Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Menggunakan bahan-bahan semulajadi yang pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Hidayat Sahidini sebagai panduan;
Homemade mushroom seasoning powder. Ke arah perisa semulajadi tanpa garam dan msg.
Bahan-Bahan:
Cendawan shitake lotuss halfprice stiker kuning
Lobak merah (hiris guna peeler)
Bawang putih
Cara Membuat:
1. Hiris semua bahan dan masukkan dalam air fryer. Dehydrate 80°c 60min++ sehingga bebetul kering macam kerepek.
Ads
2. Selepas itu blend kering.
Siap!
Ads
Info Ekstra!
Guna cendawan segar, bilas-bilas kemudian hiris je. Tengok mat salleh buat guna dry mushromm dia terus blend je.
Kalau tak ada dhydrtor pakai Air Fryer biasa guna suhu paling rendah 80°c.
Boleh juga bakar cendawan tu sekejap dalam oven. Pastu agak-agak lembab dan tak basah sangat, masukkan dalam kuali dan sangai. Leceh sikitlah sebab tak ada alatan sesuai. Tapi insya allah tetap jadi.
Mingguan Wanita:Menarik boleh buat sendiri serbuk perasa cendawan ni di rumah. Memang jimat,perisa semulajadi bebas garam dan msg malah boleh dapat banyak hasilnya.
Kadang-kadang, kita cukup sayang nak buang barang tak perlu. Bertahun-tahun tersimpan, tak juga guna. Tapi bila nak mengemas dan buang, rasa sayang pula.
Peliknya, kalau dah buang, tiba-tiba menyesal pula buang, masa inilah baru rasa nak pakai. Kalau fikir macam tu, memang penuh la rumah dengan barang tak perlu.
Pejam mata, buang barang tak perlu, pastilkan rumah bersih dan kita pun boleh tenang-tenang. Jadi, bagaimana nak pastikan semua ini.
Sempena tahun baru, azam baru, bolehlah ikut cara Marie Kondo yang memang popular di Jepun dalam kerja-kerja mengemas rumah.
Mulakan Tahun 2023 dengan Marie Kondo. Hanya simpan benda yang spark joy.
Satu ketika sempat tengok satu episod rancangan Marie Kondo, wanita jepun no 1 yang diikuti dalam bab mengemas rumah.
Dalam episod itu, Marie Kondo bantu kemaskan rumah sepasang suami isteri, anak anak mereka dah tinggal berasingan, namun rumah mereka penuh dengan barang barang tak guna lagi bersepah-sepah.
Kita yang tengok pun stres sebab ada terlalu banyak barang yang disimpan berpuluh puluh tahun
Marie Kondo kata, sepanjang dia kemas/organize rumah orang, itulah timbunan baju paling banyak.
Saya rasa macam mustahil boleh kemas rumah tu tapi Marie Kondo dengan wajah excited bagitahu dia akan kembalikan “kehidupan”mereka.
Si isteri suka kumpul baju dan perhiasan rumah. Si suami suka kumpul baseball card.
Isteri itu ada memberitahu bahawa dia shopping untuk de stress (menghilangkan tekanan), tapi setelah rumah bersih dengan bantuan Marie Kondo –> barulah tahu de stress sebenar adalah bila kembali dan duduk di rumah yang bersih, tenang tanpa “sampah sarap yang banyak”.
Poinnya ialah, Perjuangan besar sungguh kan untuk clearkan dan buang barang tak perlu(declutter)? Tapi wajib buat supaya dapat kehidupan teratur, tenang dan MALAH hubungan lebih baik dengan pasangan dan ahli keluarga(ini kupasan lain).
Jom hari ni start..mata saya dah melilau nampak banyak barang@baju nak sedekah/buang. Nak berjuang dengan perasaan sayang ni
Banyak lagi nilai baik dalam Marie Kondo show ini. Antaranya, berhenti beli barang baru, bukan itu yang buat happy. Yang buat happy ialah suasana rumah yang baru lebih teratur. Yang buat bahagia ialah dapat bersama pasangan dan ahli keluarga dalam organize rumah+clutter.
Yang paling buat bahagia ialah hargai dan nikmati semua barang yang ada, dan turut sedekah barang yang dicinta. Gunakan segala yang ada untuk makin taat pada DIA.
Mingguan Wanita : Dengar juga saranan lain, katanya, kalau barang yang disimpan dan dah tak pakai lebih dari tiga tahun, buang atau sedekahkan saja.
Memang ada benarnya nak masak BERAS BASMATHI supaya jadi nasi yang lembut peroi, nisbah sukatan airnya sangat penting! Tak boleh main agak-agak macam kita masak beras biasa. Ada tip dan pantang larang ketika memasak beras basmathi ni, barulah ia jadi elok cantik berderai.
Hadamkan ilmu masak beras basmathi seperti yang dikongsikan oleh Azmi Jusohini sebagai panduan.
1. SEDIAKAN BERAS
Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.
Ini adalah kerana beras ni dah di rebus terlebih dahulu dan dia jemurkan.Macam yang saya terangkan dlm article saya sebelum ni kenapa dan mengapa ianya di rebus dahulu dan di keringkan.
Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.
Rendamkan beras adalah langkah paling utama.
2. NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)
Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.
Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan ye.
Jika terlebih air nasi akan jadi lembek melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.
Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.
Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. In sya allah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni.
Jika nak lebihkan cecair make sure jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras ye. Make sure take note.
3. TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK
Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:
1) Kaedah menumis beras dahulu: Kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan-bahan tumis di dalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibiarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.
2) Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sebelum masukkan beras ke dalam.
3) Kaedah didih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.
4. PANTANG LARANG KETIKA MEMASAK
Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:
Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dlm stage fragile.
Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.
Sentiasa biarkan nasi rest didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.
• Kacau nasi ketika panas, tuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.
• Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.
• Menggunakan pewarna: jika nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sblm dikacau.
• Minyak: Harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan tuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair.
• Elak nasi patah: Elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni, terutama sekali ketika nasi dah kering.
• Bekas penyukat: Gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.
• Tanpa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih bnyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.
Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua yer.
Mingguan Wanita:Jadi kalau nak masak nasi guna beras basmathi boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan ini sebagai panduan. Barulah nasi lembut elok cantik berderai dan masak sekata.
Biasanya kalau bawa kereta dalam hujan mesti ada yang sampai tak nampak jalan. Jenuh guna wiper paling laju supaya air hujan tak melekat pada cermin kereta. Lagi sedih dengan wiper pula yang tak berapa nak elok.
Memang gerun pula nak bawa kererta dalam hujan kalau cermin kereta tak berapa nak nampak. Ada yang selesaikan masalah dengan pastikan dua tiga bulan sekali untuk polish.
Kenapa perlu bazirkan duit untuk polish cermin kereta. Boleh saja guna bahan dapur untuk pastikan air hujan tak melekat pada cermin kereta. Seperti yang dikongsikan oleh Jason Jezi ini.
Kalau ada ubi kentang yang dah ‘bergigi’ atau rosak, jangan buang terus, ada kegunaannya. Buat untuk polish kereta.
Antara cara yang boleh gunakan ubi kentang yang ‘bergigi’ untuk kereta anda. Ubi kentang yang ada ‘gigi’ atau rosak, jangan buang ada kegunaannya.
Selalunya kalau hujanm pasti titisan hujan akan melekat pada cermin. Boleh bahayakan pemanduan. Lepas ini tak perlu polish di kedai jangan bazirkan duit.
Caranya:
Potong dua ubi kentang yang dah ‘bergigi’ atau rosak.
.
Kemudian, gosokkan di permukaan cermin kereta.
.
Nanti akan lihat perbezaan antara dua cermin selepas digosok dengan ubi kentang.
.
Bezanya air mengalir laju pada bahagian vermin yang dogosok dengan ubi kentang dan langsung air tak melekat.
.
Sebaliknya, pada bahagian yang tak digosok dengan ubi kentang, masih ada air yang melekat.
Mingguan wanita : Lepas ni boleh cuba buat kat rumah. Tak perlu bazir duit beli produk polish cermin kan!
Avatar The Last Airbender jadi perhatian selepas klip filem baharu bocor di media sosial. Seorang lelaki ditahan kerana didakwa akses server secara haram.