
Ibu menangis jenazah anak dilarang kebumi didakwa langgar SOP masjid, sejam lebih terbiar di liang lahat.
Pengurusan jenazah seorang individu bertukar detik tegang apabila gagal dikebumikan biar sudah di dalam liang lahat sejam dua puluh minit gara-gara didakwa berkaitan urusan permit pengebumian. Dalam kejadian 12.26 itu, kelihatan ahli keluarga arwah menangis atas ujian dilalui selain berasa tertekan kerana jenazah anak sudah di dalam liang lahat sekian lama.
Dari video dikongsikan di page Wan Chai Official, kedengaran suasana agak tegang di mana pengurusan sebuah masjid di ibu kota yang didakwa menahan permit mengubur yang sudah pun diterima oleh ahli keluarga berhubung dakwaan bayaran RM1,400 upah mengurus.
Ibu Menangis Jenazah Anak Dihalang Kebumi

Dari komen seorang pengguna media sosial Ruby Adawieyah Zubir, memaklumkan suasana tegang itu terjadi akibat salah faham berhubung SOP.
“Isu masalah komunikasi dua pihak. Tapi itulah, jenazah dah kapan siap semua, bagi jela permit tu. Lain-lain isu ko settlekanlah nantikan.
“Polis pun pujuk tadi suruh lepaskan permit, makcik dari pengurusan masjid tu tak nak. Tapi kesudahannya saya tak pasti macam mana mereka settlekan. Kesian family arwah. Surau saya yang terima family arwah untuk mereka uruskan jenazah kat sini pun kena report.
“Pengerusi surau kami pun kena report oleh masjid tu. Katanya kami langgar SOP. Lain-lain hal kami tak pasti macam mana mereka ni komunikasi dan uruskan sampai selesai. Info terbaru saya dapat, makcik yang pegang permit tu kata dia lawyer.

Insiden pengebumian tertangguh ini terjadi apabila bapa kepada arwah merupakan ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Badan Kebajikan Silaturrahim (BKS).
“Bapa arwah minta BKS untuk uruskan jenazah anak. BKS sudah uruskan pengambilan jenazah di Hospital Ampang, memandikan dan solat jenazah.
“Selepas selesai urusan tersebut, bapa arwah minta Borang Kebenaran Pengkebumian Jenazah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada pihak pengurusan masjid, kemudiannya mereka menyatakan akan caj waris sebanyak RM1,400.00 untuk urusan jenazah,” katanya.
Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan berbuat demikian dan menegaskan hanya BKS yang akan menguruskan jenazah arwah anaknya itu.
Dalam komen sama, pengguna media sosial tersebut memaklumkan, susulan itu ahli keluarga terus meminta BKS supaya membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana, namun terhalang oleh polis susulan aduan dibuat oleh pengurusan masjid berkenaan.
Setelah jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan sudah dimasukkan ke dalam liang lahad, proses pengebumian tiba-tiba dihalang dan tidak boleh diteruskan. Dua anggota polis yang hadir di sana berkata mereka menerima laporan daripada pihak masjid.
Didakwa Langgar SOP Masjid, Sejam Lebih Terbiar Di Liang Lahat

Selepas pihak pengurusan masjid datang ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana, barulah pihak polis, penyelia kubur benarkan BKS meneruskan pengkebumian jenazah.
Anda mungkin berminat dengan
Dari video juga kelihatan ahli keluarga arwah menangis atas ujian dihadapi ini. Ramai berpendapat seharusnya dijenazah disempurnakan seawal mungkin dan andai berlaku salah faham berkaitan prosedur, hal ini boleh dibincangkan kemudian selepas pengebumian dilakukan.
Sumber: Mr Wan Cai Official
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

