Ini merupakan kali pertama wanita ini merakam video, malahan suara misteri dan meraung di tanah perkuburan bukanlah disunting kerana dia sendiri tidak tahu caranya. Malahan menurut Siti Natrah Ismail video ini dirakam tanpa sengaja.
“Video saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet,” kata ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail.
Siti Natrah, 30, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik di Facebook (Fb) miliknya, dua hari lalu.
Dalam Video Kedengaran Suara Misteri
Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong ketika Siti Natrah berseorangan duduk di atas jengkaut di kawasan tanah perkuburan berkenaan sehingga mendapat perhatian warganet.
Bercerita lanjut, Siti Natrah berkata, video berkenaan dirakam kelmarin, sekitar 3.45 petang ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.
“Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ.
“Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu.
“Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati,” katanya lagi.
Ketika Rakam Tak Dengar Suara
Menurut Siti Natrah, pada waktu itu, angin bertiup kuat. Dia tidak mendengar dan menyedari adanya suara berkenaan sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkuburan.
Ads
Katanya, video itu mulanya dimuat naik pada ruangan status di aplikasi WhatsApp.
“Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.
“Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.
“Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadika.
Menurut Siti Natrah, video dimuat naik itu adalah yang asal tidak disunting dengan niat untuk meraih tontonan
Ads
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ,” katanya.
Siti Natrah berkata, terpulang kepada penilaian warganet untuk percaya dengan apa didengari mereka atau sebaliknya.
Cuma, dia berharap mereka yang menonton dapat mengambil iktibar daripada perkongsiannya itu.
“Saya tidak pernah merakam video di kawasan tanah perkuburan sebelum ini kerana ayah melarang berbuat demikian kerana mahu tempat itu dihormati.
“Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian,” katanya.
MW: Semoga kejadian ini memberi peringatan buat kita semua bahawa kematian itu pasti dan seksa di alam kubur juga benar. Sesungguhnya apa yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri apatah lagi buat yang masih hidup.
Pelakon wanita yang juga seorang pencinta kucing, Rita Rudaini sebelum ini pernah kehilangan kucing kesayangan. Malah dia sanggup mencari kucing tersebut walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Camilla kucing kesayang Rita dan anak-anak.
Malah dia yang sanggup berhabis wang demi keselamatan kucing-kucing kesayangannya sekali lagi berhadapan dengan masalah kehilangan kucing.
“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah”
Rita menerusi perkongsian di akaun Instagramnya semalam, bersyukur apabila haiwan peliharaannya yang bernama Camilla dijumpai dengan selamat. Malah Camilla yang sudah dianggap seperti ‘anak’ dijumpai di dalam semak di kawasan perumahan pelakon itu dalam keadaan mengigil ketakutan.
“Alhamdulillahhhh…syukur YA ALLAH…dgn doa semua,terima kasih ..guard jumpa kt dlm semak kt row depan tgh gigil takut…terima kasih tuhan sbb temukan balik ank sy dgn sy …” luah Rita.
“Mommy Sedih Sangat”
Beberapa jam sebelum itu Rita telah memuat naik entri di Instagram tentang kehilangan Camilla. Ketika itu, ibu kepada dua cahaya mat aini begitu risau dan sedih apabila Camilla tiba-tiba hilang.
“Dah maghrib..Camilla xjumpa2 lg …mommy susah hati…kul 10lebih mcm tu pg td sedar dia dah hilang…dia selalu suka lompat balcony nk tgk luar..klau lompat dia akan lari nk masuk balik atau klau ada bunyi atau stranger dia nyorok kt semak tepi umah…bila mommy sedar kurang sekor,mommy dah agak mesti dia lompat ni..n jenguk luar nk buka pintu slalu dia tggu kita bukak sbb nk masuk balik…tp xde..mommy pggil xdtg2..mommy g tgk kt semak pokok2 tempat biasa dia sorok,pon xde…cari sampai tghari…ptg cari lg smpai nk masuk maghrib..xde ….mommy susah hati …mommy sedih sgt2 xtau nk ckp…
“YA ALLAH selamatkan dia..pulangkan Camilla pd kami semua mesti xmkn…dia mmg sejenis housecat yg penakut dgn bunyi dan org xkenal…xpernah kluar umah n pijak tanah…mcm mana la dia nk tido mlm ni..selalu dia tido dgn kami ….” kongsinya.
Syukur alhamdulillah kucing kesayangan Rita dan anak-anak akhirnya ditemui.
Anak Rita juga begitu manja dengan Camilla.
Kucing adalah haiwan peliharaan paling popular di kalangan pencinta haiwan. Tidak hairanlah, ia sentiasa mendapat tempat di hati manusia yang tebal sifat kasih-sayangnya.
Kebanyakan orang, tidak kira wanita atau lelaki memilih kucing sebagai binatang peliharaan di rumah kerana sifatnya yang manja, mudah dijaga dan sangat memahami jiwa tuannya.
Malah sifatnya yang manja dan penuh kasih-sayang membentuk diri tuannya untuk sentiasa berasa belas ikhsan dan menyantuninya dengan adab yang baik.
Bagi pencinta binatang, apa sahaja sanggup dilakukan demi haiwan kesayangan. Termasuklah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membela binatang-binatang ini.
Upah Jaga Buaya
Pelakon dan pelawak Indonesia, Denny Cagur bersedia membelanjakan 5 juta rupiah (RM1,429.72) sebagai upah menjaga buaya peliharaannya namun tiada siapa yang sanggup mengendalikan reptilia itu, lapor portal berita Tempo, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu turut memelihara 30 ekor kura-kura, lapan kucing, tujuh ular, ikan dan burung di samping mempunyai empat pekerja untuk menguruskan haiwan kesayangannya.
“Saya ada haiwan peliharaan baharu. Kalau ada mahu menjaganya, saya akan beri gaji istimewa tambahan daripada gaji bulanan yang biasa diberikan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik isterinya di laman YouTube.
Tambahan Gaji
Pekerja yang pada mulanya teruja mendengar tambahan gaji berjumlah 5 juta rupiah itu menjerit ketakutan sehingga ada yang melompat ke atas sofa apabila Denny mengeluarkan buaya tembaga itu daripada kurungan.
Mereka turut memberi pelbagai alasan untuk tidak ditugaskan menjaga haiwan itu.
Bagaimanapun, selepas dileteri isterinya yang bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, Denny memberitahu, dia tidak mahu memelihara haiwan itu dan hanya menyewanya untuk mengusik pekerja.
Beberapa gambar yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan buaya tembaga berusia lapan tahun itu hampir mencapai ketinggian Denny namun dia kelihatan tidak kekok mendukung dan membelai haiwan itu biarpun baru pertama kali memegangnya.
MW: Aduhai macam-macam ragam. Kalau dah sayang tu, memang sanggup keluarkan belanja besar. Namun walaupun sukakan haiwan eksotik dan bela di rumah pastikan lebih berhati-hati dengan keselamatan diri iya.
Hilang orang yang tersayang, Nora Ariffin kongsi tentang ziarah kubur. Kehilangan seseorang untuk selamanya memang sangat menyedihkan. Bukannya sesuatu yang mudah untuk melupakan malah antara cara untuk mengatasi adalah dengan menziarahi pusara.
Hilang Orang Yang Tersayang, Nora Ariffin Kongsi Ziarah Kubur Satu Terapi
Seperti mana yang dikongsikan penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin yang telah kehilangan arwah suami dan anak tersayang, beliau menyatakan pengalaman yang dilalui dan turut berkongsi kisah dari insa yang senasib dengan dirinya.
Menurut Nora, apabila kehilangan orang yang tersayang perkara yang sering dilakukan adalah berdoa, sedekah tahlil, bacaan surah Yasin dan menziarahi kubur.
Ziarah Kubur Setiap Hari
“Hari ni saya nak share pengalaman yang dilalui dan berdasarkan perkongsian dari orang yang senasib dengan saya.
“Ziarah kubur tiap-tiap hari…..bercakap….. mengadu…..bercerita tentang cerita-cerita…..menangis kepada arwah…..adalah perkara biasa.
“Bukan pelik atau dianggap ‘psycho’ , depress atau murung.
“Its a one way communication tapi itu adalah satu ‘terapi’ yang sangat melegakan pasangan.
“Bukan berdosa dan salah pun, asalkan jaga batas-batas tertentu.
“Pendek kata, yang tak rasa, tak akan tahu dan faham.
“Maka jangan mengata pada orang lain. Lebih baik kita beri kata-kata baik dan sokongan.
“Pesan dan nasihat saya pada semua. Tiada apa pun yang kekal kat dunia ni.
“Apa yang kita ada adalah ‘pinjaman’ sahaja. Jangan sombong,” nasihat Nora yang begitu bermakna.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...