Kata-kata meruntun jiwa itu disuarakan Attar Azim Syukran Jamil, 9, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas mengorbankan empat ahli keluarganya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu lalu.
Foto: NSTP
Menurut Ibu saudara kanak-kanak tersebut, Umi Salwa Ab Hamid, 40, berkata, perasaan sebak itu diluahkan murid Tahun Tiga tersebut sebaik dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa dan dua adiknya.
Menurutnya, pada mulanya Attar Azim yang cedera dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra tidak percaya dan hanya menganggap kematian ahli keluarganya sebagai gurauan.
Umi Salwa Ab Hamid
“Sehinggalah pagi tadi, pak longnya beritahu sekali lagi. Kenyataan itu membuatnya terdiam, dia hanya memandang ke atas seolah sedang menahan sebak.
“Apabila dia menyebut ‘semua dah tak ada’, itu membuatkan kami bertambah pilu dan sedih,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Felda Trolak Utara dekat Sungkai di sini pada Ahad, memetik sumber Sinar Harian.
Punca Kemalangan
Dalam kejadian jam 1.40 petang itu, Syukran Jamil Ab Hamid dan isteri, Noor Aishah Razali masing-masing berusia 35 tahun bersama bayi mereka, Lufya Adeena berusia setahun maut di lokasi kejadian.
Ads
Seorang lagi anak pasangan itu, Ahya Rafiqi, 6, pula disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Syukran Jamil dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang bertembung dengan sebuah Nissan March dipandu warga Thailand yang masuk ke laluan dari arah bertentangan.
Umi Salwa berkata, keadaan kesihatan Attar Azim menunjukkan perkembangan positif dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Ads
Katanya, keadaan itu memberi kesempatan kepada anak yatim piatu itu mengiringi jenazah ahli keluarganya untuk dikebumikan di sini hari ini.
“Proses mandi dan kafan jenazah diselesaikan di hospital. Insya-ALLAH kesemua jenazah akan tiba di sini (Sungkai) lewat petang ini untuk pengebumian,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Umi Salwa berkata, pemergian Syukran Jamil amat dirasai ahli keluarga terutama ibu bapa mereka apatah lagi anak kelapan daripada sembilan beradik itu seorang yang ceria dan suka bergurau.
Katanya, Allahyarham yang berkhidmat sebagai guru Kafa Ar Raudhah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam juga mempunyai hubungan rapat dengan anak saudara dan menjadi antara orang kuat dalam penganjuran hari keluarga.
“Kami adik-beradik memang rapat, setiap tahun ada sahaja acara supaya kami dapat berkumpul dan selalunya memang arwahlah paling teruja.
“Kali terakhir kami berjumpa pada Januari lepas sewaktu hari pertunangan anak saudara kami. Arwah dan keluarga nampak biasa sahaja dan ceria seperti selalu.
“Arwah ada sediakan hadiah kelahiran anak kepada adik bongsu kami lebih awal, seolah-olah macam tahu dia akan pergi,” katanya.
Jenazah empat beranak akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara di sini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri tuntut cerai sebab suami malas mandi & gosok gigi, mahkamah beri pampasan RM78,000. Susah jika dapat pasangan pengotor dan tak menjaga kebersihan diri.
Akibat tidak tahan bau busuk dan suami yang tidak menjaga kebersihan diri, di Turki seorang isteri dikenali sebagai A.Y memfailkan permohonan tuntutan cerai terhadap suaminya C.Y atas alasan lelaki itu tidak menjaga kebersihan diri yang membuatkan dirinya berasa geli.
Isteri Tuntut Cerai Sebab Suami Malas Mandi & Gosok Gigi
Dalam permohonan cerai yang dikemukakan, isteri ini memaklumkan suaminya hanya mandi sekali dalam tempoh 7 hingga 10 hari. Malah suaminya juga hanya menggosok gigi sekali atau dua kali seminggu yang menyebabkan nafasnya berbau.
Dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Keluarga ke-19 di Ankara, peguam plaintif, Senem Yilmazel memaklumkan defendan sering memakai pakaian yang sama sekurang-kurangnya lima hari berturut-turut, jarang mandi dan badannya selalu berbau peluh.
Beberapa rakan sekerja lelaki yang dipanggil menjadi saksi di mahkamah juga mengesahkan dakwaan tersebut di mana kesemuanya memberikan kenyataan sama iaitu C.Y memang tidak menjaga kebersihan diri. Dan bekerja bersamanya dalam satu pejabat amat menyeksakan.
Ekoran bukti ditampilkan, mahkamah Keluarga Turki telah meluluskan permohonan tuntutan cerai isteri malang ini. Malah bekas suaminya juga telah diperintah untuk membayar ganti sebanyak 500,000 lira Turki (RM78,000) kepada bekas isterinya yang terpaksa menanggung ‘derita’ berdepan dengan sikap pengotornya itu.
Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Keluarga Senem berkata, pasangan suami isteri seharusnya memenuhi tanggungjawab kehidupan rumah tangga bersama-sama.
“Jika ada yang tidak tahan dengan tingkah laku pasangan, maka suami atau isteri berhak untuk memohon perceraian. Oleh itu, adalah penting untuk setiap pasangan menjaga kebersihan diri.”
Dalam undang-undang sivil Turki, alasan yang diterima untuk perceraian dibahagikan kepada dua kategori – alasan khas dan alasan umum. Alasan umum termasuk semua alasan yang membuat hidup menjadi tidak tertahan bagi satu atau kedua-dua pihak.
Dalam kes ini jelas Senem telah terbukti bahawa defendan gagal menjaga kebersihan diri dan ia dianggap sebagai alasan yang sah untuk perceraian. Sumber: Oddity CentraL
Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bau badan berkaitan penjagaan kebersihan diri. Kena pastikan diri sentiasa bersih, segar dan badan tidak berbau agar orang sekeliling selesa dengan keadaan kita.Lebih-lebih lagi jika ingin melakukan perjalanan yang jauh dengan menaiki kereta, bas mahupun pesawat. Jangan jadi seperti lelaki ini, terpaksa dikeluarkan daripada pesawat gara-gara bau badannya yang amat busuk!
Sebuah pesawat penerbangan komersial terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sejumlah penumpang pengsan dan muntah gara-gara terhidu bau badan busuk seorang penumpang lelaki.
Dikurung Dalam Tandas
Menurut laporan, kru kabin cuba mengurangkan kesan bau badan lelaki itu dengan mengurungnya di dalam tandas pesawat tetapi gagal menyelesaikan masalah.
Pesawat Transavia Boeing 737 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Belanda ke Gran Canaria, Sepanyol itu kemudian membuat keputusan mendarat di Faro di sini.
Sebaik mendarat, lelaki berkenaan diiringi keluar dari kapal terbang oleh sejumlah pegawai perubatan sebelum menaiki sebuah bas.
“Bau badannya seperti orang tidak mandi beberapa minggu menyebabkan ada penumpang tidak tahan dan muntah,” kata penumpang warga Belgium, Piet van Haut.
Transavia mengesahkan pendaratan cemas itu sambil mengatakan puncanya akibat masalah kesihatan.
Macam-macam hal. Jangan sampai jadi macam ni iya. Busuk sangat tu, sampai boleh buat orang muntah dan pengsan!Pesawat pun terpaksa buat pendaratan cemas!
Ngeri kalau dengar kes vape meletup dalam poket seluar. Tetapi berbeza semalam viral di media sosial sekeping gambar kesan meletup yang dimuat naikkan oleh Puan Hidayah Razak, apabila bateri simpanan meletup di dalam poket seluar suaminya.
Akibat dari kejadian itu, mangsa telah mengalami melecur tahap dua dan tiga. Tulisnya bukan vape yang jadi punca meletup tetapi benda lain yang ada dalam poket seluar suaminya. Ikuti perkongsiannya…
Bajet Vape Tapi Tak Sangka Rupanya…
Menurutnya dia sendiri tak bajet bateri vape itu boleh meletup secara tiba-tiba di sebuah klinik, tetapi apabila tahu puncanya dia mengingatkan agar orang ramai boleh berhati-hati letak barang dalam poket seluar.
“Dugaan Allah buat kami suami isteri.
Belum sampai seminggu discharge, semalam Allah uji lagi. Terpaksa berkampung kat Hospital Ipoh pula sebab suami burn stage 2 and stage 3.
Kejadian berlaku semalam dalam pukul 2.30pm masa kami tengah tunggu turn follow up appointment di klinik O&G Hospital Taiping. Tiba-tiba ada benda meletup dari poket kanan dia.
Mula-mula memang kami dah suspect tu vape yang meletup. Tapi tengok-tengok vape duk elok lagi tak terjejas.
Rupa-rupanya yang meletup tu bateri spare vape (duduk di luar vape) bukan vape yg meletup mcm yg kami sangka.
1 klinik terkejut sebab bunyi meletup tu agak kuat. Suami cepat-cepat buka seluar dan padamkan api kat situ. 2 jari tangan kanan burn stage 2, peha dan punggung kanan ada beberapa bahagian stage 2 dan stage 3.
Nurse terus call ambulance bawa ke emergency. Yelah, takkan nak pegi emergency jalan kaki kan walaupun dekat. Dalam 15min tunggu, ambulance pun sampai.
Ingatkan warded hospital taiping je lah, rupa-rupanya doc pakar bahagian kebakaran ada kat hospital ipoh sahaja. Berhuhu la kami laki bini naik ambulance ke hospital ipoh pulak.”
Terus Trauma, Mohon Beringat
Walaupun vape itu bukan puncanya, namun pasangan ini agak trauma dengan apa kejadian ini. Sebenarnya nak guna tak salah tetapi pastikan anda tahu cara nak simpan dengan betul.
“Natijahnya dari kejadian, walaupun vape masih dalam keadaan elok kami tak berani nak pegang vape tu sebab trauma.
Semalam masa nak kutip barang-barang pun jenuh berlapik tebal-tebal nak kutip vape, terus masuk dalam plastik sampah. Trauma oii walaupun bateri sahaja yg meletup.
Kawan-kawan, doakan kami kuat dan tabah hadapi ujian ni.
Lesson learned. Jangan letak apa-apa bateri bersama apa-apa kunci pun. Power bank ke apa ke, sama je. Inilah natijahnya. Vape tak salah. Bateri tak salah. Tapi cara penyimpanan/ penjagaan yang salah.”
Nota:
Vape suami saya masih dalam keadaan elok, bateri spare sahaja yang meletup sebab spark yang terhasil dari bateri + kunci kereta yang ada dalam poket seluar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...