Isteri sanggup berhenti kerja. Dalam keadaan sekarang ini agar sukar bila suami saja bekerja. Namun, kalau pasangan dah mampu untuk tanggung semuanya, tak menjadi masalah pun.

Apa yang membuatkan isteri sanggup berhenti kerja adalah memikirkan anak-anak yang tengah membesar dan memerlukan perhatian. Apatah lagi, mak-mak keluar bekerja waktu pagi, malam baru dapat jumpa anak, itupun dalam masa 1-2 jam saja sebelum masuk tidur.

Semua ini atas pilihan masing-masing. Ada cara tersendiri untuk mak-mak ‘bonding’ bersama anak-anak walaupun bekerja. Begitu juga isteri sanggup berhenti kerja, pastikan pengorbanan itu berbaloi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Jadi Suri Hati..” Nabil Ahmad Sanggup Bayar Gaji Isteri RM7k Sebulan, Minta Berhenti Kerja

Isteri BERHENTI KERJA Urus Anak Bukan Keputusan MUDAH, Suami Jangan Persiakan Pengorbanannya

Isteri Berhenti Kerja, Keluarga Lebih Penting

Dalam perkongsian Siti Suryani Yaakop ini turut memberi pandangan dan pertimbangan apabila memilih untuk berhenti kerja.

Ada orang mungkin kerja dia teruk. 6 pagi keluar. Balik pulak 6 pagi esoknya.

Saya mudah je. Setiap orang pasti ada sebab atas pilihan dia. Dan setiap sebab itu mestilah ada matlamat jangka pendek. Dan juga jangka panjangnya.

IKLAN

Saya cuma kerja waktu pejabat. Anak-anak saya hantar sekolah yang pergi dan baliknya sama waktu dengan saya. Apa-apa yang kena buat hari minggu saya tolak masa anak kecil. Saya pastikan dia dah boleh faham dan dengar kata. Supaya saya boleh bawa dia bersama.

Beberapa kali saya daftar nak sambung itu. Nak sambung ini. Berjaya. Tapi terpaksa saya batalkan akhirnya. Memikirkan berapa lama je lagi anak memerlukan saya.
Betul sekali.

Isteri Sanggup Berhenti Kerja Bimbang Hilang Momen Bersama Anak, Pilihan Hidup Tidak Sia-Sia

Habiskan Masa Bersama Anak

Bila Kak Mia masuk asrama, rumah mula sunyi. Tiada lagi hiruk pikuk anak bergaduh lepas tu ketawa semula. Takda lagi kelam kabut bangun pagi. Kak Mia dah ada urusan dia sendiri.

IKLAN

Saya rindu Kak Mia. Setiap jam 11.30 malam mesti dia akan telefon. Macam-macam benda dia cerita. Dia seronok dengan dunia baru dia.

Tapi saya takda sesalkan apa-apa. Waktu dia perlu, saya ada. Saya habiskan semua masa dan kepentingan cuma untuk dia dan adik Maya.

Orang kata kena honeymoon sekali sekala.
Orang kata kena dating bila ada masa.
Orang kata kena tinggal anak untuk habis masa dengan suami saja.
Orang kata jangan lupakan diri sendiri hanya untuk anak semata-mata.

Pilihan.
Kepentingan.
Pandai-pandailah kita buat pertimbangan.

Ramai kawan saya yang bekerja jadi doktor dan engineer. Tapi berhenti untuk jadi suri rumah sepenuh masa.

IKLAN

Ada yang sebenarnya orang hebat kalau dia mahu. Tapi dia pilih yang sederhana. Kerja penting. Tapi keluarga paling utama.

Dan ada pula orang memilih untuk terbang tinggi ke mana juga dia suka. Bila ada waktunya peluang tiba.

Setiap pilihan dalam hidup mesti ada perkara yang perlu dikorbankan. Sentiasa.

Dan setiap yang kita korbankan biarlah berbaloi sehingga akhir usia. Yang tidak ada kesal. Tak akan jadi sia-sia.

Mingguan Wanita : Betul sangat. Pilihan masing-masing. Jangan siakan waktu bersama anak. Boleh saja bekerja untuk bantu pasangan tapi masa dengan anak kena ada dan jangan sesekali terlepas momen bersama anak.

Sumber: Siti Suryani Yaakop

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI