Bila anak seorang, ragamnya lain. Bagaimana pula dengan mak-mak yang mempunyai anak ramai. Mahu, macam-macam peel dan berbalah itu normal bagi mereka. Kadang-kadang, boleh naik pening mak-mak dengan perangai mereka.

Memang berbalah itu normal bagi adik beradik. Mesti ada yang tidak puas hati, berebut benda yang sama dan tak kurang juga yang bergaduh mulut, lepas tu mulalah ada yang kena ‘gusti’. Apa lagi, adalah suara yang menangis.

Biasanya, kalau anak menangis itu, kira dah tahap sakit. Bila macam ni, mak-mak mulalah tak ada kompromi, akan dengarlah ‘jeritan’ suara mak-mak.

Perkongsian daripada Dr Rozanizam Zakaria boleh memberi panduan buat mak ayah di luar sana dalam menangani masalah ‘perang saudara’. Paling penting, mak ayah tak perlu jadi pengadil tapi cubalah alihkan perhatian atau pun tidak membandingkan dengan anak orang lain.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adab Jemur ‘Anak Baju’, Sidailah Tempat Tertutup, Bukan Dilihat Jiran Atau Orang Luar

Berilah PILIHAN Menyenangkan Hati Anak Bukan Paksa, Barulah Mak Ayah Pun Tak Beremosi

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Berbalah Itu Normal, Semua Anak Orang Pun Sama

TIP ELAK PERANG SAUDARA:

Atasi anak berebut dan bergaduh adik beradik.

Bergaduh adik beradik itu sebahagian plot normal dalam cerita mana-mana keluarga.

IKLAN

Tapi bagaimana nak ubat plot ini menjadi peluang bina EQ anak-anak dan tidak menjadi memori pahit yang membekas dalam diri mereka?

Jalan mudah – ibu bapa jadi pengadil, siapa salah akan kena atau dua-dua akan kena. Jalan ini mungkin yang paling cepat, tapi masalahnya anak-anak tidak belajar apa-apa darinya. Buktinya – sejam lagi dia buat pula.

Jalan susah sikit – tapi therapeuthic. Kita modify behaviour guna acknowledgement of emotion dan consequences. Sekali sekala kena cuba jalan susah, kalau kesannya lebih kekal.

Tip elak anak berebut atau berbalah (tanpa perlu jadi pengadil)

IKLAN
1. Jika pergaduhan itu mengenai perkara remeh – abaikan. (teknik ini nak latih anak yang kena supaya ada threshold mengadu lebih tinggi, serta discourage anak yang buat supaya tak dapat perhatian)
2. Jika ia lebih serius seperti berebut mainan sehingga menganggu permainan atau melarat menjadi perbalahan – mulakan dengan acknowledge perasaan marah kedua-dua anak (“Mama tengok kakak dengan adik betul-betul marah”).
3. Bila mereka mengadu, dengan dengan hormat (be respectful – dengar, tengok mata mereka dan pegang jika perlu).
4. Tunjukkan pada mereka anda faham dan situasi itu sukar bagi mereka – (“kakak nak lego yang ni buat rumah Barbie, adik nak buat kereta…tapi lego ni ada satu sahaja tinggal. Patutlah kakak dan adik berebut, sebab tinggal satu aje).
5. Tunjukkan yang anda percaya mereka boleh selesaikan – (“Mama tahu dua-dua nak benda yang sama, tapi benda ada satu sahaja, cuba kakak dengan adik fikir, macam mana nak kongsi supaya dua-dua tak bergaduh. Mama tahu kakak dengan adik mesti boleh selesaikan..dah besar kan? Dua-dua anak soleh Mama”)
6. Tinggalkan.
Teknik ini mungkin tak selesaikan perbalahan mereka. Tapi ia akan elakkan perbalahan jadi lebih teruk. Jika kita konsisten dengan teknik ini, mereka akan mula belajar kaitkan bergaduh dan berebut dengan emosi yang negatif (marah, bergaduh) kerana kita acknowledge dan mereka juga jadi lebih berdikari dalam menguruskan emosi. Jika pergaduhan jadi berpanjangan aau melarat menjadi fizikal, sambung dengan teknik ini:
7. Nyatakan dengan jelas apa yang anda nampak dan tidak suka (“nampaknya kakak dengan adik tak nak beralah dan kongsi permainan sama-sama, sekarang dah jadi gaduh..”)
8. Tarik reward bermain (time-off) dan asingkan – (“sekarang, dua-dua tak boleh main untuk sepuluh minit. Kakak pergi bilik kakak, adik pergi main bilik adik. Bila dua-dua dah tenang, baru boleh main semula”).
9. Apa yang paling penting – konsisten. Tak kisah. Hebat mana teknik, kalau kita give in here and there. mereka akan dengan cepat tahu trick nak tewaskan peraturan kita.

 

Perkara Yang Ibubapa Perlu Elakkan Apabila Anak-Anak Berebut

1. Jangan label – “kakak dengan adik ni asyik bergaduh aje”
2. Jangan bandingkan – “kenapa kamu berdua tak boleh jadi macam anak auntie X”. Semua adik beradik bergaduh dalam dunia ni, termasuk auntie X, Y dan Z
3. Terima apa cakap mereka. Jangan tunjukkan anda berpihak atau tidak mempercayai salah seorang
4. Biarkan mereka marah – marah ialah emosi manusia, jangan halang, tapi tunjukkan mereka cara betul nak tunjuk marah.
5. Beri perhatian bila mereka main dengan baik tanpa bergaduh – puji dan reward jika perlu.
6. Alihkan tumpuan dengan buat lawak, kisah lucu dan perkara yang buat mereka ketawa.
7. Jika mereka berkelakuan ganas/fizikal. Beri hukuman sewajarnya secara konsisten. Jelaskan yang ia tidak boleh diterima dan setiap kelakuan fizikal akan dapat akibat (tidak semestinya fizikal, contohnya ignore, time off, tarik reward ice cream atau tidak bawa ke playground)

 

MW: Selalunya mak-mak ada yang siap-siap bagi ‘warning’, ‘asyik gelak saja, mesti ada yang nak menangis nanti ni’. Biasanya, apa yang mak cakap itu, akan jadi betullah. Macam mana tu?

Sumber: Dr. Rozanizam Zakaria

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita