Menggoreng tapi tak guna minyak? macam mana tu.Jika kali pertama dengar memang macam pelik dan mustahil.Tapi alat perkakasan dapur ini amatlah sesuai bagi wanita yang sedang berdiet dan nak hidup lebih sihat.Bukan apa, minyak yang berlebihan boleh menyebabkan kadar kolestrol yang tinggi sekaligus penyebab kepada risiko penyakit jantung.
Istimewanya lagi, menggunakan air fryer ni, walaupun tanpa atau hanya sedikit minyak yang digunakan, hasil gorengannya tetap sedap sama seperti menggunakan minyak.Teknologi menggoreng tanpa minyak ni banyak diguna pakai di negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Korea, Timur Tengah dan Australia, kerana dianggap kaedah memasak yang lebih sihat.
Ini antara 7 kelebihan Menggunakan Air Fryer:
1. Jimatkan Perbelanjaan
Memandangkan air fryer tidak perlu menggunakan minyak, maka jimatlah perbelanjaan bulanan untuk membeli minyak masak yang boleh tahan juga harganya sekarang.Jika selama ini, membeli botol besar minyak untuk memasak, selepas menggunakan alat ni boleh beli botol kecil je.
2. Kurangkan Kandungan Lemak dan Kolestrol
Teknologi air frying dapat menurunkan kandungan lemak dan kadar kolestrol sekaligus membuatkan makanan yang dimasak menjadi lebih sihat. Makanan juga jadi lebih sedap dan lazat.
3. Fungsi Pelbagai Guna
Walaupun kegunaan utama air fryer adalah untuk menggoreng tanpa minyak, namun alat ini juga boleh digunakan untuk memanggang ayam, membuat steak,ikan bakar, kuih dan sebagainya.Memang pelbagai guna dan hasilmasakan juga lebih sekata!
Ads
4. Jadikan Makanan Kembali Rangup
Ini antara kelebihan yang best bagi air fryer. Makanan bergoreng seperti goreng pisang, ayam goreng,cucur sayur, kentang, nugget dan sebagainya bila dah sejuk akan jadi lembik, malah jika digoreng semula akan serap minyak yang banyak. Namun dengan menggunakan air fryer ia boleh merangupkan kembali makanan tersebut tanpa menyerap minyak.
5. Tidak Menghasilkan Asap
Satu lagi kelebihan menggunakan air fryer ini adalah ia dilengkapi dengan built in filter yang akan menapis udara tanpa mengeluarkan asap.Jadi takdelah masalah dapur berbau, asap memasak bertebaran satu rumah!
6. Memasak Lebih Cepat & Efisien
Kerja memasak menjadi lebih mudah dan cepat bila menggunakan air fryer ni. Mana tak nya, hanya perlu masukkan dalam periuk, tekan setting suhu dan masa, ia akan masak sendiri.Berbanding menggoreng cara biasa menggunakan kuali, perlu di tunggu dan diterbalikkan agar gorengan tidak hangit. Jadi masa yang ada mak-mak bolehlah buat kerja rumah yang lain.Kan jimat masa!
7. Mudah Dibersihkan
Nak bersihkan air fryer pun tak susah. Mudah sangat. Hanya cuci bekas dan jaringnya seperti biasa dengan air dan sabun setelah digunakan agar ia bersih dan tahan lama.
Ads
Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menggunakan Air Fryer
1. Kapasiti (Muatan)
Ada 3 jenis kapasiti bagi airfryer iaitu kecil, sedang dan besar.Kapasiti paling kecil anggaran dalam 0.8KG dan paling besar 10 Liter.Sebelum beli, pastikan penggunaan harian bagaimana,jika keluarga bersaiz kecil muatan air fryer yang kurang daripada 3 Liter sudah memadai.
2. Suhu Harus Tepat
Penggunaan suhu memasak yang tepat akan menghasilkan makanan yang lebih sedap dan sempurna. Suhu temperature pada air fryer biasanya ditetapkan antara 100-200 darjah celcius.Pastikan suhu telah di set dengan betul dan jelas sebelum menggunakannya.
Ads
3.Timer dan Auto Shut Off
Selain suhu, tetapan waktu memasak (timer) juga sangat penting agar dapat menentukan tahap kematangan dan tekstur makanan yang diinginkan.Air Fryer turut dilengkapi dengan sistem Auto Shut Off,setelah makanan siap dimasak.
Jadi mak-mak yang nak hidangan lebih sihat, jimatkan masa memasak dan belanja dapur, pujuk-pujuklah encik suami belikan air fryer ni untuk kegunaan dirumah. Tak mahal mana pun, boleh dapat harga dibawah RM200.
Wawa Zainal pernah berdepan pengalaman mistik. Pelakon, penerbit dan usahawan wanita terkenal, Wawa Zainal sewaktu ditemui di Malam Gala Filem Abnormal Buas menjelaskan pernah berdepan pengalaman mistik beberapa kali sepanjang mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Aeril Zafrel.
Wawa Zainal Pernah Berdepan Pengalaman Mistik
Menurut Wawa dirinya pernah berjumpa beberapa kali objek aneh di kediamannya.
“Jumpa barang-barang pelik di rumah. Baru-baru ini pun ada juga saya juga.
“Di rumah, saya jumpa tiga atau empat hari lepas, batang pinang, limau dan wang syiling yang dibakar.
“Benda ini dah beberapa kali dah berlaku sejak kami berkahwin.
“Sebelum ini, saya dan Aeril pernah juga ‘keluar’ syiling dari badan dan sebagainya.
Wawa yang berasal dari Sabah itu turut memberitahu dirinya kadangkala menjadi trauma dan pernah terfikir tidak terlalu menonjol dikhalayak.
“Takut sebenarnya sebab hati orang, kita tak boleh nak baca. Kadang, nak kongsi pun saya takut. Kalau boleh saya nak di belakang tabir sahaja sekarang sebab dah trauma dah.
“Tapi, sebab perniagaan saya, saya tak boleh berada di belakang.
“Bila berubat, tak nak tahu siapa yang ‘buat’ sebab nanti takut timbul rasa tak seronok pula kan.
“Orang yang buat ini tak takut. Kita kalau nak buat orang, mesti kita akan terfikir balasan di akhirat dan kifarah di dunia.
“Tapi, itulah. Manusia lain-lain hatinya. Jadi, kita tak boleh menilai,” sambungnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai yang ternanti-nanti sama ada terdapat caj tambahan atau tidak kepada peminjam sewa beli jika mengambil moratorium.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah apabila Menteri Kewangan mengesahkan bahawa tiada caj tambahan atau penalti lewat bayar jika ambil moratorium seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Tiada caj tambahan dikenakan kepada peminjam sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh moratorium pembiayaan.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mencapai kata sepakat dengan industri perbankan.
Jumlah Ansuran Tidak Berubah
Beliau berkata, persetujuan dicapai menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan tidak berubah bagi kedua-dua jenis pembiayaan berkenaan.
“Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing.
“Ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium berkenaan,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.
“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga mak, ayah sentiasa mengamalkan sikap berjimat-cermat sepanjang tempoh PKP ini. Mungkin duit bayaran kereta yang ditangguhkan buat beberapa bulan ini dapat disimpan untuk kegunaan lain pada masa akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Akhirnya ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengambil keputusan untuk membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’.
Pemilik syarikat Noor Khan Enterprise itu berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.
Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dirinya mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.
Ekoran itu, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.
Ibu Neelofa Mohon Maaf Kepada Semua
Seperti mana yang dipetik menerusi portal berita Sinar Plus, Datin Kartini memohon mmaf dan mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk ‘Harimau Menangis’
“Saya ingin memohon maaf kepada semua dan saya mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk tersebut,” ungkapnya.
Tujuan Asal Untuk Melindungi Jenama Perniagaan
Datin Kartini juga akui kekhilafan yang telah berlaku sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
“Tujuan asal saya memohon ‘trademark’ ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan,” sambunya lagi.
Tambah Noor Kartini, dirinya tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.
“Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT. Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,” ungkapnya.
Selepas fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, kini Astro mempersembahkan drama baharu ‘Dia Imamku’ yang pastinya bakal menggegarkan emosi penonton. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha...