Jika ada kulit cempedak di rumah tu jangan dibuang. Mak-mak boleh cuba buat Jeruk Kulit Cempedak atau Mandai ni. Mandai cukup popular dan merupakan hidangan tradisi bagi orang Banjar. Ia sedap dimakan dengan nasi panas.

Berikut perkongsian Puan Siti Zubidah Mohd Daud ini.

“Siap untuk dijeruk..Mandai. Siapa sini pernah makan mandai..cuba angkat tangan sikit.Sapa suka makan mandai,kita geng”

1.Kulit cempedak/nangka bakal dijeruk.Isinya dah diasingkan, dibuang kulit luar yang berduri tu.Dah asing isinya, bahagian kulit dibuang kulit yang berduri tu.Basuh bersih-bersih.

Goreng Mandai Tumis Garing, Makan Nasi Panas-Panas Sedap Tak ‘Hinggat’!

 

2.Yang ni dah dijerukkan dengan garam kasar asam keping dan cili api. Biar seminggu atau lebih.Kalau kena cara simpannya bertahun tahan.Tahan lama boleh simpan bertahun yang dah jeruk.

IKLAN

Goreng Mandai Tumis Garing, Makan Nasi Panas-Panas Sedap Tak ‘Hinggat’!

 

3.Mandai yang dah dijeruk,boleh dimasak.Caranya, ambik mandai dibasuh bawah air mengalir, diperah airnya dan digoreng sampai garing.

IKLAN

Goreng Mandai Tumis Garing, Makan Nasi Panas-Panas Sedap Tak ‘Hinggat’!

 

4.Ikan bilis digoreng Tos Minyak.Potong cili api, bawang besar,bawang putih,tumis sampai garing kemudian masukkan mandai dan ikan bilis tadi. Gaul rata, tutup api dan angkat. Makan nasi panas-panas, sedap tak hinggat.

IKLAN

Goreng Mandai Tumis Garing, Makan Nasi Panas-Panas Sedap Tak ‘Hinggat’!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Tip Pilih Tepung Beras, Rupanya Setiap Jenis Ada Kegunaan Masing-Masing

MW: Sedapnya. Jadi kulit cempedak yang ada tu jangan dibuang.Mak-mak yang nak merasai kesedapan mandai ni, boleh cuba buat sendiri di rumah.

Sumber: Siti Zubidah Mohd Daud

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI