Selalu orang cakap mak-mak atau isteri garang lebih daripada suami. Kalau sebelum berkahwin tak adalah nampak ciri-ciri itu. Tapi bila dah mempunyai anak, mahunya suara pun bertukar jadi tarzan. Orang yang dengar pun boleh kecut perut.
Sebenarnya, boleh dikatakan setiap mak-mak dan isteri boleh ‘bertukar’ selepas ada anak. Anak seorang bolehlah lembut lagi, tapi kalau anak dah berderet-deret dengan peel masing-masing, boleh jadi singa. Ini belum lagi dengan melayan karenah suami pula kan!
Walau bagaimanapun, isteri garang ini memang cekap dalam membuat kerja rumah. Memang tidak dinafikan. Garangnya hanya sekejap sahaja bila dia merasakan ada yang tidak kena pada pandangan matanya.
Lebih-lebih lagi, kalau anak suka bersepah-sepah. Baru saja kemas, tak sampai lima minit dah bersepah balik. Melihat anak-anak yang awalnya bukan main seronok bermain, lepas itu dengarlah salah seorang menangis.
Ini belum lagi mak-mak yang kepenatan uruskan rumah tangga, tak cukup tidur dan rehat. Semua perkara inilah yang membuatkan mak-mak dan isteri garang.
Dalam hal ini, suami kenalah pandai layan isteri garang. Tak susah pun. Ikuti tip-tip yang diberikan oleh Anie Alja dalam melayan isteri garang. Sesuai sangat buat panduan suami di luar sana.
1. Jangan trigger butang merah isteri. Suami kenalah tahu apa butangnya. Nak suruh isteri saja faham suami, sedangkan suami pun tak nak faham isteri.
Ads
2. Jangan bagi dia lapar dan mengantuk. Ini memang kepantangan orang garang. Nak-nak badan jenis cepat masuk angin, tangkap kepala.
3. Isteri garang ni, selalunya cekap buat kerja rumah dan masak, multitask. Jadi, anak berana janganlah buat rumah macam hotel tumpang. Bantu isteri tu.
4. Bila isteri letih, anak memekak, bergaduh tarik rambut, suami kena datang to the rescue. Tarik anak pergi mandi, salin baju, pakai bedak, sikat rambut belah tengah. Biar isteri habiskan masak di dapur. Isteri sejuk hati, lepas masak, anak-anak dah siap kemas dan wangi pakai pyjamas.
5. Jangan kacau isteri letih. Biar dia lena sekali lena sebelum nak minta macam-macam.
Ads
6. Bagi dia ‘me time’, lepas seharian urus anak dan suami. Jangan kacau kalau dia tengah tengok tv atau main hp.
7. Kongsi bonus, bagi elaun tiap bulan kalau mampu. Bini garang, dia tak gedik dengan lelaki lain, ustaz pun dia tak layan. Rewardlah loyalty tu.
Suami, jagalah isteri garang ini elok-elok, yang pastinya walaupun dia garang tapi dia akan jaga anak elok-elok dan bukan orang yang ‘gedik’.
MW: Rasanya apa yang dikatakan itu betul tentang isteri garang. Suami kena belajar dan ambil tahu ye!
Anak-anak paling liat nak suruh mandi. Sampai berbuih mulut mak ‘sekejap!’ ‘Nanti!’ Itulah jawapan yang keluar dari mulut anak. Mak pandang anak atas bawah.. berbulu je tengok. Jangan marah-marah, sebenarnya ada cara nak bagi anak seronok mandi tanpa di suruh.
1. Sabun Luar Biasa
Tak ada pun sabun luar biasa tapi mak boleh jadikan ia luar biasa dengan kuasa kata-kata. Beritahu pada anak, badan kita penuh dengan kuman. Setiap mak ada handphonekan?, Google gambar kuman. Tunjukkan dekat anak betapa ngerinya rupa kuman.
Beritahu, kalau tak mandi inilah kuman yang akan makan badan kita. Barulah masuk cerita sabun luar biasa. Sabun saja boleh bunuh kuman. Tapi kalau tak mandi macam mana kuman nak mati. Buat anak berfikir!
2. Alatan Mandi Comel
Anak-anak ini sifatnya suka yang comel, cantik, berwarna warni. Jadi belikanlah alatan yang mengikut kesukaannya. Bila anak-anak seronok, tanpa di suruh pun dia akan masuk bilik air.. mandi, sebabnya nak main dengan alatan kesukaannya itu.
3. Baju Khas Istimewa
Buat anak rasa masuk bilik air itu macam nak mandi di pool atau tepian pantai. Siapkan mereka dengan baju mandi yang istimewa. Jangan lupa ajar cara-cara mandi yang betul. Gosok badan berdaki, sabun seluruhnya, gosok gigi, bersyampu dan bilas sampai bersih. Lap badan guna tuala sampai kering. Pijak kaki dekat alas kaki, dah kering barulah bergerak.
Penting Mak Kena Buat..
Paling utama, masa anak mandi mak kena pantau. Jenguk selalu sebabnya dalam bilik air pun macam-macam bencana boleh berlaku. Buat juga langkah keselamatan supaya menghindar si kecil dari bahaya dalam bilik air. Misalnya letak alas pemijak bergetah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang ada benarnya isteri sebenarnya perlukan masa suaminya untuk bersama-sama, berbual mesra dan bercerita pelbagai perkara. Bukan hanya sekadar ‘jasad’ suami yang ada di depan mata, tapi buat hal sendiri, melayan handphone dan diam seribu bahasa. Pesanan buat suami, berilah ruang masa tersebut buat isteri agar isteri rasa dihargai dan diperlukan.
Saya ada banyak cerita tentang kisah romantik suami isteri. Tetapi hari ini saya ceritakan satu cerita tentang kasih isteri. Cerita ini masa lama dulu masa saya mula berkahwin. Masa tu saya di Johor dan isteri di Selangor. Saya kerja di Batu Pahat tetapi isteri jadi cikgu di Klang. Balik hujung minggu.
Satu hari macam biasa saya nak pergi kerja setelah bercuti sabtu ahad. Isteri saya cium tangan saya dan saya peluk dia. Tapi kali ini lama sikit dia peluk. Tiba-tiba saya rasa bahu saya basah dengan air mata. Saya tanya kenapa ?. ” Abang jaga diri baik-baik. Awin rindu kat abang bila abang tak ada “.
Adoi janganlah macam ni. ” Awin … abang kan pergi kerja. Cari duit. Ada rezeki kita tinggal sama. Awin pun jaga mak kat sini kan “. Awin anggukan kepalanya.
Saya fikir masa tu isteri saya rindu saya sebab saya jarang balik. Tapi saya salah. Masa kami sudah bersama tinggal di Muar. Keadaan begitu juga. Pernah sehari dia pujuk saya untuk tak pergi kerja. Masa tu saya ada meeting penting. Saya keluar juga tapi saya belikan sarapan dulu kat luar. Masa tu awin dah tak kerja jadi suri rumah sepenuh masa.
Tiba-tiba saya tersentak dan tersedar. Saya sibuk dengan hal saya sahaja. Saya balik rumah jam 10 malam dan kadang-kadang tak sempat nak balik kerana kerja saya tidur hotel.
Isteri Perlukan Masa Suami
Saya tak ruangkan masa untuk isteri saya sehingga walaupun tiap hari berjumpa dia rindukan saya. Isteri sebenarnya perlukan masa suaminya. Bersama, berbual dan bercerita.
Isteri sebenarnya perlukan masa suaminya. Bersama, berbual dan bercerita
Isteri ini macam anak-anak yang perlu dimanja. Isteri ini perlu suami dengar cerita-ceritanya sepanjang hari walaupun suami dah tahu dan ceritanya berulang-ulang.walaupun suami dah tahu dan ceritanya berulang-ulang. Isteri tak akan cakap dengan suami mereka mahukan itu semua. Mereka faham suami mencari rezeki untuk keluarga.
Sejak itu, saya suka keluar minum malam-malam dengan dia. Saya suka keluar sarapan dengan puan CEO. Cerita-cerita gosip. Isteri kita tak ada kawan. Kawan paling dia rapat dan dia percaya cuma kita. Lebih lagi bagi isteri yang jadi suri rumah.
Buat suami diluar sana. Berikanlah masa untuk isteri mu. Beri masa untuk mereka bercerita walaupun sudah bersama lebih 20 tahun dan sampai bila-bila.
#CeritaAyahRamaiAnak
#JiwangKarat
MW: Pesanan buat suami, rajin-rajinlah luangkan masa untuk isteri, dengar ceritanya dan layanlah dia berbual. Suamilah kawan yang paling rapat dengan isteri untuk berkongsi segalanya.
Setiap anak-anak memang ada ‘perangai’ masing-masing. Ada anak yang mudah diurus, ada pula yang sebaliknya. Jenis memberontak tak reti diam. Pengacara Yatt Hamzahmenggunakan pendekatan sabar dalam mendidik anak-anak. Terutama anak kedua nya, yang dimaklumkan ada ciri-ciri itu.
Yatt Hamzah yang lebih selesa membahasakan dirinya ‘Bonda’ di instagram dikurniakan tiga orang cahayamata, Suci Hanania Malika, Humaira Iqlima dan Suci Hayfaa Media. Ketika ini, Yatt sedang hamilkan anak keempatnya.
Menerusi instagramnya Yatt berkongsi tip keibu bapaan; bagaimana seharusnya mak ayah melayani anak-anak jenis memberontak ini. Pendekatan sabar itu lah kuncinya. Nak dapatkan sabar itu, mak ayah kena buat 5 tip yang Yatt kongsikan ini.
“Bonda faham sangat jika ada ibu bapa yang stress didik anak-anak yang XTRA AGRESIF, TAK RETI DIAM/HYPER & REBELLIOUS. Sebab anak Bonda yang no. 2 pun macam.
“Tapi SABARLAH, kerana SABAR je kuncinya.”
“YES, it’s THE ONLY KEY TO HANDLE AGGRESSIVE CHILD. Kalau kita guna kekerasan, macam siram petrol pada api. Makin teruk dan buruk bukan makin elok.
“Yang penting BERSYUKUR, Allah bagi anak, Anugerah yang tak ternilai ini. Bayangkan jika hidup kita tanpa mereka. Pasti jauh lebih buruk. Maka, bersyukur dan bersabar.”
5 Tip Yatt Hamzah ‘Handle’ Anak-anak Dengan Sabar
“Ni Bonda share beberapa tips untuk handle anak-anak Agresif dengan cara psikologi dan Islamik. Moga bermanfaat.”
1. Jangan Jerit Pada Anak
Kenapa perlu jerit bila boleh cakap baik-baik dengan anak? Buang masa dan sakitkan tekak je. Kajian menunjukkan anak-anak lebih taat bila ibu bapa bercakap dengan nada yang baik dan lembut.
Menjerit pada anak-anak hanya buat mereka rasa down, takde harga diri dan malu. Lebih-lebih lagi jika depan orang lain. Mereka akan lebih degil dan memberontak.
Lebih teruk, mereka akan ikut perbuatan kasar kita dan buat pada orang lain dan ahli keluarga. Boleh tinggikan sedikit tone suara menunjukkan ketegasan bila menegur. Tapi jangan sesekali menjerit dan menengking.
2. Jangan Pukul Anak Dari Lutut Ke Atas
Kawal diri sebagai ibu bapa. Elak pukul anak dari lutut ke atas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Jangan sesekali pukul badan, tangan, lebih-lebih lagi bahagian muka dan kepala.
Percayalah ini hanya beri kesan negatif pada anak, lebih teruk mereka akan jadi trauma kerana dipukul bila buat silap. Rapatlah dengan anak. Nasihat dulu, baru pukul (jika perlu).
3. Jangan Guna Tangan/Kaki Untuk Pukul Anak
Walaupun kita mungkin pernah alami perkara ni, jangan sesekali menampar anak dengan tangan. Ia akan jadi lebih buruk.
Anak akan lebih nakal dan degil. Worse, ada ibu bapa guna kaki untuk tendang anak-anak. Ini bukan mengajar tapi mendera dan sangat ditentang ISLAM.
4. Jangan Mengeluh Depan Anak
Jangan mengeluh dalam membesar dan mendidik anak-anak. Keluhan adalah racun yang rosakkan hubungan ibu bapa dan Anak. Keluhan akan buat anak-anak rasa diri mereka beban.
5. Jangan Tipu Anak
Na’udzubillah. Ibubapa kena bijak explain pada anak-anak tentang sesuatu agar mereka faham. Bagitahu kebenaran dan mengelak dengan bijak jika kebenaran itu akan memudaratkan mereka.
MW : Dapatkan tipnya mak ayah, masih sempat untuk kita perbaiki mana yang kurang dalam mendidik anak-anak ya mak ayah.
Misteri kehilangan seorang wanita Tabuan Jaya akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam kereta di parkir pusat beli-belah. Polis sahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.