Lelaki Ini Kongsi Cara Simpan Duit Kahwin, Guna Aplikasi WhatsApp

Lelaki ini, Zakwan Mohtadza berkongsi cara menyimpan duit kahwin dengan menggunakan aplikasi whatsApp saja. Untungnya tabungan yang disimpan bersama bakal isteri ini, bukan sekadar digunakan untuk majlis kahwin.

Malah, tabungan boleh diteruskan sehingga selesai majlis perkahwinan. Dan digunakan untuk tujuan meneruskan kehidupan suami isteri yang baru membina masjid. Okay, hadamkan tipnya.

Buat anda yang berniat nak merancang untuk berkahwin
Ini saya kongsi tips menabung GUNA WHATSAPP JE.
Kebelakangan ni bertambah-tambah pulak kenalan yang bertanya, nak mohon tips simpan duit kahwin

Ni saya nak kongsi
Mungkin sebab bulan Februari kot, bulan cinta orang katakan.
(tapi selogiknya saya rasa sebab semakin ramai sebaya saya yang dah mula masuk bab karier dan mula serius dalam masa depan, tahniah dan good luck!)
Sejujurnya, rasa belum layak nak bagi apa-apa tips lagi-lagi berkaitan kahwin ni.
Tetapi disebabkan ini merupakan perkara yang berkaitan kebaikan (pengurusan wang, perancangan masa depan) dan nak memudahkan niat kenalan yang baik-baik, saya kongsikan jugak

Tips Menabung Duit Kahwin Guna WhatsApp Je

Lelaki Ini Kongsi Cara Simpan Duit Kahwin, Guna Aplikasi WhatsApp

Langkahnya mudah saja

1. Buat group WhatsApp dengan calon pasangan masing-masing! Namakan sebagai tabung kahwin ke apa ke. Ada member saya cakap, kalau single lagi macammana?

IKLAN

Kau add aku je lah, kesian pulak kalau group tu sorang2 en. Tapi tak bermaksud tak perlu menabung untuk kahwin! Nanti dah ada calon, terus jalannn! Hihihi. Add dia terus dalam group tu, kau kick aku

Biar dia terkejut tengok simpanan dah boleh terus buat majlis.

2. Dalam group tu set, bila masa, ikut kesesuaian bila menerima gaji/elaun/income/komisyen atau apa-apa. Macam saya dan pasangan saya, kami set setiap hujung bulan. Dan set awal-awal sorang kena contribute berapa! Dan set target, dalam setahun, contohnya nak kumpul RM sekian-sekian! Sebab tu kalau perasan, dalam group ini, kami akan inform masing-masing setiap hujung bulan berapa kami dah letak ke tepi untuk tujuan ini.

3. Dari sini kau akan tengok lah perangai calon masing-masing, boleh ke nak commit bab kewangan ke tak. Walaupun sememangnya, bab kewangan merupakan tanggungjawab lelaki dalam institusi kekeluargaan kita, tapi alhamdullillah isteri saya jawab Siti Nur Izzaty, walaupun tanggungjawab ini atas saya, tanggungjawab dia jugak untuk memudahkan & membantu saya. Terima kasih.

Dan semasa buat tabung ini, kami berdua dah set awal-awal, bukan semua hasil tabungan ini untuk majlis sahaja nanti, akan ada bahagiannya yang akan masuk simpanan kecemasan keluarga kami apabila dah tamat majlis kelak. Yelah, majlis buat sehari, nak kahwin nya sampai mati nanti! Jadi kena ingat jugak yang ni.

IKLAN

Jujur Buat Simpanan

4. Yang penting kena jujur, jangan ada tulis dan report dah simpan dalam group ini, tapi sebenarnya tak simpan pun.

Kami berdua dulu, siap buat joint account (bank akaun yang ada dua penama) hahahaha, dua-dua boleh akses akaun ini dan tengok siapa mengelat nak menabung.

Di sini (UK) mudah nak buat joint account ini, buat online saja dah setel. Tapi buat kenalan saya di Malaysia, kalau taknak terbelanja duit simpanan tersebut, simpanlah di bank akaun personal khas ke, ASB ke, tabung haji ke, emas ke.

5. Percayalah, bila dah cukup, korang akan rasa tak percaya. Walaupun mungkin masa tersebut plan nak kahwin masih lama.

IKLAN

Tapi at least bab kewangan dah setel kan? Alhamdullillah, untuk saya dan isteri saya, dalam bulan 6 macamtu (dalam WhatsApp kami dah start planning berapa nak guna untuk majlis dah), kami tengok dari bab kewangan, Insyaallah boleh jalan, family pun percaya dengan kemampuan kami, alhamdullillah dan terima kasih semua, dan akhirnya selamat disatukan pada bulan 8 tahun lepas.

Moga bila target kewangan untuk berkahwin dah cukup, urusan anda dimudahkan, Insyaallah.

Perancangan nak kahwin kena mula seawal mungkin tau, lagi-lagi yang dah ada calon tu.

Wanita ini kongsi sebelum beria nak beli emas kena ada tabungan tunai dulu.

MW : Haa.. rasanya kalau suami isteri target nak beli barang idaman pun boleh praktikkan cara ini. Lebih mudah lagi.

Sumber/Foto : Zakwan Mohtadza

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI