Kadangkala kita tak pernah tahu yang kita rupanya ada simptom-simptom gangguan kejiwaan. Sepatutnya, jika anda alami tekanan perasaan atau perlakuan yang luar biasa pelik, segeralah dapatkan rawatan dengan Pakar Psikiatri di hospital.
Cuba fahamkan perkongsian Puan Ummi HaniAqil ini. Beliau mengalami keadaan ini Obsessive Compulsive Disorder (OCD), Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD) dan Depression yang membuatkan rutin hidupnya lain daripada orang normal
Kisah Hidup Saya
Obsessive Compulsive Disorder (OCD), Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD) dan Depression. When it hits you in one time, guess what happen to your life.
Ok, sharing ye sedikit kisah hidup saya. Yang saya lalui setiap hari dengan 3 disorder ni. Saya cerita pasal 3 je dulu cukuplah. Kalau masuk semua kang haru jadinya.
Sebagai OCPD, saya memerlukan rutin. Rutin sangat penting. Dan perancangan rutin ni boleh dilakukan selama setahun terus. Contohnya.
Jadual harian saya ialah, bangun pada jam 5am, mandi selama 30 minit. Bermakna 5.30 am saya mesti dah keluar dari bilik air. Dan saya ambil masa 15 minit untuk bersiap. Jam 5.45 am, saya mesti dah ada atas sejadah. Disebabkan waktu Subuh masuk tak sama masanya, berubah ikut bulan, jadi saya tetapkan waktu solat dan mengaji adalah selama 40 minit. Jadi pada jam 6.25am, saya akan bangun, lipat telekung, lipat sejadah, dan peruntukan masa untuk kerja-kerja ni adalah 5 minit. 6.30 am saya akan masuk ke dapur. Plan nak masak apa biasanya seminggu dah ada plan terus. Dari Isnin hingga Ahad. Jadi saya just follow je menu yang dah dirancang. Biasanya semua bahan masakan dah beli siap-siap.
Masa memasak adalah sejam setengah. Jam 8 am semua kena selesai. Selesai ni termasuklah membasuh pinggan, letak di tempatnya balik, ikut susun aturnya balik.
Ok, cukup saya cerita rutin dari Subuh hingga pagi hari je. OCPD sangat rigid. Sangat-sangat! Bermakna semua masa yang telah dirancang, takde rancangan backup. Sebab rancangan yang dibuat tu, mesti dipenuhi. Terlajak masa contohnya, otak saya akan kacau. Dan emosi saya akan terganggu. Katalah saya dah set masa memasak dan mengemas tu selama sejam setengah, kalau masa dah lebih dan keje belum selesai, saya akan marah.
Ok, kat sini kita boleh masuk dah pasal OCD. Kenapa saya boleh lambat selesaikan keje? Sebagai OCD, saya melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang. Basuh pinggan contohnya. Basuh sekali tak boleh. Dah basuh, dah tiarap. Lepas tu was-was datang balik. Ambik balik pinggan tu, basuh lagi. Lap, baru letak.
Bila masak, tak boleh langsung kalau ada percikan dari bahan tumis tu keluar dari kuali. Asal terpercik je, tangan ni tak sedar je dia mengelap. On da spot. Sebab desakan dalam otak tu yang merasakan kotor, nanti kuman. Benda ni akan berulang dan berulang dan berulang. So sifat-sifat OCD ni banyak mengganggu rutin OCPD saya. Menyebabkan marah tu mudah keluar. Pertembungan dua sifat yang berbeza. Boleh bayangkan tak otak saya macam mana bercelarunya kat dalam tu huhu.
And above both of this, depression ambil tempat yang utama. Bila depression datang, desakan otak OCD dan OCPD saya tak mampu dilaksanakan. Sebab saya tak ada daya. Bila depress, saya cuma nak baring dan baring dan baring dan terus baring. Bangkit gi kencing dan berak pun saya tak nak. Tu la tahap teruknya.
Tapi, kemahuan OCD dan OCPD tu tak hilang tau. Macam berantakan dalam kepala. 3 sekali disorder yang berbeza menghentak-hentak dalam otak ni.
Depression buat saya tak mampu bangun. Bila tak mampu bangun, desakan OCD tadi membuatkan saya makin depress. Bila tengok pula rumah kelam kabut dan rutin dah lari, ia menjadi trigger pada OCPD saya. Seolah-olah takde jalan keluar. Dia berpusar dalam satu bulatan yang sama, bulatan yang kecil tapi berselirat, dan bertembung antara satu sama lain berkali-kali.
Itu cuma cerita dari jam 5 am sampai 8am. 3 jam sahaja. Dari jam 8 am sampai ke 10.30 pm sebelum saya masuk tidur balik, tak perlulah saya cerita. Cukup 3 jam pertama ni je. Itulah struggles saya setiap saat. Bukan sahaja letih, tapi dah tahap exhausted. Ada mental disorder bukanlah bermaksud saya sengaja melayan kehendak otak tu. Tapi takde jalan untuk ignore. Desakan dan asakan tu sangat menyakitkan. Sekuat mana pun saya usaha, memang sangat susah. Kalau tanpa bantuan ubat, memang tak tercapai segala usaha keras tu. Sebab organ yang sakit tu adalah otak. Otak yang perlu digunakan untuk segala benda termasuk LOA.
Ni baru cerita pasal mengurus diri sendiri. Pun dah susah amat. Saya perlu bekerja keras untuk menguruskan dua anak kecil saya. Aqil yang belum faham bahasa, Hani dengan Disleksianya. Hanya DIA yang tahu kekuatan besar manakah yang DIA pinjamkan untuk saya setiap hari.
Sekarang, dengan bantuan ubat dari doktor Su, dan LOA yang saya dah mula praktikkan, depression hampir 80% cured. Dan kesan paling ketara bila depresion dah makin hilang, sifat OCD dan OCPD mendadak naik. Bila takde depression, saya jadi ligat macam tangan sotong. Sebab desakan OCD dan OCPD tu tak bagi saya ruang untuk delaykan masa. Rigid as OCPD, semua kena tepat pada masanya. Dan ketakutan pada kuman dan kekotoran, menyebabkan setiap saat saya melakukan satu perkara secara berulang-ulang.
Kenapa mandi sampai 30 minit? Kenapa bersiap pakai baju nak duduk rumah je pun sampai 15 minit? Semuanya sebab desakan otak OCD. Saya kena pandai seimbangkan antara kehendak OCD dan OCPD ni.
So, ni lah sedikit yang dapat saya kongsikan tentang rutin harian saya. Hanya sedikit dari seluruh struggles.
Sebab tu janganlah sesakkan minda saya banyak-banyak sangat. Bukan tak nak bantu, tapi tak mampu. Yang mampu sekadar sharing di wall saya macam ni je. Kalau ada manfaatnya, ambik la.
Sebab as Borderline, setiap cerita yang kami dengar, reaksi kami dengan samada dua ni je – intense emphatic, atau intense menyampah huhu. Black and white thinking derrr.
Saya dalam journey penyembuhan. Banyak kena perbetulkan lagi. Saya tackle masalah saya one by one. Sekarang fokus saya nak tackle depression dulu. Tanpa depression, saya mampu berfungsi sebagai manusia. Lepas tu kita usahakan yang lain-lain. InsyaAllah.
Sandaran saya secara total hanya pada DIA.
Allahu Al-Musta’an.
Sumber/Foto: Ummi HaniAqil via Mingguan Wanita