatkan, kasihan sungguh anak yang bermusafir tanpa iman dan ilmu.
Bayangkan kalaulah diumpamakan dia berperang tanpa bekal senjata melawan musuh yang kuat menghunus pedang yang merobek jasadnya tentu kita rasa amat berdosa dan menyesal sebagai ibu bapa yang lepas tangan.
Walaupun ibu bukan ustazah sekurang-kurangnya tolong transfer ilmu dan nasihat untuk meyakinkan cahaya mata kita tentang suatu isu berkaitan kehidupannya. Ibu perlu bekalkan ayat-ayat al-Quran yang indah dan mudah difahami untuk menjawab masalah yang sedang dihadapi anak. Ada kalanya mereka bertukar buku, nasihat agama, ceramah dan video yang membangkitkan keinsafan. Akhirnya ilmu agama itu boleh menjaga mereka dari sebarang gangguan iman.
Sebagaimana sabda baginda s.a.w: “Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu.” (Hadis al-Tirmizi)
Jangan bosan mencari khabar berita cahaya mata kita, memerhatinya dari kejauhan, memata-matai gerak geri, menelusuri jejak media sosialnya, berkenalan dengan kawan-kawannya, mencari tahu siapa dia di mata gurunya. Jadi kawan baik tempatnya meluah perasaan, penuhi keperluan bukan hanya jasad juga emosi mereka. Jangan jadi ibu yang tidak berempati, ibu sebegini umpama mayat hidup yang berjalan, ada dan tiada tidak dirasai.
Empati seorang ibu berfungsi apabila dia mampu mengajarkan zuriatnya mengenal dan mengawal emosi, memahami perasaan orang lain, hormat pada diri sendiri, menghargai pandangan yang berbeza, menjadi peribadi yang penuh kasih sayang, bukan mudah mendidik zuriat kita berempati jika ibunya sendiri tidak berempati.
Si ibu bersikap sinis dan prejudis apabila anak cuba meluah rasa. Akhirnya ibu dianggap sebagai orang asing, tidak mesra atau pilih kasih.
Sifat empati merupakan rahsia untuk tundukkan jiwa seseorang, ia juga tanda kita dirahmati Allah sebagaimana firman-Nya: “Disebabkan rahmat Allahlah kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, sudah tentu mereka akan menjauhkan diri dari kamu.” (surah Ali Imran ayat 159)
Cahaya mata kita yang merantau jauh mencari ilmu kadang tersandung batu di tengah jalan, tersungkur akibat pergaulan. Bila sudah jatuh lupalah segala cita-cita, putus asa saja yang tersisa. Ibu dan ayah mesti berjaga-jaga agar matlamat utama anak tidak dilupakan.
Setiap kali bercakap dan berjumpa ingatkan balik cita-cita mereka. Jalan mana yang mesti ditempuh, suntikan apa yang berkesan memberi motivasi agar dia kembali bertenaga. Ingatkan dia untuk pulang membawa kejayaan dunia sekali gus akhirat.
Malang sungguh jika ibu bapa memulaukan zuriat sediri akibat gagal dalam peperiksaan, tetapi tidak risau sama sekali jika dia gagal solat dan adab. Sahsiah sempurna dunia akhirat menjadi impian teragung ibu dan ayah, betapa kemuliaan akhlak semakin diketepikan kerana terlalu rakus mengejar kegemilangan dunia.
Menjadi seorang perantau ilmu amat mencabar, oleh itu anak perlu diingatkan untuk meletakkan syurga sebagai matlamat akhir dalam pencarian ilmu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang menempuh jalan ilmu akan dimudahkan Allah menempuh jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya (kerana gembira) terhadap penuntut ilmu. Sesungguhnya penuntut ilmu dimintakan ampunan oleh segala makhluk di langit dan di bumi bahkan ikan-ikan yang berada dalam air.” (Hadis al-Tirmizi, Abu Daud)
Semoga anak-anak kita gembira menjadi penuntut ilmu yang ikhlas kerana ayah bondanya sentiasa bekalkan ketakwaan di sepanjang jalan kehidupan.
Sumber: Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam.
Seorang ibu pasti dapat menghidu sesuatu yang berbeza pada anaknya walaupun tidak mampu menjaga anaknya sendiri kerana bekerja. Begitulah seperti apa yang berlaku kepada ibu-ibu bayi yang telah diracun ini.
Ibu kepada dua bayi ini perasan ada sesuatu yang tak kena bila anak selalu mengantuk bila diambil, rupanya pengasuh bagi ubat tidur apabila diperiksa.
Seorang pengasuh bayi dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun di Singapura kerana meracun dua bayi dalam jagaannya empat tahun lalu dengan pelbagai ubat-ubatan.
Sa’adiah Jamari, 39, berkata bahawa dia tidak melakukan kesalahan itu terhadap bayi-bayi tersebut – berusia lima dan 11 bulan ketika itu – dan akan mengemukakan rayuan.
Para ibu kepada kedua-dua anak itu, yang tidak ada kaitan persaudaraan, mengupah jururawat berdaftar Sa’adiah pada lewat 2016. Mereka menyedari anak-anak mereka mengantuk dan ada sesuatu tidak kena selepas mengambil mereka pulang.
Kedua-dua anak itu dimasukkan ke hospital dan ubat-ubatan didapati dalam sistem tubuh mereka dan ini membentuk dua tuduhan pemberian racun yang dicabar Sa’adiah.
Pelbagai jenis ubat dikesan termasuk Alprazolam atau Xanax untuk merawat keresahan, ubat penenang dan ubat tidur.
Sebahagian ubat-ubatan itu dijumpai di rumah Sa’adiah dan dua daripadanya diberikan oleh doktor.
Dalam pembelaannya semasa perbicaraan, Sa’adiah menafikan dia memberikannya kepada bayi-bayi itu dan peguamnya berhujah bahawa nenek kepada mangsa pertama mungkin telah memasukkan sejumlah kecil ubat-ubatan itu ke dalam makanan bayi tersebut.
Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan sambil menolak hujah pembelaan bahawa sumbangan Sa’adiah kepada masyarakat sebagai seorang jururawat harus menjadi faktor keringanan.
Pihak pendakwa berkata ia tidak sepatutnya dianggap sebagai faktor keringanan dan sebaliknya boleh dilihat sebagai faktor memberatkan hukuman
kerana Sa’adiah tahu tentang kesan ubat-ubatan itu tetapi tetap memberikannya kepada bayi-bayi itu.
Pihak pembelaan juga berhujah bahawa terdapat kelengahan dalam prosiding, merujuk kepada bagaimana pegawai penyiasat telah diarahkan selewat perbicaraan untuk menjalankan siasatan lanjut.
Hakim Daerah John Ng mengambil perhatian bahawa Sa’adiah ialah seorang jururawat bebas yang menerima tugas dari hospital dan mempromosikan dirinya sebagai seorang jururawat dalam iklannya bagi khidmat menjaga dan mengasuh kanak-kanak.
Kesalahan memberi racun dengan niat untuk menyakiti adalah sangat berat, dengan hukuman penjara agak lama dianggap wajar, kata hakim.
Salah satu faktor utama dalam kes ini adalah usia mangsa yang sangat muda, iaitu “bayi-bayi tidak berdaya yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga mereka”, kata Hakim Ng.
Faktor-faktor lain adalah jenis ubat-ubatan, yang membahayakan nyawa mangsa, kepercayaan yang tinggi diberi kepada Sa’adiah oleh ibu-ibu bayi, dan perlunya hukuman tegas terhadap tindakan sedemikian.
Hakim Ng bersetuju dengan hukuman yang diminta oleh pihak pendakwa, dan menambah bahawa Sa’adiah “tidak menunjukkan rasa kesal” dan “tidak bekerjasama dengan agensi-agensi siasatan”.
Beliau mengambil perhatian terdapat usaha untuk memohon hukuman lebih ringan berdasarkan gangguan psikiatri yang dikatakan dialami oleh Sa’adiah, tetapi berkata ini “bukan faktor pertimbangan” kerana tidak ada kaitan penyebab antara gangguan itu dengan perbuatan kesalahannya.
Bagi setiap tuduhan memberi racun dengan niat untuk menyakiti, Sa’adiah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda. Dia tidak boleh disebat kerana dia seorang wanita.
MW: Semoga pengasuh ini mendapat hukuman yang setimpal kerana membahayakan nyawa bayi bukan seoarang tetapi dua. Sepatutnya sebagai seorang jururawat, dia mengetahui apakah kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada bayi-bayi yang tidak berdosa ini.