Pendamik Covid-19 memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan seharian kita. Kesannya bukan sekadar cara hidup malah ekonomi juga turut terjejas.
Begitu juga dengan penyanyi terkenal Shah Indrawan Ismail, 36 atau Tomok. Baru-baru ini menerusi @tomokofficial bapa kepada tiga orang anak itu telah mengumumkan penutupan perniagaan tudung jenama miliknya Arriandra.
Keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas perniagaan yang diusahakan lebih lima tahun lalu itu gagal bertahan.
Bertahan Lima Tahun
Seperti mana yang ditulis:
“Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih kepada anda semua yang pernah sokong Arriandra.
“Pada yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.
"Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini (Khamis). Nanti saya cari tempat untuk habiskan baki tudung yang ada.
“Insya-ALLAH ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” kongsi Tomok di laman Instagramnya.
Cuba Survive, Tapi Bisnes Ada Naik Turun
Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Bekas Kekasih itu juga memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan barangan jualan yang masih berbaki.
“Sudah beberapa tahun dah kita cuba untuk survive, tapi bisnes ada naik turun. Hari ini kita terpaksa pindah keluar dari tempat ini.
“Saya akan buat clearance sale nanti. Insya-ALLAH jika ada sesiapa berminat, saya nak jual murah-murah saja.
“Mungkin harga serendah RM5 atau RM10, dah nak tutup kedai ni,” kata Tomok.
Doa Dari Peminat
Berita sedih itu turut mendapat perhatian warganet. Malah ada peminat Tomok yang mendoakan agar penyanyi ini terus dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
“Semoga abg tomok Sekeluarga rezeki semakin bertambah dalam bentuk apa saja rezeki yg ada. Dan semoga dipermudahkan segala urusan semua. Support!’ aieyra.
“Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezki yg lebih bnyk lagi buat tomok n family aamiin” syaliza_along.
Kredit Foto: Instagram Tomok
Sila ke pautan untuk info lebih lanjut: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Mira Filzah Kini Sarat Mengandung Anak Sulung, “Usia Kandungan Memasuki Trimester Ketiga”
Tahniah! Mira Filzah kini sarat mengandung anak sulung. Selepas menyimpan rahsia sejak tahun lalu, suami pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar telah berkongsi khabar gembira dan mengesahkan isteri kesayangan berbadan dua.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020.
Tahniah! Mira Filzah Kini Sarat Mengandung Anak Sulung
Menerusi akaun Instagram, Wan Emir menerangkan kandungan pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman bakal memasuki trimester ketiga.
“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.
“Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
“As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far. Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.
“Terima Kasih Kepada Yang Mendoakan Kami”
“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA.
“Rabbij’alni muqimas salati wa min dhurriyati rabbana wa taqabbal du’a”
(Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku) – Surah Al-Ibrahim: Ayat 40,” tulis Wan Emir.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Menerusi ruangan komen rakan-rakan artis dan juga pengikut di akaun Instagram Mira Filzah dibajiri ucapan tahniah dan doa.
Artikel Menarik: Terpaut Sejak Pertemuan Pertama, Mira Filzah & Emir NIKAH Malam Ini
Mingguan Wanita: Tahniah Mira Filzah dan Wan Emir. Semoga dipermudahkan segala urusan Mira ketika menghadapi saat indah ketika mengandung dan proses bersalin kelak.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Mira Filzah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Bagi RM50 Dekat Makcik Jual Kerepek, Balik Rumah Terkejut Dapat Rezeki RM1000!
Masih ramai yang takut nak berkongsi rezeki, bukan kerana tak ada duit tetapi dek kerana takut diri sendiri tak cukup. Maklumlah zaman sekarang semua nak kena bayar, jadi huidup pun kena pandai bajet.
Tetapi sebenarnya kalau nak dapat banyak dalam soal rezeki, diri sendiri kenalah banyak memberi. Tak faham konsep sedekah, mari baca perkongsian Nur Aliah Mohd Nor cara untuk tebalkan wallet!
Lia nak hadiahkan kepada anda semua 7 amalan yang Lia selalu buat dan InshaaAllah akan mendapat hasil yang sangat baik jika anda betul-betul follow. Jom baca 7 amalan yang Lia nak kongsikan di bawah ini.
1. Setiap pagi bangun sahaja dari tidur, terus buat “Terapi Kesyukuran”
Terapi kesyukuran ini bermaksud kita mengucapkan 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya:
+ Terima kasih Ya Allah aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini
+ Aku bersyukur Ya Allah Engkau kurniakanku kesihatan yang baik
+ Alhamdulillah aku masih boleh melihat kedua ibu bapaku dalam keadaan yang sihat
+ Terima kasih Ya Allah Engkau kurniakan kepadaku team #ChettakiOmey yang sangat hebat
+ Terima kasih Ya Allah Engkau datangkan padaku orang yang baik-baik
+ Terima kasih Ya Allah Engkau sentiasa kurniakan rezeki yang melimpah ruah padaku
+ Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
Di atas ini hanya 7 contoh sahaja. Setiap hari boleh sebut dengan ayat yang berbeza. Terapi kesyukuran ini Lia pernah rasai sendiri, bila bangun tidur, Lia terus sebut 7 kesyukuran, seharian itu hari Lia akan jadi best je, hati ini akan rasa bahagia sangat. Bila orang tengok Lia pon mereka rasa bersemangat dan dapat rasa aura Lia yang tersendiri. Tak percaya? Cuba esok pagi terus buat ya.
2. Buat Solat Sunat
Setiap pagi buatlah solat sunat Tahajud, solat sunat Hajat dan solat sunat Taubat memohon ampun kepada Allah, dan mintalah apa sahaja pada Allah. Kerana ketika itu kita sedang berada di gelombang Alpha, gelombang yang sangat tenang. InshaaAllah doa kita akan sampai terus kepada Yang Maha Esa. Jika apa yang kita minta itu rasa susah pada diri kita, tetapi tidak mustahil pada Allah. Malah Dia boleh BERI lebih dari apa yang kita minta, kerana semua di dunia ini pon milik Allah.
Lia sendiri pernah rasa bila doa yang kita mohon itu rasa susah je nak dapat. Masa itu Lia berdoa sangat nak bawa kedua ibu bapa Lia menunaikan umrah. Bila tiba waktu Alpha, Lia akan terus berdoa memohon kepadaNya. Amazing, Allah tunaikan juga permintaan Lia. Meh Lia kongsikan 5 waktu gelombang Alpha selain waktu Tahajud.
+ Ketika hujan (tak kisah hujan rintik atau lebat)
+ Ketika kita sedang bersin (kalau nampak ibu kita nak bersin, terus lari laju-laju pegang ibu kita dan dalam hati berdoa kepada Allah. Siapa dapat buat yang ini memang hebat)
+ Ketika isteri bersalin (kalau isteri nak bersalin, suami boleh berdiri sebelah katil isteri dan pegang isteri, ketika itu berdoalah sepuas-puasnya)
+ Ketika azan sedang berkumandang (bukan azan di radio atau rakaman ya, azan secara live, waktu ini kita senyap dan focus berdoa)
3. Tarik Nafas
Selepas selesai buat solat sunat, boleh terus buat breathing technique dan relaxation technique yang merangkumi Affirmations, Visualizations dan Feelings (AVF). Bagaimana nak buat Lia?
Mudah sahaja, untuk breathing technique tarik nafas sebanyak 3 kali, bila kita tarik nafas melalui hidung, perut mesti ke depan dan bila kita hembus nafas melalui mulut, perut mesti akan jadi kempis sekempis-kempisnya. Bernafaslah dengan lembut dengan pergerakan tubuh secara fitrah ya. Kalau nak belajar, boleh belajar tengok bagaimana bayi bernafas. Anda boleh melihat kelembutan pernafasan itu di perut bayi yang turun dan naik. Akan tetatapi apabila kita meningkat dewasa kita mula lupa pergerakan pernafasan secara fitrah dan bernafas dengan dada.
Betulkan?
Untuk relaxation technique, kita akan buat sebanyak 10 kali dengan kiraan 10 hingga ke 1 dan sebut 3 ayat di bawah ini secara perlahan saja (suara kita sahaja yang mendengarnya)
“I’m Relax…
I’m So Relax…
I’m Very Relax…”
Bila kita buat relaxation technique ini, mood kita akan rasa tenang sangat. Selesai sahaja kira yang ke 1, terus lakukan AVF. Bayangkan apa yang kita nak capai, rasakan yang kita dah capai, dan bersyukur kepada Allah kerana berikan apa yang kita nak itu (Syukur In Advance). Kalau anda buat dengan cara yang betul, memang boleh feel sampai boleh menangis.
Lia selalu buat dua teknik ini, di mana-mana sahaja Lia akan buat. Tambahan lagi bila Lia nak berjumpa dengan client-client Lia, sebelum jumpa dalam kereta lagi Lia akan lakukan dua teknik ini. Bayangkan kita berjaya close dia dan dia setuju nak ambil stock dengan quantity yang banyak. Dan, bila Lia jumpa je client-client Lia, mereka nampak Lia sangat tenang dan nak deal juga akan jadi mudah dan senang.
4. Buat Orang Sekeliling Terharu
Seterusnya, setiap hari kita sekurang-kurangnya kena peluk 5 orang keluarga atau sahabat di sekeliling kita, lafazkan rasa sayang kita pada mereka. Dan juga buat orang terharu. Banyakkan cara nak buat orang terharu ini, antaranya belanja orang makan, bagi hadiah secara tiba tiba, bagi kata kata semangat dan doakan dia.
Macam Lia, Lia memang suka buat orang terharu, kata lain suka buat surprise. Cara paling simple anda boleh buat sampai orang tu menangis, bila tiba je hari jadi seseorang yang anda kenali, bagi voice note dalam whatsapp dan menyanyikan lagu Happy Birthday pada si dia. Lia yakin dan percaya setiap malam dia akan dengar voice kita itu. Hehe.
5. Amalan Solat Dhuha
Perkara yang seterusnya pasti ramai usahawan semua tahu, iaitu dengan melakukan solat sunat Dhuha, sebaik-baiknya 4 rakaat. Selepas je solat Dhuha, bacalah surah AlWaqiah iaitu antara surah untuk Kekayaan dan Rezeki yang datang tidak di duga-duga dan inshaAllah dipermudahkan segala hajat kita. Selepas membaca Al Waqiah, bacalah doa Dhuha sampai kita FEEL doa tersebut. Tolong buka youtube search Doa Dhuha, ikut sekali dengan rentak lagu Doa Dhuha itu. Memang boleh FEEL.
Amalan dengar lagu Doa Dhuha ini Lia selalu buat sebelum nak memulakan kerja. Pasang dulu lagu ini, dan ajak sekali kawan-kawan kita dengar sambil berdoa. Bagi wanita yang tidak boleh solat, boleh dengar doa dhuha ini sebanyak 3 atau 7 kali. InshaaAllah sepanjang hari itu kita akan rasa semuanya best je, nak buat kerja pon jadi sangat mudah.
6. Istighfar sebanyak 70 kali – 100 kali dengan penuh kusyuk
Sebaik-baiknya buatlah pada waktu awal pagi, atau lepas solat asar. Baca perlahan-lahan sampai kita menghayati istighfar kita itu. Sesiapa yang beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar, setiap kesempitan ada cara mengatasinya, serta memberikan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Selepas istighar, boleh la mendengar sambil menghayati lagu Al-Asma Ul-Husna. Sebutlah nama nama Allah yang indah, baik, agung dan mulia sifat-sifatNya.
Subhanallah. Kalau buat teknik ini setiap hari secara consistent, Lia nak pesan awal-awal. Bersiap sedialah kalau hidup anda berubah 360 darjah. Anda akan menjadi seorang yang menjemput rezeki, bukan lagi mencari rezeki. Pengalaman Lia, selalunya tiba-tiba je ada customer datang nak beli Dexandra, ada client call nak jadi agent team Chettaki Omey dan paling mengejutkan Lia, satu per satu Allah temukan Lia dengan jutawan jutawan di Malaysia ini. Bila kita berkawan dengan orang jutawan, kita juga akan menjadi jutawan. InshaaAllah.
7. Waktu pagi, biasakan dengan bersedekah
Buatlah minimum sedekah RM50.00 sehari. Bukan sahaja kita sedekah duit, tetapi cuba selepas ini berlatih selalu kita sedekah bacakan Al-Fatihah kepada orang yang kita tak kenal. Contoh tengah drive, kita bacakan Al-Fatihah pada kereta di hadapan kita. Selain itu, sedekah paling simple dan paling senang nak buat ialah “Like dan Comment” facebook sahabat kita, sama ada kenal atau tidak, kita bagi je like dan comment. Bukan sahaja kita dah sedekah malah kita boleh buat orang itu terharu, betul ke betul? Sentiasa ingat ayat ini, “The More You Give, The More You Will Get Back”. Teruskan memberi dan memberi.
Keajaiban sedekah ini Lia pernah rasa sendiri tau. Lia pernah hulurkan RM50 dekat seorang makcik jual kerepek ini. Kesiankan tengok dia berpeluh ke sana kemari tapi jualan tak laku-laku. Balik je rumah tiba-tiba ada agent yang restock hampir RM1000++ masa itu jugak. Tengok! Betapa ajaibnya rezekikan. Korang cuba la sendiri nanti.
Jangan percaya sangat apa Lia cakap, buat dulu baru tahu. Boleh-boleh?
Syukur Alhamdulillah, jadi inilah dia 7 cara untuk anda tebalkan wallet anda dengan niat yang baik. Semoga dengan perkongsian Lia ini memberi manfaat buat anda semua.
Dan silakan #share serta tag rakan rakan anda yang lain supaya lebih ramai dapat ILMU ini. Lia mendoakan semoga anda yang membaca posting Lia ini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dan menjadi seorang money magnet luar biasa hebat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Giliran Hairul Azreen Jaga Anak, Hanis Zalikha Luangkan ‘Me Time’ Dengan Kawan-Kawan Ke Korea
Bukan mudah menguruskan anak-anak dan keluarga.Bagi seorang isteri adakalanya perlukan masa untuk diri sendiri atau ‘Me Time’ bagi melakukan perkara yang dia suka.Tak kiralah pergi membeli belah ke, pergi spa ke, salon ke, makan-makan secara sendirian mahupun sekadar keluar dengan kawan-kawan. Bahkan dapat keluar sekejap pergi supermarket, jalan-jalan cuci mata tanpa anak-anak pun dah boleh buat isteri bahagia.
Para suami kena faham, ‘Me Time’ ini bukanlah bermaksud seorang isteri itu hanya pentingkan diri sendiri. Setiap isteri perlukan ‘Me time’ nya sendiri untuk meredakan emosinya yang penat, melepaskan lelah seketika setelah bertungkus lumus menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Alah, bukannya selalu pun! Percayalah para suami, isteri yang dapat ‘me time’ nya sendiri, pasti lebih bersemangat untuk berkhidmat buat keluarga tersayang!
Bagi yang mengikuti instagram Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan anaknya Yusuf Iskandar pasti mengetahui, yang pasangan ini telah berjauhan hampir sebulan. Ini kerana Hairul Azreen terlibat dalam penggambaran filem terbarunya ‘Paskal’ di Sabah, manakala Hanis Zalikha hanya tinggal berdua menjaga anaknya, Yusuf Iskandar di Kuala Lumpur.
Setelah habis menjalani penggambaran di Sabah, Hairul telah kembali ke rumah, sementara menunggu untuk menyambung penggambaran filem ini di Turki pula nanti. Apa yang menariknya, dalam tempoh berehat tersebut, Hairul Azreen cukup ‘sporting’, memberi ‘green light’ buat Hanis Zalikha untuk meluangkan masa ‘Me Time’ dengan kawan-kawannya bercuti di Korea. Sekaligus tak kisah untuk menjaga Yusuf Iskandar berdua, sementara isterinya pergi bercuti.
Didalam posting terbaru Hairul Azreen ada memuat naik video pendek, menyatakan Hanis Zalikha akan ke Korea.
“Giliran mommy pulak bercuti dengan kawan-kawan sebelum daddy sambung penggambaran filem ‘Paskal’ di Turki’.”
Namun paling menyentuh hati dan mendapat perhatian pengikutnya, pada ruangan komen Hairul Azreen meluahkan penghargaan buat para isteri yang berkorban menjaga anak-anak serta memahami tugas isteri yang menguruskan rumahtangga.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Hairul Azreen kerana menghargai dan memahami tugasan isteri. Tindakan hairul Azreen memberi isterinya Hanis Zalikha ‘Me time’ untuk bercuti bersama dengan kawan-kawan ini memang para suami lain patut contohi. Bukan selalu pun! Sesekali berilah ruang buat isteri untuk melakukan perkara yang dia suka, tanpa suami dan anak-anak. Suami bertimbang rasalah dan bertolak ansur pula menjaga anak-anak, kan!
Sumber: Instagram Hairul Azreen
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI