membina-simpanan

Wanita ini, Marlia Ramli berkongsi simpanan betapa pentingnya isteri membina simpanan sendiri. Bukan soal wanita itu sendiri perlu jadi kaya atau miskin.

Tetapi apabila membicarakan soal berumahtangga, setiap wanita yang bergelar isteri pasti akan melalui dua keadaan ini. Iaitu bercerai hidup atau bercerai mati.

Membina simpanan ini bukan semata untuk diri sendiri. Kerana, setiap isteri yang bergelar ibu dia juga perlu punya ‘kuasa’ untuk melindungi anak-anaknya. Dan inilah penjelasan bagi mengulas persoalan yang diutarakan di bawah.

Srikandi Yang Melindungi

Ini Bukan Soal Kaya Atau Miskin, Isteri Carilah Jalan Membina Simpanan

Macam ni… Cerai ni ada dua :
1) cerai hidup
2) cerai mati

Akak percaya suami akak arjuna kiriman syurga. Dah hampir 20 tahun kenal, tanyalah rakan sekerja dan saudara mara.

  • Merokok pun tidak pernah
  • Solat tak tinggal dan rajin mengaji
  • Bekerjasama dalam menguruskan hal anak dan rumahtangga
  • Tak de melebih-lebih dengan wanita lain
  • Balik rumah on time, abis hal kat office – balik rumah
  • Rajin bekerja menjana rezeki halal keluarga
  • Sentiasa tak penah lupa setiap hari penting hatta hari wanita dan hari Ibu pun ada sambutan.
  • Berbelas tahun berusaha melengkapi nafkah anak isteri mengikut kemampuannya.
  • Selama 17 tahun berumahtangga akak teringin nak makan apa, susah dan jauh camne pun dia pasti akan carikan.

T.E.T.A.P.I… Manusia tetap manusia.

Tak kira sebaik manapun suami, beliau bukan malaikat. Di dalam tubuh suami ada seketul daging yang bernama hati. Dan hati ini? Bukan milik isteri.

IKLAN

Apa Nak Buat Bila Suami Tak Lagi Cinta

Hati suami milik Tuhan…. Milik Allah yang mampu membalikkan hati suami sekelip mata. Tanpa kita sedar pun! Tiba-tiba suami yang kita cinta, tidak lagi cintakan kita. #apeni?

Waktu hati suami berhenti menyintai, apa yang kita nak buat?

Menangis dalam keadaan tanpa persediaan? Ianya jauh lebih menyakitkan berbanding menangis dengan adanya persediaan.

Sebagai wanita… Bila kita berusaha memiliki simpanan sendiri, rumah sendiri, emas sendiri dan kekayaan sendiri – ianya hanya ikhtiar supaya kita bersedia. Selebihnya? Berdoa… Dan berdoa.

Atau… Allah permudahkan suami kita menjaga hati. Beliau setia sampai mati. Tetapi kita tetap akan bercerai juga bukan? Cerai mati. Dan jika Allah ambil suami kita ketika anak-anak masih kecil bagaimana? Sekujur jasad tidak lagi mampu menjaga anak isteri?

IKLAN

Boleh… Nak minta suami sediakan hibah. Namun jumlah seketul wang tunai tanpa ilmu ianya akan habis. Lainlah jika kita yang meninggal dulu. Itu lainlah cerita
Plan for the worst, pray for the best.

Baca sini : Tip Jadikan Nilai Simpanan Tinggi Setiap Bulan, Selepas 17 Tahun Ini Hasilnya

Sebab Inilah Isteri Kena Membina Simpanan Sendiri

Akak percaya, jika kita mampu menjana pendapatan sendiri, memiliki pelaburan dan simpanan sendiri – segalanya lebih mudah.

Ini bukan soal kaya miskin. Ini soal setiap isteri perlu mencari jalan membina simpanan.

IKLAN

Tak banyak? Sedikit.
Jika banyak? Lebih baik.

Selain bergelar isteri, kita juga bergelar ibu. Andai hilang tempat bergantung – kita masih mampu menjadi SRIKANDI YANG MELINDUNGI zuriat suami yang dicintai.

Bahasa mudahnya : miskin kaya tak penting. Yang penting, usaha perlu ada. Kerana setiap wanita pasti akan melalui proses penceraian. Samada cerai hidup? Ataupun cerai mati.

Jadi surirumah tak salah. Jadilah surirumah yang berilmu dan terbuka mindanya.
Salam sayang, jangan tunggu kaya baru nak bermula.

Mingguan Wanita : Orang tua-tua dulu pun selalu berkongsi pesanan yang sama. Walau apa pun kedudukan isteri, buatlah simpanan semampunya.

Sumber/Foto : Marlia Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI