“Dari Kecil Sampai Sekarang, Layanan Abah Sama Seperti Anak sendiri,” Begitu tulus kasih sayang ayah saudara Abdul Aziz Ya’acob terhadap anak saudaranya yang yatim piatu,  Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi, 22, yang dilayan dan dianggap seperti anak sendiri sejak dari kecil.

Seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang rebah dalam perbarisan sempena Hari Penguat Kuasa menjelaskan, susuk tubuh tua yang mengangkat dan memeluknya di tengah-tengah padang kawad itu merupakan bapa saudaranya.

Anak Yatim Piatu

Namun, Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi berkata, bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob bekerja sebagai pemandu teksi dianggap sebagai bapa kandung.

“Abah, bapa saudara saya,” katanya

Jelasnya, dia merupakan anak yatim piatu dan dijaga oleh Abdul Aziz dan ibu saudara, Rosmawati Ismail, 53, yang dipanggil emak, sejak usia tiga bulan.

“Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga bulan manakala ayah pula meninggal sewaktu saya berumur tujuh tahun,” katanya.

Layanan Seperti Anak Sendiri

Menurutnya, meskipun berstatus anak saudara, layanan Abdul Aziz, 60, tidak pernah berbeza dengan enam anaknya yang lain.

“Dari kecil sampai sekarang, layanannya sama seperti anak sendiri,” katanya.

Keadaan Kurang Sihat

Menceritakan detik-detik ketika rebah semasa perbarisan itu, Nik Mohamad Adhar, 22, berkata, dia sebenarnya berada dalam keadaan kurang sihat.

IKLAN

“Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah.Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang,” katanya.

 

Nik Mohamad Adhar berasal dari Tumpat, Kelantan dan bertugas di Tawau Sabah itu berkata, dia mengalami demam sejak tiga hari lalu.

“Pagi tadi pun saya masih demam,” katanya yang merupakan anak bongsu kepada empat beradik.

Kasih Sayang Seorang Bapa

Momen abah Nik Mohamad Adhar yang mengangkat dan memeluknya itu di Maktab Penjara Kajang sempat dirakam jurugambar dan dimuat naik di Facebook oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

IKLAN

Menyifatkan gambar-gambar tersebut memaparkan kasih sayang seorang bapa yang tidak berbelah bahagi, Alexander berkata, beliau tidak mampu menahan air mata melihat apa yang berlaku di depan matanya.

“Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu.

“Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata,” katanya.

IKLAN
@zamanajmain Kasihnya Seorang Ayah #kpdnhep #tamatlatihan #fyp #fy #fypシ #fypシ゚viral #content #contentcreator #xybca #tiktok #tiktokmalaysia #cikgupenjara #henrygurney #youtube #zamanajmain ♬ Yasir Lana – arief akdw

Mesti Baca:Disangka Ayah, Rupanya Bapa Saudara, Jaga Anak Saudara Sejak Kematian Ibu Bapa

Baca Lagi Di Sini:‘Lari Sampai Tertanggal Selipar’, Kasih Ayah Jadi Benteng Tahan Anak Dari Rebah Masa Pembarisan

Artikel Menarik:Taraf Mak Saudara Lebih Tinggi Dari Mak Mentua, Hanya Dia Seorang Dunia Akhirat, Jagalah Hubungan!

Mingguan Wanita: Sebak melihat keikhlasan dan kasih sayang tanpa batasan daripada bapa saudara ini. Kasihnya tak berkurang seperti ayah sendiri.

Sumber: Sinar Harian

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita