Pelajar vokasional meninggal dibelasah, tular screenshoot pembuli “siap pakaikan baju sekolah pada arwah…
Pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional, di sini, awal pagi tadi.
Pelajar Vokasional Meninggal Dibelasah
Mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada 6.50 pagi.
Dalam pada itu, tular di media sosial satu screenshoot bahawa selepas kejadian pukul itu berlaku, pembuli didakwa telah memakaikan arwah pakaian sekolah lengkap berstoking yang menampakkan seolah arwah sedang bersiap ke sekolah dan agar perbuatan buli itu tidak kantoi dilakukan mereka.
Tular Screenshot Pembuli “Siap Pakaikan Baju Sekolah Pada Arwah..”
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.
Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.
Ads
“Bertindak di atas laporan yang dibuat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku di bangunan asrama lelaki kolej berkenaan dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di lantai di dalam sebuah bilik asrama kolej itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.
“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.
Ads
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, polis menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.
“Setakat ini, polis juga mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan.
Ads
“Kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Sementara itu, Dr Rohan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecewa sungguh WN Syuhada ketika mahu ke majlis makan malam. Segala persiapan sudah dibuat, dari pilihan baju sampailah solekan.
Cuma inai tangan saja, dia belum bertemu dengan orang yang membolehkannya melengkapkan penampilan pada malam dinner nanti.
Dalam kekalutan, akhirnya dia dapat juga khidmat seorang pelukis inai yang berpengalaman 17 tahun dalam kerjayanya.
Sayang apa yang jadi.. harga yang diperoleh tidak berbaloi dengan hasil lukisan inai tangan yang diterima.
Mingguan Wanita mendapatkan keizinan daripada Syuhada untuk kongsikan semula kisahnya. Sebagai pengajaran, agar sesiapa pun lebih berhati-hati ketika berurusan jual beli.
Inai Harga RM550 Untuk Tangan Sahaja
Untuk dinner malam tu semua perfect ( for me). Baju onz by Uncle’s Ash Bin Arrif, makeup onz by Ainna ML tapi inai je ke laut. Stress betul.
Ceritanya Syu tak sempat berinai so minta kawan carikan someone yang boleh datang hotel untuk inai sebab petang tu busy sangat.
Syu dah wassap beberapa henna artist around KL tapi semua full date tu. Maka dengan masa yang limited panggil je la auntie ni dekat Ampang Point. Dia sanggup datang hotel untuk berinai . Harga dia setuju mula-mula RM150 untuk inai tangan sahaja .
Then dia pun datang hotel. Lambat juga dia sampai. So, kitaorang pun start la berinai. Mula-mula boleh nampak dia punya lukisan tak kemas pastu asyik tersalah.
Lukisan tangan kiri tak sama macam tangan kanan. Siap yang kawan Syu punya, so my turn. Syu request nak panjang sikit dari kawan Syu, pastu bunga nak lebat sikit.
Lepas Dah Kering, Aduhai.. Tak Rupa Inai Langsung
Pastu last-last dia beritahu harga RM550. Mula-mula nampak ok je inai sebab belum keringkan . Nampak cantik la juga. Lepas dah kering tu aduhai stress tengok takde rupa inai langsung .
Auntie ni awal-awal dah lari tak tunggu kering. Katanya rushing nak ambil anak dia .
Mula-mula argue juga harga tu . Dia kata sebab design susah plus pengalaman dia dah 17 tahun k. Syu macam pelik dah, takkan tambah sikit panjang harga mencanak naik dari kawan.
Kawan Syu RM150, Syu punya RM550, transportation cost lain tau. Tapi sebab dah penat waktu tu so Syu bayar je lah.
Auntie ni beroperasi di Galaxy Ampang. Takde niat nak tutup periuk nasi dia cuma lain kali please be careful.
Salah Syu sebab tak tanya awal-awal sebab ingatkan harga naik sikit je. Kalau cantik takpe, ini alahai.. stress tengok.
Berbaloi ke harga RM550 macam ni? Geram je tengok.
MW : Dalam apa juga perniagaan yang kita jalankan, seharusnya peniaga bersikap jujur dengan pelanggan. Kerana, kejujuran itulah yang kelak buatkan rezeki takkan pernah putus.
Tahniah buat penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, yang telah berkongsi nama anak sulungnya Bintang Aiko bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini.
Tuju dan Loca B pada Oktober lalu mendedahkan mereka sudah mendirikan rumah tangga, bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka kerana lebih selesa bercakap soal kerjaya sahaja.
Bintang Aiko, Loca B Berpantang Di Rumah
Perkhabaran itu dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.
“Nama anak saya Bintang Aiko.
“Alhamdulillah, Loca B sekarang sedang berpantang di rumah. Bagaimanapun, selama dua minggu ini saya tidak dapat bersama anak yang baru lahir itu kerana kuarantin,” kongsi Tuju.
Keputusan Ujian Calitan Negatif
Difahamkan ketika ini, Tuju sedang dalam proses kuarantin diri selama 14 hari, meskipun ujian swab yang dilakukan Ahad lalu menunjukkan keputusan negatif.
“Selama 14 hari ini saya hanya kuarantin diri di rumah. Sepanjang tempoh itu saya akan meluangkan masa dengan buat lagu.
“Buat masa ini, fokus utama pada kesihatan saya dan keluarga,” katanya.
Tuju merupakan antara penyanyi yang terlibat dengan program Muzik Muzik Separuh Akhir 35 baru-baru ini telah menjalani ujian swab dan proses kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga selepas penyanyi Alif Satar yang turut serta dalam program sama disahkan positif Covid-19.
Tanggal 23 Oktober 2023 menjadi saksi penyampai radio Fizi Ali menamatkan status duda dan bergelar suami kepada wanita pilihannya pada Isnin.
Fizi atau nama penuhnya Mohd Fafizudin Alimudin, 36 tahun berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto dirinya dan seorang wanita mengenakan pakaian serba putih dipercayai selepas selesai upacara akad nikah.
Akhiri Zaman Duda
Pasangan tersebut dipercayai melangsungkan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.
Walaubagaimanapun, Fizi tidak berkongsi butiran lanjut mengenai muat naik tersebut di laman Instagram miliknya namun menitipkan ucapan ringkas di kapsyen foto tersebut di mana penyampai radio berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur terhadap pernikahan tersebut.
alhamdulillah syukur…bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami..terima kasih semua yang mendoakan yang baik utk kami..semoga doa2 yang baik kembali semula dekat kalian #offduda #23.10.23
Kembali Pegang Status Suami
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakila Khoriri pada 18 Februari 2019. Namun pasangan tersebut bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...