Sebaknya catatan Ustaz MK Azman untuk bidadarinya, Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas sebaik selesai urusan pengebumian jenazah isterinya petang semalam di Tanah Perkuburan Puncak Alam.
Beliau bersyukur kerana kubur arwah isteri kelihatan indah dan liang lahadnya cantik. Hal yang sama diakui oleh penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah yang memaklumkan itulah kubur paling cantik yang pernah mereka lihat di tanah perkuburan itu. Rupa-rupanya, pemiliknya adalah Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas.
Perjalanan Terakhir Seorang Bidadari
Kongsi Ustaz MK Azman, “Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah.
“Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.”
“Sayang.. Abang imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum,
Ads
tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.”
Allah Hadiahkan Kubur Indah, Liang Lahad Yang Cantik
“Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut, “cantik sungguh liang lahad ini.”
“Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.”
Ads
“Sayang.. damailah engkau di sana, abang redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat.
InsyaAllah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.”
“Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.”
Jom kita sama-sama baca doa ini : اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Ads
Arwah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan dimaklumkan suaminya kerana sesak nafas. Jenazah ditahan di hospital untuk ujian Covid-19 dan Ustaz MK Azman memaklumkan selepas dilakukan dua kali ujian, keputusan mengesahkan arwah isterinya negatif Covid-19.
MW :Al Fatihah.. salam takziah buat Ustaz MK Azman dan keluarga. Semoga roh Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas ditempatkan di taman-taman syurga dalam kalangan orang-orang beriman.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang Covid-19 disambung lagi sehingga 28 April ini. Bermakna umat Islam juga sedang bersiap-siap menyambut kedatangan Ramadan. Persediaan itu, mulakan dari sekarang. Bukan saja untuk persiapan bahan mentah, tapi amalan bekalan rohani yang mungkin lama diabaikan.
Perintah duduk rumah ini, seakan satu ingatan dari tuhan agar kita mantapkan kembali amalan ibadah yang sekian lama kita alpa untuk lakukan. Ambil peluang yang ada untuk digunakan masa itu dengan sebaiknya, semoga kita dalam kalangan manusia yang bersyukur dan terpilih menjadi golongan kanan.
Bekas pesakit Covid-19, Yazid Mohammad (antara kes pesakit awal yang dijangkiti Covid-19) berkongsi kisah. Pengalaman diwadkan dan ada checklist amalan harian yang dipraktikkan semasa di hospital. Malah, berguna untuk dipraktikkan sepanjang PKP ini.
Ramai rakan-rakan minta saya berkongsi pengalaman sebagai pesakit positive Covid-19. Terlalu banyak pengajaran, pengalaman, perasaan yang saya sendiri tidak pasti macam mana nak saya berkongsi. Ada pengalaman yang pada saya boleh saya berkongsi kepada umum, ada juga pengalaman yang terlalu menyentuh perasaan.
Perasaan ini sukar untuk saya ungkapkan dan saya berkongsi dan setiap kali bila perasaan ini hadir, dada saya merasa sesak, jiwa jadi sebak dan air mata laju je mengalir. Saya merasakan perasaan ini terlalu ekslusif dan istimewa antara seorang hamba dengan Rabnya dan doa saya agar hubungan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Saya juga risau perkongsian ini boleh menimbulkan rasa ujub dan riak bila dapat banyak like, saya tak nak apa yang saya miliki ini menjadi debu-debu berterbangan. Saya cuma ingin menjadi HambaNYA yang memberi manfaat kepada orang lain.
Nabi SAW bersabda “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia (HR. Ahmad,ath-Thabrani ,ad-Daruqutni dihasankan oleh al-Albani)
Saya coretkan sedikit pengalaman yang saya mampu berkongsi sebagai pesakit dan bagaimana saya melalui 14 hari diquarantine.
Abaikan jika ada nahu bahasa yang tidak tepat, silap ejaan, bahasa rojak…sebab saya tulis apa yang saya nak sampaikan yang keluar dari hati nurani saya.
Sebelum itu memang ada rasa sakit-sakit badan dan tidak selesa dan pening-pening. Simptom ini pernah saya lalui semasa saya diserang denggi. Saya ambil Panadol dan rasa ok. Pada 2hb March, bila saya dimaklumkan ada rakan sepejabat prositif Covid, saya mula risau dan terus pergi ke klinik swasta dan Dr kata tidak ada demam dan tidak ada simptom Covid.
Walau bagaimanapun, saya mohon Dr membuat surat rujukan untuk saya buat saringan di HKL. Sampai di HKL, petugas yang membuat saringan maklumkan tidak demam dan tidak ada simptom dan membenarkan saya balik tanpa membuat Swab Test.
Pada 3hb saya dimaklumkan ada rakan sepejabat yang memang ada direct contact dengan saya positive Covid dan saya terus ke HKL sekali lagi dan mohon untuk dibuat saringan dan Swab Test. Selepas Swab Test saya diberi surat untuk “Home Quarantine” selama 14 hari. Jika positive perlu ke hospital dan jika negative kena habiskan tempoh quarantine di rumah.
Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 24 jam ke 48 jam. Debaran menunggu keputusan hanya Allah sahaja yang mengetahui. Bangun malam tahajud, berdoa memohon agar keputusan negative. Selepas tempoh 24 jam, tiada panggilan, selepas 36 jam tiada panggilan…harapan cerah…tiba-tiba jam 5 petang ada call masuk no tidak dikenali 03.
Berdegup jantung, ketar lutut, sehinggakan saya membiarkan no berdering, kalau boleh tak nak angkat… Akhirnya angkat juga dan memang betul panggilan dari Pejabat Kesihatan Daerah, “En Positive, kami telah uruskan Ambulance untuk ambil Encik dan sila bersiap.”
Luluh hati, tapi saya perlu tunjukan kekuatan agar ahli keluarga yang lain tidak bersedih. Masa ni sudah terasa adakah ini akan jadi asbab kepada pengakhiran hidup saya… Bila ambulan call saya bagitahu jangan ambil di rumah, tunggu di pondok pengawal untuk mengelakkan kekhuatiran di kalangan jiran-jiran. Selain sedikit pakaian, peralatan penting yang saya masukan dalam beg adalah laptop dan ipad.
Saya dimaklumkan tempoh quarantine 14 hari dan boleh berlanjutan sampai 21 hari bergantung kepada keupayaan antibodi kita melawan virus covid ini. Untuk makluman sepanjang tempoh quarantine tiada ubat khusus untuk menghapuskan virus Covid.
Kalau suhu badan kita naik sampai 38C, perlu makan ubat demam, kalau ada batuk perlu makan ubat batuk dan ubat kumur. Yang penting jangan ada simptom kesukaran bernafas. Kalau tidak demam dan batuk atau semua OK, kira duduk, makan tidur je la.
Walau bagaimanapun bila kita positive, virus Covid telah bermastautin dalam badan kita dan dia sedang berlawan dengan antibodi kita. Perlawanan sengit ini berlanjutan boleh sampai ke 14 hari dan mungkin ada yang antibodi kuat boleh menewaskan virus covid kurang dari 14 hari.
Setiap 2 hari Dr akan datang untuk mengambil sampel dari tekak/kerongkong (Swab Test). Paling stress nak tunggu result. Kena dapat 2 kali negative berturut-turut baru boleh discharge dan bebas. Kalau yang pertama negative tapi kali ke dua positive kira fail.
Paling suspen bila Dr datang pada setiap pagi, kami akan merenung wajah Dr yang berbungkus dengan satu harapan membawa khabar gembira. Jawapan yang diterima, result pending dan kalau ada pun positive.
Nak dapat jawapan negative tu memang “mental Torture”. Sepanjang 14 hari saya di quarantine sebanyak 6 kali Swab Test dibuat , sampai Swab Test ke 5 baru Negative.
Rasa macam nak peluk Dr tapi fikirkan berbungkus dengan virus Covid, tak pasal la. Dr kata tunggu result ke 6, kalau negative boleh discharge, kalau positive kena ulang semula. Torture betul….
Akhirnya pada hari ke 14, jam 5.30 petang, Nurse masuk, “En Yazid dah boleh discharge, cepat sikit berkemas, dah siap pergi ke kaunter, ada pesakit lain nak masuk”. Selamba je dia bagi tahu result. Nurse pun dah tak excited nak bagitahu berita gembira, dia pun dah letih, patient dah makin banyak, sedangkan kita punyalah excited dapat berita tu.
Masa tu rasa macam keluar dari penjara, dapat jejak kaki di atas jalan raya macam nak sujud syukur.
Saya dimaklumkan tak lama selepas saya keluar, pesakit yang mengamil alih tempat saya adalah dari kluster Jemaah Tabligh dan keadaan beliau tidak berapa ok (bantuan oksigen). Semoga beliau kembali pulih dan diberi kesembuhan.
Pada masa saya masuk, cuma ada 2 wad sahaja untuk covid, berdasarkan info saya dapat sebelum saya keluar telah jadi 6 atau 7 wad untuk covid je. Jika ada je katil kosong, tak lama lepas tu akan ada pesakit baru akan masuk.
Pada hari pertama kena ambil darah dan dibuat X-ray (paru-paru). Setiap hari sebanyak 3 kali pembantu perubatan akan masuk untuk ambil tekanan darah, nadi dan suhu badan. Kalau suhu badan mencapai 37.5 ke atas dikira demam dan sekiranya mencapai 38 C kena makan ubat demam.
Sebelum masuk wad, suhu badan saya di bawah 37 C. Tetapi bila masuk hari ke-2, dah mula demam, suhu badan melebih 38 C. Ini berlanjutan sehingga hari ke-4.
Masa ni memang suspen dan berdasarkan kes-kes sebelum ini yang saya tahu, jika demam berlanjutan satu petanda yang tidak baik. Masa tu saya telah hubungi anak dan bagitahu semua akaun no, no pin akaun bank dan password internet banking. Hari yang sama juga saya telah membuat transfer Dana Pelaburan ke akaun ASB isteri. Saya khuatir berlaku serangan mengejut. Sebelum itupun Dr ada bagitahu result X-ray saya tidak berapa cantik.
Alhamdulilah pada hari ke-5, demam saya pulih dan suhu badan turun ke 37 C dan seterusnya hari berikutnya suhu badan saya stabil dalam lingkungan 36.5 C. Walau bagaimanapun setiap hari Dr akan tanya samada saya ada kesukaran bernafas. Semua catatan ini saya buat dalam bentuk diari dan saya akan rekod tarikh dan masa bila swab test, ambil darah, tekanan darah, xray dan bacaan suhu. Diari ini saya jadikan sebahagian dari aktiviti dan tugas yang perlu saya buat setiap hari. Diari ini saya namakan “My Covid Diary.”
Alhamdulilah, masa hari pertama quarantine, saya bertekad dan berazam tidak ada formula terbaik untuk saya melalui hari-hari seterusnya kecuali dengan satu je cara iaitu pengantungan diri hanya kepada Allah.
Saya sedar setakat hari ini tiada vaksin lagi untuk membunuh Covid-19, tiada Dr atau manusia yang mampu menghapuskan Covid-19 ini kecuali hanya DIA yang empunya makluk bernama covid ini. DIA lah yang meletakan Covid dalam tubuh saya dan hanya DIA sahaja la yang akan menghapuskan makluk ciptaannya.
Bila? saya berserah kepada NYA, Bagaimana? Saya berserah kepada NYA. Ini bukan kerja saya, Ini kerja Allah. Kerja saya adalah beribadat kepada NYA, meletakan sepenuh jiwa raga pergantungan kepada NYA, berdoa, merintih dan memperbanyakan amal soleh.
Dari sini datang ilham untuk membuat “checklist amalan harian”. Saya lampirkan contoh checklist amalan harian. Jika bermanfaat bolehlah kita amalkan. Sangat sesuai pada waktu ini, di mana kita sekarang sedang dalam tempoh kawalan pergerakan.
Checklist ini berbeza-beza mengikut kesesuaian masing-masing. Mungkin peringkat awal kita mulakan dengan amalan yang ringan dahulu dan jangan terlalu bersemangat dikhuatiri kita akan penat dan sangkut di tengah jalan.
Saya berterima kasih kepada kumpulan usrah saya semasa bersama JIM dan naqib saya masa itu Akhi Yusof Zaki yang manjadikan checklist ini sebagai silabus dalam usrah kami.
Lama dah saya tinggalkan checklist amalan harian ini dan insyallah saya berazam untuk meneruskan selepas ini, kemungkinan bila sudah mula bekerja perlu dibuat pengubahsuaian mana yang perlu.
Di waktu kelapangan sebelah pagi selepas dhuha dan di antara zohor dengan asar, kebiasaannya saya akan menjawab email, melakukan urusan perbankan syarikat (Maybank 2E), menyiapkan laporan bulanan syarikat. Kalau di rumah “work from home”, ni home ganti Hospital.
Alhamdulilah dengan kelapangan masa yang ada ini juga saya telah dapat menyiapkan laporan kewangan NGO Pertubuhan Ar Rahmah Malaysia untuk tahun 2020. Saya adalah Bendahari dalam Pertubuhan AR Rahmah dan setiap tahun akaun perlu dihantar ke ROS. Akaun ini telah lama saya tangguh dan tinggalkan.
Satu tugasan lagi yang saya paling bersyukur dapat menyiapkan adalah “Projected Cash Flow” atau “Financial planning” keluarga saya.
Tujuan Financial planning ini untuk saya merancang sumber kewangan dan pelaburan yang saya miliki sekarang dan bagaimana saya dan isteri akan membelanjakan terutamanya apabila saya bersara umur 60 tahun nanti.
Saya menyediakan financial planning ini sehinggan umur 80 tahun, Insyallah kalau dipanjangkan usia. Ini adalah beberapa projek tertangguh yang telah lama saya rancang untuk disiapkan tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan kesibukan tugas.
Lihatlah bagaimana perancangan Allah, kita plan macam lain, Allah plan cara lain dan semestinya perancangan DIA yang terbaik. Lihatlah bagaimana di sebalik setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmah disebaliknya.
Saya dapat merasakan kekuatan doa dari insan yang saya cintai, isteri saya, setiap hari bertemankan Al Quran beliau tadabur dan berdoa dan anak-anak saya serta menantu terus berdoa. Kedua ibu saya terus berdoa dan juga adik beradik.
Rasa tersentuh apabila sahabat-sahabat yang tidak putus-putus bertanya khabar, menghantar kata-kata semangat dan doa. Jiran-jiran yang perihatin menghulur bantuan. Ini adalah diantara kemanisan dalam ujian dan semoga kita dan keluarga semua berada di bawah perlindungan Allah.
Kita kekadang merasa kita dah diuji dengan dahsyatnya, tetapi rupanya ada orang yang diuji dengan lebih dahsyat. Ada sahabat saya, mula-mula isteri positive dan warded, Isteri tu mengandung 2 bulan, 3 hari lepas tu dia pulak masuk, wad yang sama, anak pertama masih kecil tinggal di rumah di bawah jagaan adik.
Mula-mula saya dengar terus dada jadi sesak, rasa sebak tak boleh nak tahan air mata mengalir….besar betul ujian Allah terhadap mereka. Untuk makluman ramai kes di mana suami isteri positive dan kena quarantine di wad yang sama. Ada sahabat saya bukan dia sahaja positive, ibu dan anak dia sekali positive dan duduk dalam satu wad.
Ada kes isteri positive, 2 hari lepas tu, suami datang hantar anak sebab positive. Mujur suami dia negative.
Di waktu inilah saya mencari rakaman-rakaman kuliah yang berkaitan dengan musibah, ujian Allah, kisah-kisah para Nabi, sahabat Nabi, umat terdahulu yang Allah uji dengan musibah. Kuliah-kuliah ini sangat membantu emosi dan memotivasikan saya untuk terus bersyukur dengan rahmat Allah, tidak bersangka buruk kepada Allah dan rasa dekat sangat dengan Allah.
Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manafaat kepada sahabat semua, inilah perasaan yang kami alami sebagai pesakit Covid-19, situasi yang tidak ketentuan, ketakutan, kebimbangan terhadap ahli keluarga yang ada direct contact, risiko jangkitan di kalangan kami dan ramai juga yang kemurungan terutamanya apabila mendapat tahu ada rakan-rakan yang lain boleh discharge dan kebimbangan apabila mendapat berita ada pulak yang telah dipindahkan ke ICU.
Saya juga berharap perkongsian dan tip dan amalan harian yang saya sediakan ini boleh dimanafaat kan bersama semoga ianya menjadi satu ilmu yang bermanafaat sebagai bekalan saya di akhirat nanti. Tip atau amalan ini bukan la yang terbaik, ianya hanya sebagai panduan sahaja.
Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia, duduklah di rumah patuh arahan kerajaan, insyallah graf Covid-19 akan flat tak lama lagi. Kesianlah dekat front liner dan ahli keluarga mereka. Hari ini ramai dari front liner yang telah dijangkiti.
Mereka ini ada suami, ada isteri, ada yang mengandung, ada anak kecil, kerja lebih dari 8 jam, ada lebih dari 10 jam. Hargailah mereka. Saya tak minta Rakyat Malaysia hantar bantuan makanan, hantar sumbangan dan lain-lain hanya minta duduk di rumah diam-diam dan selalu doakan mereka dan anak-anak mereka selamat dari Covid-19 ini.
Semoga Allah membalas mereka dengan ganjaran pahala yang berlipatganda dan semoga Allah mengantikan penat Lelah mereka ini dengan ganjaran yang lebih besar.
Sekarang ini (ketika catatan ditulis pada 22 March 2020) saya sedang menjalani “home quarantine” selama 14 hari dan perlu membuat susulan dan membuat swab test sebanyak 2 kali pada 26 March dan sekali lagi pada 2 April. Saya memohon agar semua yang membaca catatan saya ini dapat mendoakan agar result saya nanti negative dan saya bebas sepenuhnya dari virus covid 19 ini.
MW : Gunakan masa #DudukRumah dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri denganNya.
Beberapa hari lalu apabila kerajaan melonggarkan syarat bahawa premis kedai gunting rambut boleh dibuka pada waktu-waktu tertentu mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Rata-ratanya ramai tidak bersetuju jika kedai di buka kerana bakal mengundang kluster baru iaitu kluster kedai gunting rambut dalam penyebaran Covid-19. Cukup-cukuplah kluster yang sedia ada.
Alhamdulillah akhirnya keluhan masyarakat didengari apabila kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Begitu juga dengan bazar ramadan.
Kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil kira pandangan pakar, badan bukan kerajaan dan keluhan rakyat.
“Sejak beberapa hari lalu, isu berlegar di negara kita mengenai kedai gunting rambut. Kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat dan mendapat nasihat pakar tertentu serta mendengar pandangan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai perkara ini.
“Sehubungan itu, Perdana Menteri membuat keputusan operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan operasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
“Saya kira ini menjawab segala persoalan ditimbulkan rakyat dan berharap tiada lagi isu berkenaan kedai gunting rambut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, bazar Ramadan juga tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.
Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, operasi kedai gunting rambut dan salon semasa PKP fasa ketiga bermula 15 April ini tertakluk kepada kelulusan permohonan dan dicadangkan di kawasan zon hijau sahaja.
Keputusan itu mendapat perhatian rakyat yang rata-ratanya tidak bersetuju dan meminta kerajaan menarik balik kebenaran premis berkenaan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP kerana dibimbangi meningkatkan lagi penularan jangkitan Covid-19.
Sumber: Harian Metro
MW: Buat masa sekarang inilah langkah yang terbaik demi kepentingan bersama. Mak, ayah ambillah masa untuk belajar gunting rambut pasangan, tak kisahlah atau cantik atau tidak. Sebab kita semua masing-masing berada di rumah sahaja kan…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, turut sama mengikuti team produksi drama Demi ke Inverness, Scotland adalah pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan.
Dia yang disapa sebagai Rayqa ke Scotland ditemani ibunya, Norinsyira Muhamad yang juga merupakan pengurusnya.
MW menghubungi ibu Puteri Rayyana, Norinsyira atau Syira bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkhabaran ini.
“Semalam kami melakukan ujian saringan Covid-19, dan pagi tadi kami dimaklumkan keputusan kami berdua positif.
“Sekembalinya dari Scotland, saya dan Rayqa menjalani tempoh kuarantin di rumah berdua sahaja. Dalam tempoh itu saya minta suami ke rumah ibu saya.
“Setakat ini kami berdua tidak mengalami simptom batuk, demam dan juga selsema. Cuma semasa di sana, Rayqa demam dua hari dan kembali pulih selepas itu,” jelasnya. Ketika dihubungi MW Syira sedang mengemas pakaian untuk bersiap-siap ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Tolong doakan kami
Syira juga memohon orang ramai mendoakan dia dan anak tunggalnya itu diberi kesembuhan. Tambahnya lagi, mungkin ada sebab mengapa Allah memberinya ujian sebegini.
“Mungkin Allah ada sebab memberi ujian sebegini buat kami. Saya mohon orang ramai doakan kami berdua kembali pulih seperti sedia kala. Suami juga meminta kami jangan panik dan bertenang. Patuhi arahan seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sebagai ibu saya mahu ditempatkan bersama anak kami, maklumlah dia satu-satunya anak kami,”luahnya.
MW doakan Syira dan puteri tunggalnya itu segera sembuh dan kembali sihat seperti selalu hendaknya. Kami yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti segala kaedah dan rawatan terbaik bagi memulihkan semua pesakit Covid-19 negara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tular gambar penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX pada hari ini selepas pulang dari majlis hari raya Red Air Asia di Sepang.