Shuib mohon semua mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin. Abang Siti Sarah yang kini di hospital telah ditidurkan bagi membolehkan paru-paru berehat.

Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, bagi membolehkan paru-parunya berehat.

Perkara ini dikongsikan pelawak, Shuib Sepahtu di akaun Instagram (IG), awal pagi tadi.

Mohon Mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin

“Assamualaikum semua… Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.

“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rabbal Alamin,” luahnya di IG.

Menurut Shuib atau nama penuh, Shahmira Muhamad, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi.

DiTidurkan Bagi Membolehkan Paru-Paru Berehat

Tambah Shuib, “Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus.

“Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.

Selain Ahmad Firdous, isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

IKLAN

Baca Juga Di Sini:

Shuib Mohon Doakan Abang Arwah Siti Sarah, Oksigen Merosot Dimasukkan Ke Hospital Akibat Covid-19

Doktor Sarankan Shuib Bekalkan Susu Dari Ibu Susuan, “Ramai Tawarkan Termasuk Samtilla (Syatilla)”

Kebaikan ARWAH Siti Sarah, Ramai Isteri Insaf Bagai ‘Dilempang’ Ke Alam Realiti

“Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada” Raisuddin

‘Bergembiralah Di Syurga Bidadariku Siti Sarah’ Rezeki Solat Ghaib Di Makkah

IKLAN

Abang Siti Sarah

Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19.

Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.

Pada Isnin lalu, Ahmad Firdous kehilangan satu-satunya adik perempuan, Siti Sarah akibat COVID-19.

Penyanyi popular itu menghembuskan nafas terakhir selepas 48 jam ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari, Isnin lalu.

IKLAN

Mingguan Wanita : Semoga Ahmad Firdous Raissuddin diberikan kesembuhan segera. Amin.

Sumber : Berita Harian

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI