Minat yang mendalam dalam dunia perniagaan sememangnya menjadi azimat buat wanita ini terus melangkah dalam dunia keusahawanan. Zarawani Salim, antara wanita yang mempunyai impian setinggi gunung untuk mengubah kehidupan sekaligus mengecapi hidup yang lebih baik.
Bijak menggunakan ruang dan peluang dalam bidang perniagaan menjadikan dirinya antara usahawan wanita di Malaysia yang melakar kejayaan dalam dunia fesyen.
Usahawan Berjaya
Bagi Zarawani, bukan mudah untuk dirinya berada selesa dalam perniagaan yang diceburinya apatah lagi perniagaan berasaskan fesyen sememangnya mempunyai persaingan yang sengit. Malah Zarawani pernah berhadapan detik jatuh bangun sebelum perniagaannya berada pada kedudukan sekarang.
Menyingkap detik permulaan, pada tahun 2011 terhasilnya jenama fesyen She Dazzle. Zarawani memulakan perniagaan di kampung halamannya Kemaman dengan menubuhkan rumah fesyen mesra hijab. Hanya selepas sembilan tahun beroperasi, Zarawani melebarkan empayar perniagaannya itu ke Kuala Lumpur dengan membuka butik mengikut konsep tersendiri.
Meletakkan kepuasan pelanggan sebagai antara matlamat dalam perniagaannya, Zarawani menetapkan harga yang berpatutan untuk setiap koleksi di samping mengikut rekaan terkini serta berkualiti sebagai tunggak utama. Kgembiraan pelanggan dalam menggayakan setiap koleksinya tidak kiralah pakaian mahupun skaf adalah satu kepuasan dan pencapaian terbaik buat usahawan She Dazzle ini.
Ads
Tidak hairanlah, selepas 12 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen, jenamanya masih menjadi pilihan wanita yang mahu kelihatan bergaya mengikut trend semasa pada harga mampu milik.
KOLEKSI SKAF EDISI TERHAD SEMPENA TAHUN BARU
Ads
She Dazzle memulakan langkah 2024 dengan melancarkan koleksi skaf terbaharu bertemakan kebebasan dan kasih sayang. Koleksi ‘Shescarves’ yang bermotifkan Monogram ini adalah tudung potongan kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok.
Berukuran 45×45 inci, koleksi ini memiliki tema reka bentuk tersendiri antaranya Freedom, Hope dan Love. Setiap reka bentuk didatangkan dalam tiga kombinasi kod warna berbeza. Koleksi skaf ini terhad kepada 1,000 helai sahaja.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal antaranya termasuklah Maryam Kimchi dan Puteri Zarith. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian Datin Alyah yang turut menggayakan koleksi Shescarves.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alangkah bangganya penulis apabila melihat nama wanita Melayu ini tersenarai sebagai Top 100 Malaysia Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2024! Itulah kejayaan yang diraih oleh Mastura Idris atau mesra disapa Tecer Mass apabila meraih pencapaian yang membanggakan muncul sebagai Bumiputera pertama bersaing dengan usahawan pelbagai kaum untuk menempatkan diri dalam senarai tersebut.
Anak kelahiran Terengganu berkata, terpilih menerima anugerah ini adalah penghargaan yang amat besar dan membanggakan buat dirinya.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana usaha dan dedikasi selama ini dihargai dan dipercayai. Ia memberi keyakinan untuk terus maju dalam bidang ini, selain berusaha meningkatkan lagi kemahiran dan perkhidmatan yang saya tawarkan,” ujarnya yang menyangkal dakwaan anugerah ini berbayar seperti yang diperkatakan.
Untuk rekod, Mastura pernah menerima anugerah daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MPTN), Mastura menjelaskan persaingan dengan pakar estetik terutama majoritinya daripada kaum Cina merupakan satu persaingan sihat yang dinilai 100 peratus oleh badan profesional.
“Saya diberitahu ramai sahaja rakan usahawan dalam kalangan Melayu, India dan Cina yang lain cuba nasib untuk dinilai oleh barisan profesional.
“Tetapi dalam penilaian peperiksaan nama saya terpilih dan saya rasa ia adalah satu peluang malah bukanlah mudah untuk bersaing dengan 300 calon.
“Saya tidak sangka menjadi satu-satunya penerima Bumiputera dan berhijab kerana sukar untuk bersaing dengan kaum lain yang sememangnya sudah kuat dan mempunyai nama besar dalam industri estetik dan kecantikan,” katanya.
Terharu & Bersyukur
Mastura merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Beauty Expert Aesthetics & Academy menjelaskan, pemilihan ke peringkat ‘top 100’ adalah bergantung kepada kemahiran teknikal seperti rekod kejayaan, kepuasan pelanggan, inovasi dan etika profesional setiap calon.
Tidak hanya itu, Mastura antara lainnya menerima pengiktirafan seperti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Training The Trainer,Vocational Training Officer atau Pegawai Latihan Vokasional sepanjang dalam industri estetik.
Bersedia menghadapi cabaran, wanita hebat berusia 35 tahun itu telah membuat perancangan selepas memenangi anugerah untuk terus memberi impak positif kepada industri dan berkembang lebih jauh. Beliau turut menasihati usahawan dalam bidang estetik dan kecantikan untuk yakin dengan kemampuan diri dalam bersaing di pasaran.
Terharu dan bersyukur, Mastura mendedahkan gelaran itu sebagai penguat semangat.
“Persaingan itu sihat dan memacu saya untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Setiap pakar tidak kira bangsa, mempunyai kelebihan tersendiri.
“Saya percaya persaingan ini bukan sahaja meningkatkan standard industri tetapi turut memberi peluang untuk kita belajar dan berkembang bersama dalam bidang estetik,” katanya.
“Saya akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan perkhidmatan dengan teknik dan rawatan inovatif. Selain itu, saya ingin memperluas jenama akademi dan pusat estetik serta berkongsi kemahiran melalui seminar dan sesi latihan di serata Malaysia,” katanya.
“Nasihat saya, binalah jaringan untuk kembangkan hubungan dengan pelanggan dan rakan industri. Jangan takut gagal dan anggaplah kegagalan sebagai peluang untuk belajar dan maju,” katanya.
Semoga pencapaian Mastura ini menjadi menjadi penguat semangat dan inspirasi kepada wanita lain untuk memajukan diri dalam apa juga bidang yang diceburi.
Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah kecil. Bagi Norhasmiza Md Ghaus, atau lebih mesra disapa sebagai Miza, langkah itu bermula dengan cinta yang mendalam terhadap bidang perniagaan. Bermula dalam industri fesyen, Miza tidak pernah menyangka dirinya akan melibatkan diri secara serius dalam perniagaan berasaskan kosmetik pula.
Menurut pengasas produk diberi nama Manjaberries ini, masalah kulit yang dialami ibunya menjadi asbab kelahiran produk ini dan mula tular di kalangan pengguna dan pencinta kecantikan terutamanya yang dihasilkan menggunakan bahan semulajadi.
“Semua ini bermula apabila ibu saya mengalami masalah kulit pada tumit yang melepuh dan berlubang. Kami telah mencuba pelbagai produk, tetapi hasilnya kurang memuaskan. Syukur, formula Manjaberries berjaya membantu kulit ibu saya pulih,” cerita Miza dengan penuh keikhlasan.
Sebagai seorang anak, tiada kebahagiaan yang lebih besar daripada melihat ibu tersenyum semula selepas melalui kesukaran. Kejayaan produk dalam membantu ibunya menjadi pemangkin kepada Miza untuk mengembangkan jenama ini, memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna di luar sana.
Mencipta Nama di Platform Digital
Dengan dedikasi dan strategi pemasaran digital, Miza bijak menggunakan platform TikTok sebagai medium utama untuk membina jenamanya. Melalui siaran langsung harian sejak tujuh bulan lalu, produk keluarannya kini semakin popular, terutamanya dalam kalangan pengguna yang menghargai keberkesanan produknya yang diasaskan menggunakan bahan semulajadi.
“Banyak pengalaman pahit dan manis ketika awal-awal memulakan platform live ini. Mana tidaknya, pada awalnya, saya tidak mendapat jualan langsung pada bulan pertama. Namun, apabila mereka mula melihat perubahan kulit saya sendiri, jualan terus meningkat,” katanya yang menjelaskan dirinya turut berhadapan dengan masalah kulit yang dipenuhi jeragat dan lubang jerawat kini berubah ketara setelah mengamalkan produk keluarannya.
Dahulu Tiada View, Kini Jualan Cecah RM3 Juta!
Dedikasi Miza terhadap pemasaran digital sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Dalam tiga bulan pertama, dia melakukan siaran langsung di TikTok selama hampir 15 jam sehari, bermula pukul 9 pagi hingga tengah malam, hanya berhenti untuk makan dan berehat seketika. Hasilnya, produk Manjaberries kini mencatat jualan lebih daripada 30,000 botol dengan nilai jualan melebihi RM3 juta dalam tempoh hanya tujuh bulan!
Ditanya mengenai ramuan semulajadi yang terdapat di dalam produk, Miza berkata dia amat mementingkan kualiti ramuan yang digunakan dan sememangnya komited terhadap penggunaan bahan semulajadi. Malah Miza memastikan produk yang dihasilkan memberi impak yang terbaik untuk para pengguna. .
“Kami memastikan produk ini bebas daripada gula putih, gula tambahan, atau gula buatan. Semua bahan diuji secara klinikal untuk memastikan ia selamat diamalkan,” jelas Miza.
Meskipun masih bertatih dalam perniagaan ini, Miza percaya berkat usaha tanpa mengenal jemu akan membuahkan hasil dalam menghasilkan lagi pelbagai rangkaian penjagaan kulit menggunakan bahan semulajadi. Ia merupakan impiannya untuk memenuhi permintaan pengguna yang mahu produk yang selamat dan mesra alam.
“Kami telah melakukan penyelidikan lebih daripada enam bulan di mana hanya ramuan semulajadi digunakan untuk produk ini. Tidak dinafikan banyak produk makanan tambahan di pasaran dan ramai yang takut untuk mengamalkannya kerana takut menjejaskan kesihatan.
Tetapi saya memilih untuk tidak menggunakan gula putih, gula tambahan dan gula buatan,” ujar Miza sebelum mengakhiri perbualan sempat menegaskan bahawa syarikatnya turut melakukan beberapa siri ujian makmal untuk memastikan produk keluarannya selamat untuk diamalkan.
Miliki pelaburan emas. Bukan calang-calang orang dan kehidupan seseorang itu tidak akan gelap selamanya. Bangkit dan terus berusaha, pasti akan muncul cahaya di penghujungnya.
Inilah yang boleh dikongsikan dengan wanita yang cukup hebat, berani dan sanggup bangkit demi mengubah masa depan bersama anak-anaknya. Jika sebelum ini, dia pernah berhenti kerja makan gaji untuk mencuba pelbagai perniagaan, hasilnya semua mengalami kegagalan.
Pernah juga tinggal RM15 saja dalam simpanan dan sanggup sedekah duit yang ada itu kepada orang yang memerlukan. Berkat inilah menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih hebat dengan memperolehi pendapatan berjuta dan jualan berbillion bersama syarikat pelaburan emas yang dimiliknya sekarang.
Dr Rukhaidah Abd Karim, 49 tahun, Pengasas dan Pengerusi Angel Group Creative Financial Solution, menganggap keputusan untuk berhenti kerja sebagai jurubank bukanlah sesuatu yang mudah, sementelah pada waktu itu pendapatannya agak lumayan. Namun, dia tekad demi mengejar impian dan mengubah kehidupan untuk terjun ke bidang perniagaan.
“Saya tidak menyesal berhenti kerja kerana niat hanya untuk membesarkan anak-anak selepas melalui fasa perceraian dalam rumahtangga. Sudah tentu dengan bisnes yang saya jalankan ini, banyak masa fleksibel untuk saya bersama anak-anak,” katanya yang dibesarkan di Ulu Langat, Selangor.
Segalanya bermula pada tahun 2020, apabila dia mula aktif dalam Quantum Metal yang ia dilihat digital, tanpa sempadan dan produknya adalah emas. Bukan setakat jual emas tapi solusi pada ekonomi.
Melalui pelaburan emas di bawah Quantum Metal (QM), dia menubuhkan Angel Group Creative Financial Solution iaitu agensi yang bertujuan untuk membantu orang ramai mencipta dan melindungi kekayaan mereka, sekali gus memberi pilihan kepada individu, pemilik syarikat dan masyarakat untuk meningkatkan tahap ekonomi dan menjana pendapatan masing-masing.
Cukup mengagumkan dalam tempoh dua tahun, kini dia beroleh kejayaan dengan meraih jualan sehingga RM3.3billion dengan lebih 250,000 members (termasuk investor, pemegang emas dan konsultan).
Lalui Perjalanan Hidup Penuh Mencabar
Sebelum memperoleh kejayaan hari ini, sudah tentu Dr Rukhaidah mempunyai pengalaman dan cabarannya.
“Mengimbau kembali kehidupan saya sebelum ini, bermula kerjaya dengan jurubank, kemudian ambil keputusan untuk berhenti dan mula berniaga.
“Pernah saya buka bisnes cybercafe dengan bermodalkan RM200ribu, akhirnya tutup. Selepas itu, saya cuba buka spa, restoran, jual kuih raya dan paling teruk dihalau balik kerana menjual anak patung tepi jalan. Semua ini tak menjadi.
“Apatah lagi, waktu itu saya berpisah dengan suami untuk membawa haluan masing-masing. Masa sama perlu membesarkan 4 orang anak,” katanya yang mempunyai kelulusan Diploma Perakaunan daripada ITM.
Apa yang tidak boleh dilupakan dan satu keajaiban baginya apabila dia hanya mempunyai RM15 saja dan kesemuanya disedekahkan kepada seseorang.
“Waktu itu, saya hanya ada RM15 untuk menghantar stok kuih raya. Ketika berada di sebuah stesen minyak, ada seorang wanita bersama dua anaknya meminta duit pada kami kerana tak makan beberapa hari dan suami pula sakit.
“Saya sedekahkan RM15 yang saya ada. Ajaibnya, asbab sedekah itu, saya mendapat panggilan daripada seorang usahawan yang ingin menempah kuih yang saya buat sebanyak 28 ribu balang,” katanya yang percaya pada rezeki yang Allah beri.
Buka Kilang Roti Di Syria
Bukan itu saja, rezeki yang dia ada juga telah membuatkan terpanggil untuk membina kilang roti di Syria secara tak sengaja. Kira-kira 2-3 tahun lalu semasa memberi bantuan kepada Syria/Yaman dan dapat pergi ke sana. Masa itulah hatinya terdetik untuk membuka kilang roti.
“Pertama kali ke sana, kita boleh nampak mereka tidak ada makanan, sumber untuk dapatkan wang bagi membeli makanan. Jadi, selepas balik dari Syria, saya mendapat tawaran untuk ambil alih kilang roti yang sudah tidak beroperasi kerana ketiadaan dana.
“Kami ambil keputusan untuk ambil alih kilang roti, beri dana dengan perbelanjaannya lebih kurang RM2.74 juta,” katanya yang merasakan inilah satu jalan untuk membantu rakyat di sana dengan menyediakan bekalan makanan yang berterusan.
.
Jangan Takut Ambil Risiko
Melalui semangat, kejujuran, motivasi dan profesional, cekap merebut peluang memjadikan Dr Rukhaidah disegani dan menjadi inspirasi pada wanita di luar sana.
“Buat ibu tunggal di luar sana, leatakan diri kita tinggi dengan ilmu, jangan biarkan orang lain mainkan kita dan paling penting kena ada kewangan sendiri. Jangan takut ambil risiko dan snetiasa ‘upgrade’ diri sendiri dengan ilmu,” akhirinya.
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...