'pot luck'

Di tempat kerja, acara makan-makan atau ‘pot luck’ bukan lagi asing. Tidak kira sempena sambutan hari jadi rakan sekerja, persaraan, perpindahan tempat kerja atau sekadar ingin merai sesuatu peristiwa, acara makan-makan akan diadakan.

Sebab nak menjimatkan kos, ramai yang memilih untuk mengadakannya secara ‘potluck’. Bermakna makanan akan dibawa oleh setiap tetamu atau kumpulan. Sering kali makanan itu dimasak sendiri dan hidangan itu akan dimakan secara berkongsi beramai-ramai. Ia termasuklah juga peralatan yang diperlukan seperti pinggan, sudu, cawan pakai buang dan sebagainya.

Untuk menggelakkan hidangan yang sama, selalunya setiap orang/ketua jabatan yang terlibat akan memberitahu juadah yang akan dibawa. Jadi, orang/jabatan lain akan membawa hidangan yang berbeza. Akan ada hidangan lengkap, daripada hidangan ringan sehinggalah pencuci mulut. Lengkap!

Jika di pejabat, sekiranya melibatkan keseluruhan jabatan, setiap jabatan akan membawa sekurangnya satu jenis makanan/minuman. Apabila dikumpulkan, memang meriah habis dan insya-Allah, selalunya makanan akan berlebihan! Mungkin itulah keberkatan bila rezeki dikongsi bersama. Yang paling penting, hidangan itu pasti sedap-sedap belaka.

Bagi suami, perlu meminta bantuan isteri untuk menyediakan hidangan untuk acara potluck di pejabat. Untuk saya sendiri pula sebaliknya. Jika ada potluck di pejabat, saya yang akan minta suami masakkan satu hidangan kerana air tangannya lebih ‘cemerlang’ daripada saya. Dia pula, setiap kali saya beritahu masakannya mendapat pujian rakan-rakan di pejabat, pasti dia tersenyum bangga. Ini memudahkan saya untuk meminta pertolongannya lagi kelak bila ada potluck.

IKLAN

Skil Masakan

Selain di pejabat, potluck juga boleh dilakukan untuk acara ‘reunion’ keluarga atau pun rakan-rakan. Lokasi tidak semestinya di rumah saja, boleh saja ketika aktiviti berkelah dan sebagainya.
Apabila makanan dibawa secara potluck, tidaklah membebankan satu pihak saja. Lebih penting, makanan yang dihidangkan juga banyak dan pelbagai. Bayangkan kalau tuan rumah saja yang masak, pitam dibuatnya. Apabila tetamu membawa sedikit hidangan, dapat juga meringankan beban tuan rumah. Betul tak?

Ketika potluck, ramai yang dicungkil ‘bakat terpendam’ mereka dalam bidang masakan. Dalam diam, rupanya dia teror memasak dan ada yang selepas itu, terus menerima tempahan daripada rakan-rakan pula.

IKLAN

Acara makan-makan secara potluck ini juga dilihat dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain, tidak kira rakan sekerja, jiran tetangga, rakan-rakan dan sebagainya. Tidak semestinya menyediakan makanan yang mahal dan kos tinggi. Yang penting keikhlasan membawa hidangan masing-masing.

Syarat menjalankan ‘pot luck’ :

1. Pesertanya harus lebih dari satu orang. Yelah, nama pun secara beramai-ramai kan?

IKLAN

2. Setiap peserta harus membawa “sesuatu”, tidak kira makanan atau kelengkapan untuk acara makan-makan tersebut. Termasuklah plastik sampah ye.

3. Biasanya, potluck dilakukan di rumah (salah satu peserta), di tempat kerja / sekolah, di tempat rekreasi. Yang pasti bukan di restoran!

4. Seeloknya mereka yang terlibat akan menyatakan apa hidangan yang akan dibawa, untuk menggelakkan membawa hidangan yang sama.

5. Kena ada sikap kerjasama dan sepakat untuk menjayakan majlis sebegini. Selepas selesai, kena bergotong royong untuk mengemas apa yang patut.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI