Setiap ada minat dan hobi tersendiri. Ada yang suka memancing, mengumpul barangan lama dan tak kurang juga ‘hobi mahal’ dan mewah. Semua ini demi kepuasan diri sendiri.

Bagi hobi yang biasa-biasa itu mungkin tiada masalah tapi hobi mahal inilah kadang-kadang membuatkan ada yang sanggup ikat perut untuk dapatkannya demi kepuasan diri. Peliknya, ada pula mengata sampaikan duit habis kerana nak beli barang mahal ini semata-mata.

Sesetengah mak-mak suka hobi mahal dengan beli pinggan mangkuk, beg berjenama, pakaian dan sebagainya. Sanggup simpan duit demi dapatkan barang yang disukai.

Yang sedihnya, ada yang mengata ‘nampak tak ada duit tapi masih boleh beli barang mahal-mahal’ atau mungkin juga ‘sanggup ikat perut dan menabung untuk beli apa yang diidamkan.

Tak kisahlah apa orang nak cakap, waima membazir sekalipun, asalkan ia tidak menyusahkan orang dan demi kepuasan diri. Pendapat yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh ini ada benarnya. Tak perlu nak tunggu kaya untuk dapatkan hobi mahal. Semuanya ini demi kepuasan diri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Demi Rakaman Gambar Sempurna, Wanita Ini Sanggup Bahayakan Nyawa Minta Selamatkan Kamera

Hiduplah Sederhana, Tak Perlu Nak Tunjuk Harta Semata-Mata Nak Bagi Orang Bangga

Info Lebih Menarik DI SINI

Hobi Mahal Untuk Kepuasan Diri

“Apa benda la beli pinggan sampai beratus sebiji ni? Membazir sahaja. Baik beli emas”.

IKLAN

Dulu, aku agak skeptikal dengan barangan kayangan ni. Rasa pelik kenapa ramai je orang sanggup berhabis duit hanya untuk beli pinggan mangkuk, sudip belanga yang mahal-mahal.
Akhirnya aku jumpa jawapan, ia tentang kepuasan.

Puas, bahagia, seronok dan gembira ni tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia tidak ternilai harganya.

Ada jenis minat tudung Duck atau tudung kayangan lain sanggup beli walau harga beratus ringgit. Peminat produk kecantikan diri tidak kurang ramainya. Sanggup beli set make up, pencuci muka mahal-mahal.

Peminat bunga tak kurang juga. Beli keladi sampai beribu ringgit. Peminat supplements sanggup habis beribu ringgit untuk supplements.

Yang minat travel, sanggup habiskan semua duit untuk travel. Yang minat deko rumah, habis ratusan ribu ringgit nak deko sahaja.

IKLAN

Yang minat memancing, koleksi alat pancing bernilai puluhan ribu. Yang minat jam, habis ke situ. Abang posmen pun ada set pancing harga beribu. Runner Lazada pun pakai sport rim kereta harga beribu.

Minat orang tidak sama. Tak perlu perlekehkan minat orang lain kerana kita tidak mempunyai minat yang serupa. Mungkin minat kita, orang pun tidak suka. Ye dak?

Demi kepuasan dan minat, acik cleaner yang gaji rendah pun ada set Tupperware. Mereka yang kerja biasa-biasa pun ada set Portmerion kat rumah.

Demi kepuasan, mereka sanggup menabung, sanggup ikat perut, sanggup main kutu. Kalau kat tempat kerja tu biasa ada je kutu emas, kutu iron Philips, kutu Tupperware, kutu alat solek dan sebagainya.

Demi Kepuasan

Hobi mahal ni bukan kerana mereka kaya raya, tapi kerana kepuasan diri sendiri. Orang nak kata apa pun mereka tak peduli. Bukan guna duit orang lain pun. Mereka usaha, simpan, menabung, main kutu, dan sebaik dapat, kepuasan terpancar diwajah, tidur pun dalam senyuman.

IKLAN

Nak layan hobi mahal boleh, pastikan hutang orang bayar dulu tau. Marah orang kalau kita dok layan hobi mahal, tapi hutang mereka tak bayar.

Mingguan Wanita : Memang betul pun, kalau dah teringin mak-mak sanggup menabung. Tapi kalau yang suka berhutang, kenalah bayar kan. Jangan pakai atau beli barangan mewah tapi hutang tak bayar. Bahaya!

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI