aiskrim

Rupanya mudah je mak-mak boleh buat aiskrim sendiri di rumah yang rasanya sama macam beli di kedai. Cuma bezanya bila buat aiskrim sendiri, kita boleh kawal kemanisannya dan bebas daripada sebarang pewarna mahupun perisa tambahan.Kebersihannya pun terjamin dan puas hati bila nak bagi anak-anak merasa aiskrim buatan sendiri ni.

Berikut perkongsian oleh Puan Nur Hidayah sebagai panduan ;

“Saya pernah berkongsi resepi ais krim sebelum ni. Ada kawan terdekat mintak buatkan & cakap sedap tak manis.Alhamdulillah. ♥♥♥ Ni saya kongsikan semula kalau ada yang terlepas, boleh lah ibu-ibu try untuk anak-anak.. bujang pun leh buat tau. Senang sangat.Saya pun tanya En.Gugel..cuma saya kurangkan susu je. Bila anak suka, memang tak beli dah aiskrim.”

Bahan-Bahan:

1 tin susu cair
1 Sudu besar ovelatte
1 Sudu susu pekat
(Bagi saya ni dah manis lemak, tapi kalau ade yang suka manis boleh lebihkan susu pekat)
1 penutup esen vanila

Cara Membuat:

1.Campurkan semua bahan. Boleh guna mixer, blender @ food processor. Mix lebih kurang 15 minit guna mixer & blender.Kalau dah likat tu dah okla. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat. Kalau guna food processor tu biasa tak sampai 15 minit memang dah likat.

2.Kalau guna blender, disarankan buat sukatan separuh-separuh. Maksudnya buat setengah tin susu cair & setengah bahan-bahan lain. Selepas tu buat lagi setengah sebab bils blend dia akan mengembang nanti.Takut blender tak muat.

3.Kemudian, boleh bahagikan ikut perisa ape nak letak. Macam saya ni..saya bahagi 2 bahagian je. 1 bahagian letak koko. Sesudu setengah cukupla.Jangan banyak sangat nanti pahit tak sedap pulak.

4.Selepas itu, untuk deko letaklah hiasan yang disukai. Simpan dalam peti sejuk selama 24jam.

Selamat mencuba ♥
Semoga bermanfaat ♥

Mudah je rupanya mak-mak nak buat aiskrim sendiri ni di rumah. Cuti sekolah tak lama lagi, boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak. Mesti mereka teruja bila buat aiskrim sendiri, malah kemanisannya pun boleh kita kawal.

Sumber: Nur Hidayah

Jangan Lupa Komen