air

Air oh air. Mula 6 hari bulan Mac sehingga haribulan Mac sudah pasti warga Lembah Klang susah hati sebab ada gangguan air. Bercerita pasal gangguan air ini sudah pasti masing-masing ada cerita menarik mengenainya.

Saya ingat lagi beberapa tahun lalu sewaktu KL mengalami masalah gangguan air, emak dan ayah di kampung sanggup menghantar tong air warna hitam tempat menadah air tetapi tidak digunakan di kampung ke rumah saya di KL.

Gigih adik saya membawa tong air itu di dalam kereta Triton nya. Tong air itu amat besar. Bukan setakat dapat menyimpan air tetapi boleh buat kolam mandi kanak-kanak. Jenuh juga menadah air bagi memenuhkan tong itu tetapi berbaloi kerana sekurang-kurangnya kami tidak perlukan banyak bekas dan tong untuk menyimpan air. Memang kelakar kalau mengingatinya semula.

Selepas gangguan bekalan air itu selesai, tong itu tidak digunakan lagi. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak ambil mudah mengenai bekalan air. Saya sudah mula ambil langkah berjaga-jaga dalam menyimpan bekalan air.

IKLAN

Setiap rumah sudah pasti ada tangki air. Tetapi tidak salah membuat langkah-langkah persediaan yang lain untuk memudahkan diri kita juga.

Cara Simpan Air

1. Cara pertama yang saya lakukan untuk simpan air mudah sahaja. Setiap hari sudah pasti saya akan menyimpan air yang telah ditapis di dalam bekas air bertutup. Bekas berwarna putih itu boleh dibeli di pasaraya. Bekas itu mampu memuatkan lebih kurang 5 liter air.

Sebenarnya pada mulanya saya menyimpan air di dalam bekas bertutup itu untuk memudahkan saya memasak air panas di dalam thermo pot. Jika saya mahu masak air, saya ambil sahaja satu bekas air itu dan tuang ke dalam thermo pot. Senang kan.

IKLAN

Jangan risau air itu rosak kerana apabila kita sentiasa guna air, ia membolehkan air itu sentiasa segar kerana sering ditukar baru. Kita tidak tahu bila gangguan air akan berlaku tetapi cara ini pasti memudahkan kita bersedia pada bila-bila masa.

2. Cara kedua yang saya lakukan adalah menyimpan air di dalam tong air bertutup yang lebih besar. Tong ini dibeli ketika kes gangguan bekalan air yang berlaku beberapa tahun lalu. Sehingga sekarang tong ini ada di bilik air dan air sentiasa ada di dalamnya.

IKLAN

Saya tidak akan membuka tong ini. Hanya apabila ada notis bekalan air dikeluarkan oleh Syabas, air ini akan diperiksa terlebih dahulu. Jika airnya kotor, air akan diganti.

Kalau tidak ada tong air, kita juga boleh guna kotak plastik segiempat bertutup yang banyak dijual di pasaraya. Kotak plastik ini agak nipis dan berhati-hati menggunakannya. Tetapi perlu diingat cara ini boleh digunakan untuk sementara sahaja bukannya untuk jangka masa panjang. Pada pendapat saya cara ini lebih baik daripada menadah air dalam baldi kerana air yang disimpan di dalam itu sudah pasti bersih kerana ada kotak itu ada penutup.

Kalau korang ikut cara ini sudah pasti korang tidaklah kelam-kabut mencari tong atau bekas air untuk menyimpan dan menadah air. Lebih baik beringat sebelum terkena.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI