Ramai orang beranggapan dan pandang rendah pada seorang surirumah. Kononnya, kerjanya cukup senang dan mudah. Tak perlu nak memikirkan kerja-kerja di pejabat hinggakan orang cakap mampu ‘goyang kaki’ di rumah. Ini belum termasuk orang cakap surirumah hanya mengharapkan gaji suami semata-mata.

Jangan pandang rendah pada surirumah. Kita tak tahu jalan kehidupan masing-masing. Malah, jangan kata surirumah ini tidak pendidikan tinggi. Salah semata-mata. Ini belum lagi pandangan mentua pada menantu yang merasakan ia mengharapkan pada anaknya semata-mata.

Sekarang ini kita tengok ramai surirumah yang berpendidikan tinggi. Bukan tidak mahu bekerja tetapi ada sebab tertentu. Paling penting, isteri berkorban untuk menjaga anak dan keluarga. Hargailah pengorbanannya.

Bagi mentua yang tidak faham, tentulah ia merasakan tidak adil buat anaknya. Lagi teruk bila mentua tidak suka, macam-macam cara yang dilakukan kerana benci dengan menantu yang hanya seorang surirumah.

Perkongsian ini boleh membuka mata pembaca dan jika ada peluang boleh memberi jalan penyelesaian yang patut dilakukan oleh surirumah ini. Luahan yang mungkin sudah tidak tertanggung lagi. Sekadar pandangan dan perkongsian untuk kita manfaatkan bersama.

Baca Artikl Menarik Lain Di Sini: Usah Banding SURIRUMAH Dengan ISTERI BEKERJA Sebab Cerita Hidupnya Tak Sama

Berbanggalah JADI Surirumah, Ramai Wanita Mahu DUDUK Di Rumah Besarkan Anak Sendiri

Info Lebih Menarik DI SINI

Pandang Rendah Kerana Tidak Bekerja

Saya cuma nak luahkan “KESAKITAN” hati yang saya alami sekarang. Sebelum PKP, mentua ada datang ke rumah kami sekeluargam tidaklah lama. Cuma apa yang saya boleh katakan, semasa mentua datang, dia memandang sekeliling rumah, meninjau keadaanrumah, bilik, tandas dan dapur. Seperti ada yang tidak puas hati.

IKLAN

Saya tidak kisah apa yang di perhatikan keadaan rumah satu. Sebab boleh dikatakan saya jenis pembersih, walaupun rumah sewa tidaklah sebesar mana pun. Tapi, saya sentiasa menjaga kebersihan rumah dan bagi kemas. Walaupun saya ada anak kecil, segala mainan akan tersusun cantik.

Bawang Jadi Punca

Kebetulan, masa kehadiran mentua, anaks ulung saya mengalami cirit birit dan sakit perut. Adalah point untuk mentua saya. Dia membebel sampai ras nak pecak telinga. Paling sedih dia mengatakan saya menantu tak guna, tak masak betul-betul sehinga anak cirit birit.

Ada satu perkara lagi, bila mentua saya melihat bawang yang sudah mula tumbuh daun, dia terus membebel dan mengatakan bukan-bukan. Katanya, saya malas memasak sampaikan bawang sudah keluar daunnya.

Sedangkan saya membeli bawang dalam guni yang kecil dan memang kita tak perasan akan ada sebiji dua yang tumbuh daun. Mentua turut kata saya malas masak dan kerap beli makanan di luar.

Belajar Memasak Masa Kecil

Boleh dikatakan sejak kecil iaitu pada usia 10 tahun, emak saya sudah ajar saya mask nasi, basuh baju sendiri, menyapu, mengemas dan jaga adik-adik. Semua perkara saya boleh uruskan sendri sejak dari sekolah rendah lagi.

IKLAN

Bila saya berhenti kerja, ada saja mentua mencari kesalahan saya.

Perkara yang kecil diperbesarkan terutamanya isu bawang itu kecoh pada semua anak menantunya yang lain. Dia jadikan bahan untuk menceritakan pada anak menantunya. Dek kerana ini, ipar saya turut perli tentang bawang ada daun.

Kalau ikutkan hati saya mahu saja saya bandingkan diri saya dengan anaknya (Suami saya) Boelh dikatakan saya dan suami ibarat langit dan bumi. Tapi apakan daya, saya sebagai isteri kena tutup aib suami. Malah, mentua sendiri tahu macam mana perangai anaknya.

Memang banyak cerita yang nak diberitahu tentang hal ini. Tapi saya banyak pendamkan sejak bergelar surirumah. Terlalu makan hati dengan keluarga sebelah suami. Orang yang jadi surirumah ini, tak ada rehat, cuti mahupun OT dan MC.

Semua perkara diperbesarkan. Anak demam dikatakan tak reti jaga anak, duduk kat rumah hanya goyang kaki, tidur dan tak kerja pun malas masak. Kiranya semua i buruk pada diri saya.

IKLAN

Sibuk Hal Menantu

Mentua saya ini cukup suka menyibuk tentnag menantunya, dicanang san sini. Tak pernah fikirkan hati dan perasaan saya dan mak ayah saya. Semua berkaitan anaknya betul. Sedangkan semasa saya kerja dahulu, gaji saya dan pelajaran saya lebih tinggi daripada suami.

Saya berhenti sebab anak sanggup berkorban demi anak. Apa yang saya harapkan bila saya dah tua, tidak akan melayan menantu saya seteruk ini.

MW: Rezeki seorang surirumah tak sama. Masing-masing ada jalan ceritanya. Apa yang lebih penting adalah niat. Berdoalah semoga suatu hari nanti perkara, mentua akan tahu pengorbanan kita demi anak dan keluarga.

Artikel ini telah mendapat persetujuan daripada penulis

Sumber: Eila Shim

Artikel ini telah mendapat persetujuan daripada penulis untuk diterbitkan.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita