Bukannya mudah untuk bertemu dengan seorang wanita yang penuh dengan idea karya seni. Ketika bersua wajah dengan pelukis hebat, Fauziah Haji Yahaya, 53 baru-baru ini penulis melihat kesungguhannya membawa hasil lukisannya ke studio kami. Sudah biasa bersendirian tatkala menjayakan pameran lukisan, Fauziah nampak tidak kekok tatkala membawa hampir 20 buah lukisan pelbagai saiz. Mendapat didikan dalam bidang seramik di Duncan Educational Service dan kemudiannya mendapat pengiktirafan sebagai Certified Duncan Teacher pada 1999, kemudian menjalankan perniagaan sendiri yang bermula pada tahun 1999 Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sehingga tahun 2016. Kini ibu tunggal ini hanya melukis di rumah dan kadangkala akan mengadakan pameran di beberapa lokasi di ibu kota.

“Saya bersyukur sudah hampir 20 tahun saya terlibat dalam dunia seni. Setelah mencecah 10 tahun penglibatan dalam bidang seni, saya telah memperkenalkan teknik lukisan yang tersendiri iaitu melukis di atas kertas warna air tanpa menggunakan lilin. Malah saya telah memilih batik sebagai konsep lukisan yang dinamakan sebagai Hiasan Permukaan.

“Idea dari permukaan seramik yang kemudiannya telah memberi ilham kepada sya untuk melukis di atas permukaan lain seperti seperti bingkai gambar, gelas, botol, kaca, tempurung, kelapa, T-shirt, batik, pemberat kertas dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, saya turut mereka dan melukis penanda buku serta pelbagai ucapan dengan menggunakan daun getah, kain sutera dan rayon. Apa yang menarik mengenai lukisan saya menitikberatkan keindahan dan keunikan asli haiwan-haiwan seperti kucing, gajah, penyu, cicak, rama-rama, katak dan lain-lain lagi. Selain daripada batik di atas kertas, saya juga gunakan akrilik atas kanvas yang masih lagi menggunakan ciri-ciri bermotifkan batik pada binatang. Saya juga gunakan konspe batik di atas kanvasw seperti motif-motif pucuk rebung, pua Sarawak, etnik songkek dan lain-lain dengan cara yang tersendiri,” jelas Fauziah yang terkenal dengan pameran solo yang diberi nama ‘Koleksi G’.

Fauziah juga menjelaskan ramai yang bertanya mengapa dia menggabungkan binatang dan motif batik dalam karyanya.

Ibu Tunggal, Fauziah Pelukis Hebat
Antara hasil karya Fauziah.

 

IKLAN

“Saya meluahkan keindahan semulajadi dan haiwan menerusi lukisan gabungan motif tradisional dan figura haiwan seperti cicak, kucing, gajah dan penyu. Ramai yang bertanya mengapa saya memilih binatang untuk digabungkan dengan motif batik, tapi inilah kelainan yang sya mahu tunjukkan pada masyarakat. Pelancong luar negaara amat menyukai motif haiwan pada lukisan saya dan mereka amat menghargai serta sanggup mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli lukisan walaupun dijual dengan harga yang mahal. Secara tidak langsung dapat mempromosikan batik Malaysia ke luar negara,” terang Fauziah yang cukup ramah.

15 Tahun Bergelar Ibu Tunggal

Seorang yang cukup senang didekati ibu kepada seorang anak ini akui cukup selesa dengan kehidupannya sekarang.

IKLAN

“Syukur alhamdulillah, anak saya cuma seorang dan sudah berusia 28 tahun sudah berkahwin. Selepas bercerai saya tidak ada masalah dengan bekas suami kerana kami masih berkawan baik walaupun tidak hidup bersama lagi. 15 tahun saya bergelar ibu tunggal dan saya tidak pernah mengajar anak membenci ayahnya. Semasa kami berpisah usia anak 13 tahun pada tahun 2003.

“Sehingga kini saya dan bekas suami berkawan dan jika hari raya kami boleh beli belah baju raya bersama-sama malah sambut raya bersama. Malah dia tidak pernah abaikan tanggungjawabnya terhadap anak kami. Pada saya jika ditakdirkan seorang wanita itu bercerai ambillah kebaikan dan jangan fikir negatif. Apa yang Allah tentukan ada hikmah di sebaliknya. Bukan minda dengan positif dan terima dengan reda dengan apa yang telah ditentukan Ilahi,” ungkap Fauziah yang turut memberi nasihat kepada ibu tunggal yang masih muda agar berfikiran maju ke depan.

IKLAN

Mahu Sumbangkan Jualan Lukisan Kepada Anak-Anak Yatim

Sudah lama bergelumang dalam bidang seni, Fauziah kini mahu memberi tumpuan dalam kerja-kerja amal. Menurutnya, dia mahu menyumbang 40 peratus hasil dari lukisannya kepada anak-anak yatim.

“Sebelum ini saya sering ke rumah anak-anak yatim untuk mengajar mereka cara melukis. Namun selepas tiada penaja saya terpaksa menghentikan aktiviti tersebut dan kini saya bertekad untuk kembali membantu anak-anak yatim dengan menyumbang 40 peratus hasil jualan lukisan saya kepada anak-anak malang ini. Memandangkan umur saya pun dah mencecah 53 tahun ini merupakan saham akhirat yang saya nak bawa ke sana. Saya berasa cukup bahagia bila dapat mendampingi anak-anak yatim,” ujar Fauziah yang mengakui ibu dan ayahnya merupakan pendorong utama dalam kejayaannya pada hari ini.

Fauziah juga menambah pada bulan Oktober akan datang dia akan mengadakan Pameran Solo di Hotel Premiera selama sebulan. Dan 10 peratus dari setiap hasil jualan akan disalurkan pada rumah anak-anak yatim. Konsep pameran itu kelakmasih mengekalkan konsep naive dan batik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI