Tular imej buka tudung bersama dengan peminat-peminatnya sejak tiga hari lalu, pelakon Emma Maembong akhirnya mengakui, dia kembali dengan imej lama tidak berhijab.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengakui, imannya belum kukuh dan membuat keputusan tersebut dengan berat hati.
Walau jelas tindakan ini bukan suatu jalan yang baik, pelakon berusia 27 tahun ini redha dan terima dengan segala kecaman yang bakal dihadap.
Dari sudut pandang lain Puan Nieza Termizi pula, baginya HIDAYAH Allah ini terlalu mahalnya harganya. Buat renungan, moga golongan wanita yang bertudung dan bakal bertudung boleh cuba berlapang dada menerima bait tulisannya.
Bila Buka Tudung
Dalam kehidupan ni, selain menangis kerana beratnya ujian menimpa diri, apa yang buatkan hati saya remuk teruk adalah bila dapat tahu seseorang yang dah elok berhijrah, kembali berpatah balik ke ‘dunia’ lamanya.
Berhari-hari juga berita sebegini mampu buat jiwa saya rasa sunyi dan kemurungan.
Biarpun tiada pertalian, mungkin rasa sedih tu berpunca dari diri yang tidak mampu buat apa-apa. Dalam hati asyik mengulang,
“Sayangnya..sayangnya..kenapa la…”
Yang dah elok berhijab, kemudian free hair semula. Atau yang dah isytihar kembali kepada fitrah, patah balik kepada dunia lama.
Saya tak boleh nak teka apa yang menjadi puncanya. Tapi ujian orang yang pilih nak buat baik ni sebenarnya memang berat. Sama juga macam kita. Contohnya, kau dah berazam nak boikot makan mcd sebab taknak sokong israel. Kemudian sebabkan kawan-kawan keliling kau semua ajak pergi mcd, ditambah pula dengan ayat-ayat pujukan,
“Mcd takde kaitan la dengan israel”
“Mcd halal, apa salahnya”
“Mcd kat Malaysia ni tak bagi sumbangan ke Israel”
Kau pun buang boikot. Tinggal hangat-hangat tahi ayam je.
Eh..contoh saja tau.
But the point is, bila kita memilih untuk berubah WAJIB memilih persekitaran yang BARU. Apa sahaja yang membawa kita semula ke jalan lama, WAJIB kita tinggalkan. Untuk apa masih berada di situ, bersama dengan orang yang serupa, padahal kita tahu ia akan ‘menarik-narik’ kita semula menjauhi jalan hijrah. Lama-lama kita jadi rindu pula dengan dunia lama. Eh, rasa seronok pula. Rasa enjoy balik. Lupa sudah tujuan kita berhijrah.
Doakan Yang Baik-baik
Yaa..kita semua ada pengalaman serupa. Dari sekecil-kecil hijrah sampailah yang besar-besar. Pilih persekitaran yang baik. Kawan-kawan yang baik. Bacaan yang baik. Orang lain, tolong doakan yang baik-baik. Berhenti kecam, keji dan hina. Orang apa tahu kesusahan, kepayahan dan peritnya kita menanggung jalan yang baru ini.
Satu lagi saya sedih bila fikirkan, mahalnya HIDAYAH Allah. Hidayah ni sesuatu yang kita tak nampak, tapi kita boleh rasa. Hidayah ni boleh datang dan boleh juga pergi jika kita tak hargai dan peluk dia erat-erat.
Dulu saya terbaca satu ayat yang manis dan mendalam maksudnya. Bila baca tulisan saya lepas ni, awak cuba baca slow slow dan bayangkan yer.
Hidayah ni ibarat titisan hujan. Hati pula ibarat timba. Hidayah ni turun untuk semua orang. Bila kita mahukan hidayah, tadahlah ia banyak-banyak. Hanya orang yang taknak hidayah je akan terbalikkan timba tu.
Begitulah..
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI